Thursday, February 12, 2009

Cerita kambing Arab

Ini adalah cerita yg diselitkan dalam satu sesi ilmiah untuk dibuat pengajaran supaya kita merujuk kepada yang pakar dalam apa2 permasalahan dan tidak mudah terpedaya.
Ceritanya berkisarkan pada seorang lelaki Arab, di zaman dahulu kala. Lelaki Arab ini telah mendirikan rumah tangga dgn pasangannya dan untuk sekian lama mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sedangkan zuriat anak adalah antara perkara utama dalam satu2 keluarga bangsa ini.

Sebagai bapa, si suami ini mencuba pelbagai cara, petua, segala macam jamu dicuba dan tidak ditinggalkan doa munajat kepada Allah untuk dikurniakan cahaya mata namun juga gagal. Dipendekkan cerita, lalu pada satu hari si lelaki Arab ini pun bernazar; sekiranya aku dikurniakan seorang bayi yang sempurna, akan aku korbankan seekor kambing yang panjang ekornya 6 jengkal....


Dengan kebesaran Allah, selang beberapa ketika si isteri telah mengandung dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg cukup sifat dan sempurna fizikalnya. Lalu si isteri mengingatkan kepada si suami perihal nazarnya...kambing berekor sepanjang 6 jengkal itu. Taat dan akur dgn nazarnya, si suami pun melangkah keluar meninggalkan isteri dan anak tercinta untuk mengembara mencari sang kambing berekor panjang 6 jengkal itu. Habis di pelusuk kampung, pekan, sehingga ke seluruh bandar, desa, gurun...mencari kambing luar biasa itu, namun tak ada seekorpun kambing di negeri tersebut yang di lahirkan OKU dan pelik sehingga ekornya panjang 6 jengkal.



Kecewa dan hiba, lalu selepas beberapa purnama maka pulanglah si suami, keluh kesah kerana tidak dapat menunaikan nazarnya dan bimbang akan balasan yang bakal menimpa. Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan seorang alim. Melihat muka cemas dan gelisah si suami, maka bertanyalah orang alim itu kepada lelaki Arab ini. Selesai sahaja bercerita maka orang alim itu menyuruh si suami yang mencari kambing berekor panjang 6 jengkal itu lekas2 pulang ke rumahnya.

Kehairanan dengan itu maka bertanyalah si suami kepada orang alim itu bagaimana dan di mana dapat dia mencari kambing sebegitu? Maka, jawab orang alim itu, dalam masa kamu bernazar itu, ada kah kamu menyebut 'jengkal siapakah yang digunakan untuk mengukur panjang ekor kambing itu?. Bukankah kamu boleh gunakan ukuran jengkal anak kecil kamu yg baru lahir itu? Berapalah sangat panjang 6 jengkal diukur dgn jengkal bayi baru lahir?....

Bingkas pulang, lalu diukur jengkal bayinya dan dipadankan dgn kambingnya sendiri, memang ngam-ngam 6 jengkal bayi sama dgn panjang ekor kambingnya. Penat2 dia pergi pusing satu negeri, rupa2nya kambing sendiri itu pun sudah memadai syarat nazarnya...aduih..

Kesimpulannya: 1) Bila kita bernazar maka wajiblah kita tunaikan. 2) Jangan nazar yang bukan2 spt kambing bermisai hitam, ayam berkaki tiga, atau yg tak mampu dilakukan mengikut akal biasa. 3) yang paling utama, dalam mencari ilmu dan penyelesaian sesuatu perkara, rujuklah kepada yang arif, pakar, dan bukan mengikut logik akal sendiri. Dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah rujuklah Al Qur'an dan Hadits dan kitab2 jumhur ulama', dan bukan pandai2 buat rumusan mengikut akal sendiri...
Hanya Allah yang Mahamengetahui

10 comments:

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum...

Cerita yang bagus dan punya pengajaran berguna.

Semoga kesimpulan itu ikuti bersama..Insya'Allah.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam ziarah dan kenalan

cerita ni kelkar tp penuh dengan pengajaran..heheh kalo ad cerita yg menrik posting la..

AyKay said...

Salam kembali kpd Ibnurashidi.

tk kerana sudi baca 7 komen.

memang byk pengajarannya & moga2 dpt di istiqamahkan pendidikannya

AyKay said...

Fatahiyyah,

Salam kenalan kembali.
Tk kerana sudi beri komen.
akan dtg insyaallah akan diselitkan lagi cerita2 ilmiah yg ada dlm catatan saya.

Anonymous said...

salam

emm ada logiknya juga... tak berbaloi tanpa befikir pjg dia terus meninggalkan anak dan isterinya semata2 utk tunaikan nazar itu...

> tmeksh krn sd berkongsi cite nih :)

AyKay said...

Manja,

sama2. pengajarannya, kena buat planning betul2 sebelum mulakan langkah 1

Izzah said...

kalau nak bernazar sebaik2nya nazar yang mampu dilakukan dan yang logik...yang penting fikir sebelum buat apa2...

fazemy said...

Ada tak cerita pasal balasan or yg tak tunaikan nazar? klw ada nnti bukak new enntry yer. Sbb saya kenal org2 yg bernazar, bila Allah tunaikan permintaan dia..dia tak tunaikan nazar tu. Katanya dia tak brmaksud pun. Tp bila dia dh niat..dan ckp dgn org lain..maknanya dia dh brnazarla kan.

fazemy said...

orang yg tak tunaikan nazar..typing error

AyKay said...

Insyaallah akan di n3kan satu cerita akibat mungkir janji pada Allah kerana tidak tunai nazar...tungguuu