Tuesday, February 17, 2009

Cerita Seorang Sahabat - petua mandi

Pagi-pagi tadi terlihat di muka depan akhbar2 tempatan menyiarkan berita berkenaan penyebaran gambar kurang sopan seorang ahli politik yg berada di tampuk kepimpinan sebuah negeri maju di negara kita. Eloklah hal ini menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk menyiasat dan tidak perlu kita buat sebarang komen.

Namun peristiwa ini mengingatkan aku pada satu cerita seorang sahabat lama. Ceritanya bermula bila seorang Senior (aka Tok) yang juga sahabat lama datang menjadi tetamu di rumah sahabat saya tadi (yg dikenali sebagai KA). Tok datang rumah KA atas sebab ziarah kerana sudah lama terputus hubungan sepanjang Tok melanjutkan pelajaran ilmu akhiratnya di luar negara.

Nak jadi cerita, si KA ni jenis yang samalah seperti kita dulu2, zaman leka lalai dan laghrar, ilmu agamanya takat2 KAFA je. Lalu disediakan bilik, lengkap dengan sedikit sebanyak kemudahan untuk si Tok menetap seberapa lama yg dia mahu. Hari demi hari, malam demi malam, selepas tiga hari tiga malam, si KA perasan yang si Tok ni seorang yang sangat kurang berbicara dan banyak menghabiskan masanya di surau taman yang terletak selang beberapa rumah dari rumah KA. Tapi yang paling KA herankan, dalam tiga hari tu tidak sekalipun kedengaran si Tok mandi. Bila dilihat dalam bilik mandi, tiadapun kesan2 basah kuyup seperti selepas digunakan seseorang untuk mandi. Lalu memberanikan diri si KA pun bertanyakan soalan kepada si Tok kenapa dia tidak mandi? adakah ini amalan yang lebih betul?

Maka, dengan nada yang baik, si Tok menjawab, dia memang ingin sangat untuk mandi seperti biasa, namun apa yg dia mampu hanya dengan membasahkan badan dengan air tanpa basah kuyup. Semuanya kerana dia tiada membawa kain basahan dan tidak pula si KA sediakan mana2 kain yg boleh dijadikan kain basahan. Tok tidak akan sesekali mendedahkan 'anggota sulitnya' kepada sesiapa walaupun ketika mandi keseorangan kerana dia penuh yakin bahawa dia tidaklah keseorangan walaupun ketika mandi di dalam bilik air yang tertutup.

Mendengar cerita KA, aku terus insaf. Memang dari dulu bila time mandi aku ni kekadang dengan leka merelakan tiada seurat benang menutupi tubuhku. Kekadang boleh pula menayang2 depan cermin besar dalam kamar mandi. Lupa dan alpa bahawa di kiri dan kanan ada makhluk Allah yang taat mencatatkan segala perbuatan aku walaupun tersembunyi dari pandangan mata manusia.

Kesimpulannya: jika kita insaf dan yakin (bukan takat percaya, tapi hak'kul yakin) bahawa adanya kedua2 mahkluk Allah yang taat mencatatkan segala apa perlakuan diri walaupun tersembunyi dari mata manusia lain, nescaya tidak tergamaklah untuk kita mendedahkan badan tanpa ditutup dengan yang sepatutnya walaupun semasa di kamar mandi, keseorangan.

Hanya Allah yang Mahamengetahui apa2 yang jelas dan yang tersembunyi.

9 comments:

fazemy said...

Mmg tahu ustazah ajar skolah2 dulu. Manid kena pakai kain. Tp bila dok rumah flat. bilik air kecik. tak rasa nak tutup plak. Betulla malu ada mkhluk lain tgk. Thanks ingtkan.

AyKay said...

emy,
rumah teres pun bilik air kecik n kekadang kat situ gak kita ambik wuduk...:-(

www.katobengke.com said...

weleh...weleh...kayaknya kamu berbakat bangat jadi penulis.....

AyKay said...

katobengke,

selamat kembali kamu.
senang2 bisa kembali yak.

kayak? itu perahu kok

IjoPunkJutee said...

Tuhan Maha Tahu, dimanapunkita berda....

chekgu Bani Hassim said...

erm...nak biase menelanjangkan diri...
nk praktis pun kalau mandi ramai2, kalau sorg, mmg bulat je...

tu yg susah tu...

AyKay said...

Chekgu,
bila time bulat tu, imagine ada manusia tak de kerje p snap pic kita, then hantar tabloid...kita pun kena resign ke? resign dari apa2 jawatan yg disandang..kerana pic bulat kita dikira tak bermoral (esp depan 2 makhluk pencatat), tapi yg gatei2 snap pic tu moral dia tak diambil kira.

AQisH said...

alahaiii...ni laa yg plg payah utk dilakukan sbb semuanya nak cptkan..emm..cuba sedaya mampu..

AyKay said...

Qish,
dulu i pun payah nak lekat kainnya time tu, tapi bila ingatkan semua anggota kecuali mulut akan berkata2 ditengah padang hisab nanti, eeeerr.... kecut ulu hati