(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (138)
Pengajian tafsir yg diikuti telah sampai ke ayat 136 - 139 surah Al Baqarah, Ustaz Daruzzaman yg tegas dalam pengajaran luasnya menyentuh dengan mendalam ayat ke -138 yang mana Allah berfirman berkenaan Agama Islam yang umatnya akan sebati dengannya. Sib'rah Allah di tafsirkan sebagai Celupan Allah. Lalu di gambarkan bagaimana sesuatu yg putih yg dicelup atau dye dengan sesuatu warna kekal, nescaya akan terserlah warna yg dicelup itu. Begitulah hendaknya agama Islam yg kita pegang ini. Sebetulnya perlu terserlah dari diri, perwatakan, pertuturan, budibahasa, tatasusila, hatta cara pemanduan di jalanraya pun perlu kita serlahkan ciri2 keIslamannya...
Ditegaskan oleh tuan guru, Islam yang perlu kita serlahkan adalah datang daripada kekuatan iman di dalam hati sanubari yg berpegang dengan tauhid kita kepada Pencipta.
Dikala kita mengiyakan bahawa kita ini adalah orang Islam, maka keserlahan itu perlu diketengahkan dikesemua anggota badan, bukan hanya dibibir, walhal bibir disolek merah merekah menggoda lelaki lain selain suami,,,bukan hanya diserlahkan dengan pakaian, tetapi pakaian pula seketap pembalut buah nangka, bukan pula dengan wangian semerbak bila keluar bekerja sehingga bisa menarik seramai mungkin kumbang di luar sana. Bagi suami2 pula bukan sekadar Islam kerana bersolat Jumaat di masjid tetapi berjemaah di padang semasa maghrib, bukan pula hanya mengherdik marah bila orang bukan Islam tidak menghormati kesederhanaan kita tetapi mesti juga terasa aurat isteri terbuka...dsbnya.
6 comments:
Salam AyKay,
Semoga kita semua dapat mempraktikkan apa yang kita ketahui. Bukan setakat dimulut atau di blog sahaja tetapi didalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
insyaallah dpt amal secara istiqamah
wah aq suka kata-kata yang kamu tulis yang berbunyi....Islam yang perlu kita serlahkan adalah datang daripada kekuatan iman di dalam hati sanubari yg berpegang dengan tauhid kita kepada Pencipta.......
bagus bangat.....
salam.
terima kaseh kembali katobengke keana sudi melawat dan beri komentar. bisa teruskan pendidikan bersama menuju ke hari Perjumpaan supaya tergolong dlm 'golongan kanan'
semoga terlaksana dlm kehidupan seharian..
insyaallah dan moga2 dpt istiqamah
Post a Comment