Friday, June 12, 2009

Tempat orang bermandi darah, tempat kita sunyi sepi

Mungkin ada yang membaca berita mengenai peristiwa berdarah di mana 11 jemaah masjid Al Furqan di Cho Airong, Selatan Thai yang sedang solat Isyak pada malam Isnin 8/6/09 lalu terkorban syahid ditembak dengan kejam dari belakang semasa sedang bersolat. Antara syuhadah termasuklah pak imamnya Allahyarham Wan Abdullah Wan Latif 62 thn. Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Alhamdulillah, betapa aman dan bertuahnya kita di bumi Malaya ini, paling risau pun semasa solat ialah kalau-kalau kasut/sandal/selipar dicuri orang. Ada juga yang risau kot-kot motor/helmet/kereta dicungkil mat-mat yang saje2 cari kerje kosong, atau cuba2 nak isi bilik lokap kosong.

Keamanan juga menyebabkan kita alpa, berterusan mengosongkan masjid dan surau, terus membiarkan majlis-majlis ilmu berterusan sunyi murung, saudara2 seagama kita di selatan Thai berterusan dihimpit ancaman pihak2 yg tidak berperikemanusiaan. Yang berterusan memporak perandakan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kepercayaan. Yang peliknya siasatan oleh pihak yang berkuasa sering kali ke jalan buntu bila yang menjadi mangsa itu saudara seagamaku... logiklah kalau masyarakat Islam di sana hidup dengan penuh rasa curiga kepada mereka yang memegang senjata meronda kampung halaman mereka.

Ada juga keadaan di tempat kita di mana jemaah memilih bulu untuk majlis ilmu. Sekiranya Ustaz yang datang itu mengajar mengikut rentak dan samba golongan tertentu, maka berdoyong-doyong mereka dari kalangan tertentu datang dari jauh dan dekat. Akan tetapi jika yang datang itu Ustaz yang lantang menentang pendekatan sesetengah golongan, maka yang tinggal semasa majlis ilmu hanyalah beberapa kerat qariah, ahli 'regular' atau mungkin beberapa ahli jawatankuasa masjid surau yang agak segan untuk angkat kaki kerana merekalah yang menjemput si Ustaz itu datang. Pelik tapi benar,,,padahal menuntut ilmu (ilmu fardhu ain) itu adalah wajib kepada setiap umat Islam.

Pernah bersyair Muhammad Ibnu Al-Hasan bin Abdullah (yg telah dialih bahasakan);
" Dan jadikan olehmu akan diri kamu itu menuntuti faham dan menuntuti faedah dan bertambah-tambahnya dari ilmu pada tiap-tiap hari. Jangan lupa daripadanya satu hari jua pun.

"Dan bersungguh-sungguh olehmu pada menuntuti akan segala faedah-faedahnya dan manafa'at-manafa'atnya yang amat banyak itu, seperti bersungguh-sungguh kamu pada berenang di dalam laut yang amat dalam dan luas, kerana bahawasanya faedah-faedah dari itu amat banyak sehingga tiada kuasa menghabisi akan dia oleh anak Adam"...
Risalah Al-Al'alamah Asy'Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji.

Salam Jumaat dan selamat menuntut ilmu kepada semua.

4 comments:

maza said...

salam jumaat tuan tanah!

"Ilmu pelita hidup" giteww....

Anonymous said...

Salam.......

Kak tie pernah baca di akhbar kisah tu... Rasa sebak melihat darah2 di masjid tu...

ieyla said...

Salam...saya tengok kuar dalam berita tentang masjid diserang tue...apalah tak berperikemanusiaan betul org yg tembak tue...takpe2 nanti Allah s.w.t turunkan bala pula padanya krn menyerang orang tengah beribadat....

AyKay said...

@ maza,
Hari minggu boleh hadir banyak majlis,,, majlis walimatul urus dan majlis ilmu

@ Kak Tie,
saya rasa terharu kerana mereka itu ahli- tabligh yg merantau menyampaikan dakwah...

@Ieyla,
kita yang merancang namu perancangan Allah yg terbaik. Semoga roh mereka yg terkorban syahid akan menyemarakkan lagi pergerakan dakwah di kalangan kita