Thursday, February 19, 2009

Lagi Kisah Nazar - Ini sejarah yang timbul semula

Berbalik kepada cerita nazar Lelaki Arab yang mahukan kambing yang berekor panjang haritu, ini ada lagi satu kisah nazar pelik yang dibuat juga kerana dah dinazarkan. Ini kisah bukan ada tujuan politik, kalaupun akhir2 ini kisah sejarah ini telah dipolitikkan, tapi tujuan n3 ini hanya untuk rujukan perihal nazar, tidak lebih dari itu.Ini kisah nazar Almarhum Sultan Perak Sultan Idris Shah Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya sebagai menteri besar pada ketika itu, Baginda Sultan akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak. Click sini untuk baca Cerita penuh sejarah ini . Tak dapat nak bayangkan berapa lama keadaan itu berlarutan. Tetapi dilaporkan dalam rencana sejarah bahawa untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanakan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Kesimpulannya: Baginda Sultan adalah seorang Raja yang tegas dan yang lebih penting lagi berpatut2lah dalam pada kita bernazar.

7 comments:

fazemy said...

Contoh nazar yg baik. Wah cth dia pun sultan perak yer. sultan yg plg kontroversi skrg nih.

Abang Long said...

Keadilan itu adalah EHSAN. Yang pertama akan ditanya diakhirat ialah KEADILAN seorang pemimpin.

AyKay said...

Long,

"Adilnya seseorang Raja adalah menjadi tanda dan peringatan tentang keadilan dan kebesaran Allah. Zalimnya Raja adalah peringatan Allah bahawa umat dibawah perintah raja sudah leka dan lalai perintahNya"...petikan dari kitab..

Emy, kebetulan aje, tiada niat politiks pun :-)

AQisH said...

errr..berjamban ke berjambang hik²..

AyKay said...

Qish,

kalu ikut tganu kite, jambang tu tepak gi lepah tutttt...hik2

Gukita said...

Adakah ia bermaksud Raja tidak ada kuasa membuang Menteri Besar? Adakah ini merujuk kepada kemelut DS Nizar dan Sultan Azlan Shah sekarang?

AyKay said...

Gukita,
setakat pengetahuan saya, mengikut undang2 tubuh kerajaan negeri, memang Baginda Sultan tiada kuasa memecat MB kecuali dgn pengesahan dewan DUN. Tapi itu pengetahuan cetek saya bab2 undang2 politik ni. Harap rujuk pakar.