Dalam menghabiskan minggu pertama cuti sekolah bulan Jun ni tiada kesempatan untuk saya penuhi beberapa permintaan putera2 tercinta yang sebahagiannya tidak berpuas hati untuk hanya bersantai lapang masa dengan ibunda mereka di rumah sementara ayahnya (saya lah tu) sibuk ke sana ke mari menyelesaikan tuntutan negara. Saya sudah aturkan minggu ke dua untuk bercuti-cuti M'sia insyaAllah, tapi biasalah mereka ni mana boleh tahan sabar banyak-banyak.
Apa sebabnya anak2 sekarang ini kurang sabarnya? Kenapa tabiat marah ini kekadang menguasai mereka dan juga menguasai kita? Suka saya rujuk kepada petikan kitab Pendidikan Anak-Anak Islam (Abdullah Nasih Ulwan); katanya, sebelum mencari ubat untuk kemarahan itu adalah perlu untuk memahami sebab2 kemarahan dan sesuaikan ubat dengan sebabnya. Betul sekali kata2 ini, tapi macamana nak tahu sebabnya?
1. Jika marah itu bersumberkan dari kelaparan (memang tabi'i manusia akan marah2 bila kosong perutnya), maka kenalah kita isi perut2 itu dengan isi yang sesuai (yang halal, bukan yang dari sumber haram, dan bukan yang ada logo halal ala-ala kadar itu). Sebabnya, mencuaikan pemakanan anak2 dan membiarkannya kosong boleh memudaratkan mereka dan membuatkan mereka memberontak.
2. Jika kemarahan dan pemberontakan anak2 berpunca dari penyakit, maka wajiblah kita berusaha mencari penyembuhnya. Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, dan apabila penyakit terkena ubatnya, baiklah pengidapnya dengan izin Allah SWT.
3. Jika sekiranya marah mereka kerana dimarahi dengan tidak semena-mena, maka kita hendaklah berusaha untuk menahan lidah dari kata-kata memalukan mereka, supaya tidak terlekat pada jiwa mereka perasaan marah dendam benci itu. Tuntutan syarak dalam pendidikan yang baik adalah dengan beradab, dan berterusan memperbaiki adabnya.
4. Jika kemarahan itu berpunca dari percakapan si anak kepada kedua ibu bapanya dengan tabiat marah, maka wajiblah kedua ibu-bapanya memberikan pendidikan dengan contoh tauladan yang baik dalam sifat lemah lembut, sopan santun, menahan diri dari marah. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran 134 yang bermaksud;
"Yang suka menahan marah, dan yang memaafkan kepada manusia, dan Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik"
Dan Nabi s.a.w juga pernah bersabda "orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya pada waktu marah"
5. Jika marah itu berasal dari si anak, iaitu kemanjaan yang melulu dan kemewahan yang melampau, maka wajiblah para ibu bapa bersifat sederhana dalam mencintai anak-anak, dan hendaklah mereka bersifat natural dalam membelas kasihan anak-anak, berbelanja ke atas mereka.
Saidina Ali Abu Talib k.w pernah berkata
"Kasihilah kekasihmu itu berpada pada, mana tahu dia menjadi orang yang engkau benci suatu masa. Dan bencilah orang yang engkau benci itu berpada-pada, mana tahu dia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu masa"

semasa n3 dibuat, mereka sedang happy main air tahan gaban
6. Jika kemarahan itu datang dari kesan ejekan, mengata nista, memanggil dengan gelaran yang jijik, maka wajiblah ibu bapa menjauhi sebab-musabab sebegini yang menimbulkan kemarahan anak2 itu, supaya tidak tertunas pada dirinya tabiat marah.
Kesimpulannya: (1)Bila time anak2 bercuti sekolah, cuba2lah mencari ruang untuk bercuti sama dan meluangkan masa bersama mereka, jangan dibiarkan sangat mereka melayan lamuan mereka dengan perkara2 yang kurang berfaedah itu. (2) Pendidikan mengikut cara syarak sangat2 halus dan menyeluruh, cuma si ibu dan bapa sahaja yang perlu mencari ilmu untuk mentarbiahkan anak2 yang dilahirkan suci bersih itu. InsyaAllah n3 ini akan disambung mengenai penyembuhan penyakit2 marah ini menurut syarak seperti yang dicatatkan dalam kitab Abdullah Nasih Ulwan ini.
10 comments:
betul3x..anak2 skrg cpt tol marahnyer klu kehendak tidak dipenuhi..yg plg mencabar bila ibubapa (kitalah tu) nak kena tahan marah dan byk2 sabar..fuhhh..mmg mencabar tahap gaban dan ultraman gakk..huhu...
Selalu-selalulah ingatkan anak2 supaya mengucap / istighfar...atau setidak2nya mmberitahu yg marah itu sifat syaitan yg nak bawa dia ke neraka. InsyaAllah anak telah diajar bhw Allah penciptanya dan tahu balasan syurga neraka, pasti akan takut mendengarnya dan berusaha menahan kemarahan mereka.
@Qish,
may be kerana dalam hidup mereka semuanya cepat dan senang dapat. Dari atas sampai ke bawah. Dulu time kita, yg cepat cuma masak mee segera... yg lain kena tunggu musim. Now depa, main tekan2 terus dapat
@ Nurie,
TK atas tips. Memang itupun yg sentiasa dijadikan peringatan, tetapi sayang anak kekadang buat kita cepat mengalah...
bila marah sy g ambek wuduk...
sejuk & segar jdnya
salam aykay itew..
huhuhu
@ kulna
wuduk memang menyegar dan menenangkan.
tapi kalau anak2 yg tengah marah tahap wolverine camna? macam nak pecah rumah atuk nih
salammms.. hmm
@yginsaf4,
salam kembali...
Jawi mempunyai nilai-nilai Islam itu sendiri.
Post a Comment