Ini cerita bukan utk kenakan sesiapa. Malahan, yg menulis inilah yg paling kuat terpalitnya bila cerita bab2 rokok ni. Namun, inilah sebahagian nota yg ingin dicatatkan dan dikongsikan.
Ini bukan berkenaan boikot rokok atau bahayanya merokok. Itu semua orang sudah tahu, ada yg percaya dan segelintir yang yakin. Statistik menunjukkan lebih separuh lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok. Jadi hanya separuh je lah lelaki di Malaysia yang "hakkul yakin" bahawa merokok itu merbahaya. 30% remaja umur 12 - 18 thn merokok, jadi mereka ini belum percaya yg merokok itu bahaya. Kita tinggalkan statistik ini dan rujuk kepada hal yg lebih relevan kepada kita, sebagai seorang yg beragama Islam dan berpegang teguh dengan tuntutannya. Mengikut definasi; rokok ialah cebisan daun tembakau yg digulung dgn kertas rokok atau daun nipah atau apa2 je. So, rokok termasuklah rokok daun yg digunakan dipekan2.
Jika kita menyingkap sejarah, Mac 23, 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang merokok adalah haram bagi umat Islam. Keputusan ini dicapai melalui Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ke 37 (MFK 37). Ini di wartakan berdasarkan kesan-kesan negatif yg diperolehi oleh perokok dan org ramai meliputi sudut kesihatan, ekonomi nahupun sosial. Tanggal 1 Dis 1995, Negeri Selangor telah mewartakan pengharaman merokok dikalangan umat Islam. Pulau Pinang mewartakan fatwa yang sama pada 18 Nov 2004. Yang demikian termasuklah merokok, menjual atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam hal berkaitan dengan rokok (inilah yg memberi tamparan hebat kepada diri penulis sehingga kini....Ya Allah, ampunilah dosaku yg daif dan hina ini...).
Sekarang timbullah persoalannya..berapa ramaikan yang tahu berkenaan hal fatwa ini? Kenapa ianya tidak dapat dikuatkuasakan? apakah lagi yg perlu untuk menguatkuasakan fatwa ini? Siapakah yang dapat tentukan bahawa sesuatu fatwa itu dapat dilaksanakan penguatkuasaannya? Jika ianya telah diwartakan di peringkat kebangsaan, kenapa pula tidak dapat dikuatkuasakan di peringkat negeri? Adakah kerana hukum berkenaan rokok ini tidak sejelas hukum mengharamkan arak dan judi yang jelas dinyatakan di dalam Al Qur'an? Kepada penulis, walau apapun alasannya, bagi seseorang individu, sesuatu hukum fatwa yang dibuat sudah semestinya dibuat oleh mereka2 yang arif tentang sesuatu, sudah tentulah berpandukan puluhan rujukan, dan tidak mungkin mengikut emosi. Yang kita ini yang masih mahu menegakkan kedegilan diri dan menafikan fatwa ini sajalah yang beremosi.
Ingat tak pasal arak dan judi? Mungkinkah pendekatan ilmiah yang sama boleh kita terapkan ke dalam didikan generasi muda sepertimana ibubapa kita mendidik bagaimana jijiknya arak dan judi semasa kita kecil. Nampak je ada botol seakan-akan botol arak kita dididik untuk menzahirkan rasa keji dan jijik, sehingga menyentuh botol itu pun kita rasa jelek.
7 comments:
tengoklah iklan tv dan seumpamanya..katakan taknak pada merokok..setakat taknak orang peduli apa..patut letak dan citer hukum2 nya dalam islam..sbenarnya hukum rokok ni ada 2 iaitu makruh dan haram di kebanyakkan negara..tapi banyak difatwakan haram..benda camni xkan kerajaan nak bagitau..rokok kn mendatangkan 'pulangan'
sama juga dengan fatwa2 lain yang didiamkan..
sbelum didiamkan baik aku diam..anda mampu mengubahnya..
AK,cerita pasal rokok ni, teringat zaman kat sesma dulu,i kena tangkap pasal kuar hostel pegi beli rokok ngan TJ,masa tu form 4,lepas tu kena sebat dgn pengetua n gantung sekolah..pastu kena tendang dari team bola sekolah..emm,zaman nakal2 dulu,tp alhamdulillah now i dah 10 tahun tak smoking..takde faedah,u smoke ke?
Ya...bagus haram kan saja...pening kepala saya bau rokok ni...bila kena bau rokok, pening kepala dan akhirnya satu hari saya jadi bengang sebab tak dapat buat kerja.
Satu lagi paling tak suka makan kat restoran, tetiba member sebelah meja keluar rokok dan hisap sesuka hati,apabila jika restoren tersebut berair-cond... nak makan terus hilang selera...saya pernah ajak husband keluar restoren, tak jadi makan sebab kiri kanan orang hisap rokok, tapi kat dinding restoren tertera sinage "jangan Merokok'... lagi satu kes saya bagi tau pekerja restoren suruh beritahu pelanggan tersebut berhenti merokok, tapi pekerja tu kata, dia orang pun tak boleh buat apa-apa... langsung saya bangun dan keluar dari restoren tersebut...memang nampak kasar tapi saya memang pantang bau rokok...pening sampai nak muntah pun pernah(esp bau rokok Indon tu..apa? Gudang Garam?)
dulu-dulu...semasa baru kenal husband...(sebelum jadi husband sayalah) dia memang merokok...lalu salah satu syarat saya letakkan kalau dia terus nak kawan dan kahwin dgn saya, mesti berhenti merokok...hehehe..Alhamdulillah ... sejak itu, sudah 25 tahun dia berhenti merokok...
Pikirlahsendiri,
memang banyak juta dalam annual report syarikat rokok yg berjemana 'mutu keunggulan' ni yg dibayar kepada kerajaan msia dalam bentuk tax. so tak heran kalau duit buat infra kita guna duit tax kilang rokok.
Cucuawang aka din, manalah saya merokok. Baunya pun sudah cukup buat saya naik seriau.
nurazzah,
memang fenomena biasa perokok, mesti berasap bila lepas makan. Kata mereka itu baru rasa kenyang. tak tau lah rahsianya.
perihal merokok di tpt2 larangan itu pun fenomena biasa kaum2 di msia. ada pernah saya minta pekerja petrol stesen minta seorang pelangan yg naik motor tengah isi petrol & ada rokok berasap dibibir. pekerja bangla tu tak berani, dan saya cuma cepat2 cabut, takut2 jadi mangsa.
akhirnya, kita ada macam2 undang2, tapi penguatkusaannya yg longlai
camne nak laksanakan klu org yg memerintah negara pon ramai yg merokok..
Qish,
itule pasal. cuba p dkt parliment, berasap kepoi2 time2 rehat tu.
tapi, ini yg buat majlis fatwa jadi mcam tak kuat gigi kacip
Post a Comment