Sempena cuti2 seMalaya, kesempatan tidak dilepaskan untuk pulang ke kampung halaman setelah bercoti di tpt orang, bertemu sanak saudara dan kenalan semasa kecil, menziarah dan bersihkan pusara ayah dan bonda tercinta, terasa sungguh kekosongan tanpa senyum gembira mereka bila ku bawa pulang cucunda bertemu mereka seperti dahulunya.
Bila ke pusara, teringat pesan Ustaz di Shah Alam, untuk perhatikan kesan2 amalan bid'ah yang masih menebal di dalam masyarakat kampung dan desa apabila mereka menziarah kubur contohnya, amalan menyiram air diperkuburan. Dahulunya pernah juga terfikir kenapa dibuat begitu? nak sejukkan si mati yang di bawah ke? (pemikiran penulis di umur 7 thn)...
Bila ditanya pasal amalan menjirus air di atas kubur bila selesainya membaca Al-Qur'an dan sebagainya, ramai Ustaz yang akan terus menerjah mengatakan ini amalan bid'ah orang2 lama yang harus ditinggalkan. Tiada penjelasan lanjut kenapa dahulunya dibuat dan kenapa kini diterjah sebagai bid'ah dalallah yg patut ditinggalkan. Bila di kampung, sempat bertanya kpd Pak Imam kampung lulusan pondok usang. Penjelasannya adalah seperti berikut. Amalan menjiruskan air ke kubur jika bertujuan untuk apa2 kebaikan kepada si mati adalah perbuatan bid'ah yg patut dielakkan. TETAPI jika niat hanya untuk pastikan tanah yang baru digali dan ditimbus (kubur baru) itu lebih cepat padat semula dan jika di atas kubur lama, niatnya hanya untuk pastikan pokok-pokok bunga kecil yang ditaman itu tidak mati kehausan maka perbuatan ini adalah harus. Perbuatan menyiram air itu tiada kena mengena dengan mayat si mati dan apa2 mengenai kehidupan alam barzakhnya. Begitulah penjelasannya dan juga penjelasan beberapa org Ustaz lain (yg bukanlah dari kalangan lepasan ijazah Ilmiah luar negara yg menerjah amalan ini sebagai bid'ah semata-mata) lain yang ditanya. Waallahualam.
Kemudian di malam-malam hari sempatlah menjenguk suasana majlis ilmu versi kampung. Keadaannya sama saja dengan suasana di taman perumahan di bandaraya...lengang dan hanya dipelopori oleh Geng-geng KRU...Kumpulan Rambut Uban. Golongan vateran inilah yg menyibukkan diri di surau2 dan di masjid2 utk 'mendengor' aka mengikuti majlis ilmu. Yang bezanya, jika dibandar para jemaah akan dilengkapi dgn peralatan canggih spt PDA dan MP3 recorder, di kampung mereka cuma 'mendengor' tanpa menulis nota atau selainnya.

suasana di surau sementara setelah yg asal dirobohkan untuk dibina yg baru
Namun, ada juga tempat2 yang luar biasa ramai qariahnya, bila ada ustaz-ustaz populer spt Ustaz Azhar Idrus (mengikut laporan dia sangat populer di pantai timur semenanjung dan kawasan yg sewaktu dengannya). Majlis ilmu berubah menjadi seperti karnival (tak pe lah bukan spt karnival yang heboh2 tu). Ada jualan, ada pertembungan ilmuan muda dan veteran, ada perkongsian ilmiah yang sangat menarik perhatian penulis (saya lah tu). Dan saya akan menjadi salah seorang ahli fan club Ustaz ini jika dia ada kelab peminatnya. Boleh disearch di youtube... Saya kurang pasti keberkesanan penyampaiannya tapi dia memang a 'crowd puller' ditpt yg saya terhadirkan diri pada malam itu.
8 comments:
Pulak tu air yg disiram ialah air yassin. hehehhee
Mungkin juga mereka mengambil kesimpulan di atas sirah Nabi SAW. Ketika itu Rasulullah SAW melalui sebuah perkeburuan.
Lalu baginda SAW telah memacakan pelepah tamar. Lalu Baginda SAW bersabda, "pelepah tamar ini sebenarnya hidup dan berzikir kepada Allah SWT. Dan saban masa ia berdoa untuk mengampun dosa-dosa manusia.
Jadi, dipacakkan pelepah yang kering tadi agar pelepah tersebut mendoakan kesejahteraan ahli kubur itu agar seksaannya mendapat keampunan Allah SWT atau paling kurang pun mengurangkan seksaan yang ditanggungnya.
Sebaik meletakkan pelapah tamar tersebut, maka jeritan ahli kubur itu berkurangan..."
Bahkan hadis lain ada menyatakan bahawa, batu, air, angin, pokok dan segala benda yang kita lihat sama ada pejap atau bergerak, seperti haiwan, sentiasa berzikir kepada Allah SWT dan memohon keampunan!
