Friday, February 20, 2009

Suami yang Terbaik - Contohilah Nabi s.a.w

Sebelum2 ini cuma secebis sahaja cerita2 seerah nabi yang kita ambil perhatian. Yang si suami bila aja nak 'tambah cawangan' barulah konon2nya menurut sunnah Nabi s.a.w. Tapi bila dalam bab2 bagaimana menjadi seorang suami, jauh sekali nak mencontohi Nabi s.a.w. Pantang salah sikit, laju je penampau terbang singgah kat pipi gebu isteri...tapi ini cerita suami dulu2 la, la ni mana ada lagi, lagi banyak penampau isteri yg singgah kat pipi berjeragat suami mungkin. hehehe..

Ok, berbalik kpd seerah Nabi s.a.w. Nak dicatatkan buat peringatan diri sendiri bagaimana Baginda s.a.w begitu menjaga hati isteri2nya sepanjang masa. Sebelum tu, ada ingat ke berapa orangkah isteri2 Nabi s.a.w? Alahai, bila ustaz tanya, satu bilik kuliah tu terdiam, masing2 pandang2 syiling dan lantai, tanda tak tau atau kureng pasti. Di ingatkan. Nabi s.a.w pernah berkahwin 11 kali, dan 2 orang isterinya diceraikan, jadi ada 9 orang isteri Nabi semuanya.

Ingatkah kita apa makanan kegemaran Nabi s.a.w (selain drp buah tamar dan susu?). Time ini pun semua pelajar memandang syiling dan lantai lagi sekali tanda tak pasti atau kureng maklum. Di riwayatkan bahawa Baginda s.a.w gemar sekali memakan masakan sup kaki (kanan) kambing dan dicicahkan roti. Satu lagi masakan kegemaran Baginda s.a.w ialah labu kuning rebus dan ditoskan lalu dilalui madu di atasnya. Aduih, kena try nih, tapi mcamna nak tahu kaki kambing tu kiri ke kanan? kaki depan ke kaki belakang?
Nak diceritakan perwatakan Nabi s.a.w sebagai seorang suami contoh, di ceritakan bahawa suatu hari, isteri Baginda, Aishah r.a pernah menyediakan masakan sup kaki kambing untuk Baginda s.a.w. Namun masakan Aishah r.a terlebih garam dan masin yang digambarkan teramatlah sangat. Lalu, Baginda s.a.w tidak dapat makan, tetapi Baginda s.a.w tidak tahu bagaimana perlu diberitahu kepada isteri tercinta tanpa melukakan hatinya. [kalau suami kebanyakkan hari ini bagaimana yer? Scenario semasa mungkin (i) Woi Maknya!, ada lori garam terbalik depan rumah ke tadi? atau (ii) Awak masak tepi pantai ke nih ke air paip dah habis jadi awak guna air laut? Atau, untuk yang ada darah tinggi (iii) Awak tahu saya ada darah tinggi, ni masak mcam ni nak suruh saya mati cecepat ke? ]

Jadi apa yang Nabi s.a.w buat? Diriwayatkan, Baginda s.a.w memanggil Aishah r.a lalu diajaknya makan bersama. Baginda bertanya kepada isterinya " ingatkan kamu bagaimana semasa hari kita mula hidup bersama, di hari itu aku menyuap makanan ke mulutmu dan engkau menyuapku?, kenapa tidak kita ulangi perbuatan baik itu sekarang? Marilah dan suapkanlah makanan itu ke mulutku... Lalu Aishah r.a menyuapkan roti dicicahkan sup (masin) ke mulut Baginda s.a.w (yang telahpun tahu dan bersedia untuk makan makanan terlebih masin). Kemudian Baginda s.a.w mengambil secebis roti lalu dicicahkan ke dalam sup dan disuapkan ke mulut Aishah r.a. Maka terkejutlah Aishah kerana terasa sangat masin sup tadi. Lalu beliau memohon maaf kepada Nabi s.a.w atas keadaaan itu. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz Jais (yg banyak mengendalikan kes2 tuntutan cerai yg banyak tahap gaban di Lembah Klang) ...

Kesimpulannya: (i) Buat Isteri2 solehah (atau bakal isteri), belajarlah memasak masakan dan kenallah kegemaran suami (utk pastikan yg masakan ini mesti tip top, dah si suami suka sgt). Jangan sesekali biarkan si bibik masak utk suami, kan si bibik pulak yg lebih tahu kegemaran suami, parah tu.. (ii) Buat Suami2 yang soleh, pandai2lah jaga hati isteri yang tak pernah kenal lelah memenuhi tuntutan zahir dan batin, makan pakai mu. (iii) Buat suami2 lagi, yang teringin utk ikut sunnah 'buka cawangan baru', kena lulus dulu dengan cawangan no 1 dalam bab2 pendidikan, tanggungjawab, perilaku. Contohilah contoh insan terbaik dan bukan hanya ambil kira mampu ekonomi je.
buat isteriku (bilamasa awak pernah baca n3 saya)....terima kaseh kerana memahami kerenahku walaupun kekadang aku macam air sungai, sat pasang sat surut, sat jernih, sat keruh teh susu, sat laju mengalir sat2 macam nak kering je, sat banyak ikan di dasarnya sat banyak sampah sarap.....

8 comments:

AQisH said...

psstt..nak tau dak..i pon penah termasin buat mee goreng dulu kala..yg best cikgu x kata gapo² pun senyap je..sampailah i dtg utk mkn sekali tu diaaaa..masin peghaakkk hahaha..adoi malu tol..

skrg no more bibik² ni..msk sendiri je..normally saturday baru msk betoi² weekdays al maklum diakan bz blk lambat so dh mkn awai² kat luar :(

apapun skrg baru rasa penat lelah jd isteri sebenar dulu byk sgt rileks..mmg dlm rmhtgga kena saling membantu dan memahami..semoga kekal ke akhir hayat..

AyKay said...
This comment has been removed by the author.
AyKay said...

Qish
baguih la, u memang ada rupa ala2 isteri solehah. & en zaim suami soleh. insyaallah berbahagia selama2nya (lebih lanjut sila rujuk an Nur 25).

if u want to get refreshment course, reminder on how to get and maintain a 'mawardah wa rahmah' family, Shah Alam mosque does have Saturday morning course.

Izzah said...

salam..datang melawat nak inform,ada award menanti di blog saya :)

AyKay said...

Izzah,
salam kembali.

ada award? award apa tu? eish, lain macam je bunyi. terimakaseh lah. nanti saya lawat insyaallah

Gukita said...

Blue
Kalau perkara sama dilakukan oleh suami hari ini, sang isteri akan mengamuk kerana mengatakan bahawa suami tadi memperli akan dia... Jadi sebenarnya.... tanya sama hati.. Bersihkan hati dari sikap curiga dan buruk sangka.

AyKay said...

Gukita,
terima kasih.
Nak kongsi pengalaman, bagus jika dapat pendidik hati spt saranan Imam Al Ghazali

Advertise here for free said...

Izinkan saya share kisah ini dengan yang lain ye..Terima kasih..