Tuesday, February 10, 2009

Gerhana di langit dan di bumi

Bertuah sungguh kita tahun ini, dalam masa selang 2 minggu kita telah dapat saksikan (bukan semua org lah) dua kejadian alam yg menyatakan tentang kekuasaan Allah di depan mata. Peristiwa yang mungkin kita hanya berpeluang untuk menyaksikannya mungkin cuma sekali sepanjang hayat.Tanggal 26hb Jan 2009, gerhana matahari telah berlaku dan semalam, di antara jam 8:39pm hingga 12:00 dikatakan gerhana bulan telah berlaku. Ketika 26hb Jan, aku berada di Kuala Terengganu atas urusan keluarga. Dengan izinNya, gerhana matahari telah berlaku dan aku telah berpeluang berjemaah solat sunat gerhana bersama2 dgn jemaah di sebuah perkampungan di Pulau Ketam. Mujur pak imam menerangkan sedikit sebanyak kaifiyat solat sunat gerhana. Maklumlah, perkara jarang2 berlaku jadi memang aku kureng ilmu cara2 solat sunat gerhana ini. Sempat dirakamkan beberapa photo dgn digi cam kecil yg kurang kuasa. So, qualitynya cuma so-so je. Ni unedited pic, so kecik je nampak gerhana matahari tu.

Semalam, 9hb Feb 2009, berlaku pula gerhana bulan. Dikhabarkan dlm media yg gerhana akan berlaku bermula jam 8:39mlm. Selesai sahaja solat maghrib, pak imam memberi penerangan mengenai apa yg Rasulullah s.a.w syariatkan bila berlakunya phenomena ini. Beruntung sungguh kita kerana gerhana ini pernah berlaku semasa zaman Rasulullah s.a.w, jika tidak kita tidak akan tahu apa nak buat selain dari sibuk2 memerhatikan apa yg berlaku di langit.

Diterangkan bagaimana baginda Nabi s.a.w telah gunakan waktu sepanjang berlakunya gerhana untuk beribadah dan berdo'a dgn extra lebih dari biasa. Solat sunat dua rakaatnya di sertakan dgn bacaan surah yg lebih panjang dari biasa. Mengikut satu hadits yg diriwayatkan oleh Aishah r.a (HR sahih Bukhari), Baginda s.a.w membaca surah Al-Baqarah dalam qiam pertama, kemudian rukuk pertama, kemudian qiam lagi dan membaca surah Ali-Imran sebelum rukuk ke-2 dan sujud untuk selesaikan rakaat pertama. Demikianlah diulang rakaat kedua sama spt rakaat pertama tetapi dengan bacaan surah yg lebih pendek. Baginda menggandakan doanya dalam sujud dan juga selepas solat dan memanafaatkan waktu gerhana untuk melipat gandakan doanya.

Tibalah waktu untuk solat sunat gerhana, pak imam telah meminta sebahagian jemaah untuk keluar masjid untuk mendapat kepastian 'ainul yaqin' sebelum bersolat. Dari pengamatan mata kasar dimaklumkan belum ada tanda2 gerhana. Tunggu punya tunggu sedikit demi sedikit jemaah menghilangkan diri sehingga tinggal beberapa kerat geng "KRU" (Kumpulan Rambut Uban) sahaja yg masih bersemangat. Tetapi gerhana tidak pun kelihatan, yg jelas cuma bulan purnama penuh. Salah seorang qariah telah pulang dan kembali dgn satu telescope seperti pelancar roket untuk mendapatkan kepastian (rupanya dia seorg penggemar dan pemerhati bulan bintang dan membeli telescope berharga RM8,ooo dari US tidak lama dahulu). Sampailah sesi menunggu gerhana bertukar menjadi sesi pendedahan pasal telescope dan pemerhatian bulan penuh. Dapatlah kami semua satu sesi penerangan secara free dan dpt tengok kawah2 di permukaan bulan dgn jelas. Namun sehingga jam 11pm gerhana tidak langsung kelihatan.

Maka pulanglah semua jemaah dan geng KRU, ada yg dgn rasa lega (lega dari kena solat sunat panjang sampai lengguh lutut), ada yg pulang dgn rasa kecewa kerana tidak dpt solat sunat berjemaah, dan ada yg pulang happy lepas dpt free lecture guna telescope. Pagi ni baca paper, ramai yg di planeterium telah menyaksikan peristiwa gerhana semalam. Kami mungkin tidak bernasib baik kali ini. Insyaallah di lain waktu.
Namun, adalah lebih parah kiranya jiwa kita yg gerhana saban waktu. Tiada yg lain dalam sanubari kecuali untuk mencari kepuasan dunia. Perbezaan pendapat menjadikan kita lebih terdorong untuk menunding jari atau mengambil peluang untuk menang, bukan untuk dijadikan pemangkin untuk menguatkan ummah. Aduih, parahnya kita...Hanya Allah yg Mahamengetahui

5 comments:

cucu awang teh said...

di langit bulan gerhana, di bumi gerhana politik pun tidak kurang hebatnya..

Abang Long said...

Kiranya, jemaah sudah menjadi AHLI FALAK.

AyKay said...

Din,
gerhana dibumi memang telah lama, cuma kita je buat2 tak perasan.

Abg Long,
nampaknya macam gitulah. tetiba je terbentuk satu geng baru, geng tengok bulan n langit. tapi inikan sunnah, untuk muhasabah diri, tengok2lah langit dan baru rasa betapa kerdilnya kita. :-)

AQisH said...

wahh bestnye teropong bulan..;-)

x berkesempatan nak tgk gerhana ari tu..dok kat kpg kelate..bz sokmo :-p

AyKay said...

tak pe. gerhana bulan insyaallah akan jadi lagi Jan 2010, so umur panjang kalu boleh saksi.

yg penting kita tahu dan amalkan amalan2 sunnah semasa gerhana yg Baginda s.a.w buat