Masih ingat lagi kisah Bangau oh Bangau?, lagu zaman kanak2 riang dulu?, tak sangka pulak, timbul semula ceritera ni di zaman2 canggih manggih blogging ni tak kala poket gawat.
(Lagu, binatang2 dan perkara2 dalam lirik hanya sekadar untuk dibuat pengajaran, tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah mati atau merendah2 apa2 yg telah diciptakanNya.)
Lagunya lebih kurang gini lah....
Bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.
Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.
Kerbau, oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.
Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah.
Kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu Api basah,
Kayu, oh kayu,
Kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku,
Hujan, oh hujan,
Kenapa engkau turun,
Macam mana aku tak turun,
Katak panggil aku,
Katak, oh katak,
Kenapa engkau panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku,
Ular, oh ular,
Kenapa engkau nak makan katak,
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan Aku!
Dari awal hingga akhir, apa yg ada dalam rangkap hanyalah menyalahkan perkara lain / org lain je bila sesuatu tu berlaku. Cuma ular je, berlawanan dengan sikapnya yg suka memutar belit, tapi dalam rangkapnya dia tidak salahkan sesiapa kecuali mengakui itulah dirinya.
Kesimpulannya: Tiap2 kali kita menunding telunjuk kepada orang lain bila berlaku sesuatu yg kurang senang, ada lagi sekurang2nya tiga jari yg tertunding ke arah kita. Sebelum kita nak cepat2 salahkan org lain bila ada hal2 yg kurang senang, sebetulnya kita semak, spot-check, self-check diri sendiri dahulu. Begitulah pengajiannya. Wallahualam...
5 comments:
setiap kali kita tuding jari kpd org lain sebenarnya 3 jari dituding ke arah kita.. tp kita enggan mengakuinya.. lumrah manusia kn.
manusia memang sangat susah mengakui kesalahan..seboleh2nya akan mencari 1001 alasan dan mencari kesalahan orang lain..walaupun terang2 salah tu salah sendiri..manusia..manusia..
Izzah, Jentayutiara
namapun manusia...memang macam ginilah kite
Blue,
Satu perhatian yang cukup baik. Ini menunjukkan cerita-cerita Melayu lama sarat dengan pengajaran untuk mereka-mereka yang mahu berfikir..
AbeLi,
Byk yg lama2 dulu now ni berlaku betul2: i.e P Ramlee dah buat persidangan dewan rakyat bawah pokok lama dulu, now dah berlaku... :-) cuma kite2 je buat2 mcam tak tau
Post a Comment