Thursday, February 19, 2009

Hadith Pilihan - Amalan Sebelum Tidur

Dengan menyebut nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahamengasihani
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.” (Muslim)


Huraian (Jakim):
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur" - (Bukhari-Muslim)

Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukankah jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut agar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Kita juga dituntut untuk membaca doa sebaik sahaja terjaga dari tidur sebagai tanda kesyukuran kerana dihidupkan kembali selepasa kematian sementara semasa tidur. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.

Hanya Allah yang Mahamengetahui

2 comments:

fazemy said...

Kipas sebelum tidur tu maksud dia kebas2 katil kan.

Betul tu. Tidur tu wajib. Klw tak cukup tidur tak cukup rehat nak beribadat pun payah. Blh mendtgkan sakit. Islam ni great kan. Smua hal ada dlm Islam.

AyKay said...

Emy,
kipas2 tu maksudnya kebas2 ala2 sapu gitu.

Betul tidur tu waktu utk rehat. Cuma berapa jam dikira cukup? itu kurang maklum. Org puteh buat propaganda kata kena 8 jam, tapi kita org Islam adalah dituntut utk bangun 2/3 malam utk bertahajud dsbnya. So, ini kena tunggu n3, sedang dlm proses utk disiapkan