Justeru bertitik tolak dari itu, air @ air yassin yang disiram ke atas kuburan, diharapkan dapat memberikan syafaat! Samaada mengurangkan penyeksaan atau mudah2an si mati mendapat rahmat!
hehehehe
setakat itu jerk kot ilmu maza, selebihnya walahuaklam..
heheheh
(psst: kalau salah minta tolong tunjukan....)
Keluarga suami saya tiada tradisi seperti ini, melawat pusara waktu hari raya..mcm pesta di kawasan kuburan dgn baju warna warni, gelak ketawa ....
x penah bwk air pon bila melawat kubur..tolong cabut rumput2 kat sekeliling kawasan tu adalah..apapun yg kita buat bergantung pada niat jugok kan;-)
@ Bang Maza,
Hadis yang mengatakan Nabi s.a.w memacak pelepah kurma (yg masih hidup bukan kering) ke atas dua kubur sahabat sambil Baginda bersabda, bahawa salah satu kubur itu sipenghuninya disiksa kerana mendomba kata cerca semasa hidupnya, dan yang satu lagi disiksa kerana amalannya yg kencing berdiri dan tidak menjaga akan kencingnya (utk beribadat).
Maka diputuskan para Ulama terdahulu sebagai harus untuk kita menanam pokok2 kecil di atas perkuburan (lalu ada amalan menyiram - utk tujuan siram pokok tu je). Juga harus disiram pada kubur yg baru digali untuk tujuan kejarkan tanah yg baru digembur lepas ditanam simati.
@Kak Jie,
itulah, bila time raya je meriah sekampung tanah kuburan. Ada semacam pesta je. Tapi time2 lain, sunyi sepi, yg ada cuma Pak Wak yang ambil upah mengaji kubur (ini amalan dikampung saya, baru je saya terserempak dgn Wak ni yg tengah mengaji kubur, dibayar saguhati (tak tentu nilainya) oleh anak2 yg sibuk bekerja dikolumpo
Setengah orang sekarang cepat sangat memberi hukum sedangkan ilmu tidaklah seberapa. Inilah yang menjadikan Islam kaku dan tidak memberansangkan. Tiada Paderi dalam Islam. Tiada orang boleh sewenang-wenangnya memberi hukum.
Ulamak-ulamak silam sangat takut untuk memberikan hukum, lebih-lebih lagi yang berbentuk haram, bid'ah dsb kerana mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah adalah satu kesalahan yang amat besar. Allah tidak menyusahkan hambanya dan janganlah pulak kita sebagai hamba berlebih-lebih di dalam hal menghukum..
Bid'ah itu adalah berkaitan amalan ibadat semata-mata dan tiada kena mengena dengan muamalat dan amalan duniawi. Terpulang kepada kita samada ziarah kubur itu hendak diklasifikasikan sebagai ibadat khusus... bagi saya tidak. Tetapi jika melakukan perkara khurafat seperti di Pulau Besar, itu adalah perkara lain...
Penjagaan kubur dan ziarah, samada dalam bentuk siram air mawar, membersih, menambun supaya lebih tinggi dari tanah asal atau memasang 'belindang; hanyalah untuk menunjukkan ingatan dan kasih yang hidup pada yang mati... dosakah itu? Ziarah kubur ibu bapa menunjukkan ingatan dan kasih yang hidup terhadap jasa-jasa ibu-ayah; salahkah itu? Jangan sempitkan ugama dengan melulu memberikan hukum; seriau bulu tengkok - seolah mengambilalih tempat Allah s.w.t dadlam dalam memberikan hukum-hakam.
@Abeli Gukita,
apa khabar? lama tak dengor khabor. Harap sihat di tpt baru dgn tugasan baru.
Sefaham saya, tiada seorg pun Ust2 yg saya temui dan tanyakan soal itu ini ingin mengambil tugasan menghukum tanpa ada nas-nas mereka. Semuanya ada, cuma berbeza bab khilaf dan pendapat. Itulah indahnya ilmu.
Dalam bab bid'ah, memang benar ada amalan kita yg dibuat atas dasar ikut-ikutan dari turun temurun, dgn harapan utk mendapat Redha Allah. Namun tiada kefahaman.
Bila ada kefahaman, itulah yg akan tentukan samada kita buat dgn niat betul untuk tujuan yg benar atau bathil. Pentingnya ada ilmu atau sekurang-kurangnya mencari dan terus mencari utk diamalkan.
Spt amalan siram air di kuburan, bila ditanya kpd pakcik, ada yg jawab tak tahu kenapa tetapi gitulah yg dibuat dari dulu. Ditanya kat 'Ust Muda' mereka akan setangkas kelip akan kata itu bid'ah dalallah, bila ditanya guru pondok, dia akan beri beberapa hujjah yg harus dan yg membathilkan amalan, bergantung kpd niat dan kefahaman.
Jauh perjalanan, luas pemikiran, dan dalam kefahaman. Amin
TK Blue.
Biasalah; lain padang lain belalang. Cuma saya agak sedih kerana seolah tiada yang ambil berat sebelum saya tiba. Saya terpaksa mulakan dari ABC... Even sistem fail belum ada untuk projek yang telah berjalan lebih 4 bulan!!!
Post a Comment