Lagi cerita pasal Kaum Thamud (kaum Nabi Soleh a.s) untuk pengajaran....
Semasa di Madain Soleh, kami berpeluang untuk menyaksikan pelbagai peninggalan arkeologi kaum Thamud, dan satu yg menjadi tarikan sendiri ialah peninggalan kesan2 satu tempat rawatan dan simpanan air. Ternyata latar belakang saya sebagai jurutera air sedikit sebanyak menaikkan minat lebih dari jemaah lain kepada instalasi ini. Sistem pemprosesan air peninggalan kaum ini tidak jauh beza dari segi asasnya dgn apa yg ada sekarang, cuma teknologinya saja yg berbeza.
Mereka sudah pun ada sistem aliran air hujan yg panjang di lereng2 bukit, kemudia disalurkan menerusi sistem penapisan pasir dan disimpan di dalam kolam takungan, yang sudah ada tanda2 had water level yg berperingkat2, mungkin setiap level sebagai penanda had2 penggunaan air.
Mereka juga sudah ada penanda khas untuk setiap rumah, seperti alamat rumah. Setiap fasad hadapan rumah dilengkapkan dgn tanda tulisan berbeza, supaya dapat dibezakan penghuninya.
Dan yg paling ketara kepintaran kaum Thamud yg dilaknatkan Allah angkara engkar ini ialah mereka ada cara untuk conserve mayat dalam rumah masing2. Kerana dalam setiap rumah ada 4 atau 6 tpt spt liang lahad utk diletakkan mayat bila ahli keluarga meninggal. Waallahualam.
4 comments:
menarik... sy teringin pergi tmpt sejarah mcm nie.. yg mencerikn tamadun2 islam..
Salam tuan rumah...patutlah lama tak dengar khabar berita...(hehe..saya sebenarnya yang lama tak menjengah dunia bloggging...sibuk yg teramat dgn tugas hakiki dll... mmg tak sempat nak bloghopping...)
rupanya menjadi tetamu Allah dalam mengerjakan umrah... bila bercakap mengenai Makkah dan Madinah, teringat kembali saat-saat saya dan suami serta almarhumah ibu mertua saya sewaktu mengerjakan haji pd musim haji 2007... segal-galanya masih jelas terbayang di depan mata...
YaAllah... rindunya ...rindunya hatinya terbayang sewaktu berada di dataran di depan Kaabah di Mesjidil Haram.... dan sewaktu berkunjung ke Mesjid Nabawi...
Semoga ALlah murahkan rezeki kami lagi utk menjadi tetamuNya samada mengerjakan umrah ataupun haji sekali lagi...rindu yang teramat sangat!
Jentayutiara,
menarik utk dijadikan iktibar.
Kak Zah,
memang menjadi lumrah semua jiwa yg pernah memjejaki diri ke tanah Haram ini akan sentiasa merindui untuk kembali ke sana, termasuk yg punya diri.
Sama2lah kita semua doakan agar kita akan dipanggil lagi untuk menjadi tetamu Allah dan penziarah Rasulullah s.a.w sebelum kita betul2 dipanggil ke alam barzagh. Amin
Baru pagi tadi anak kak jie umur 10 tahun tu bercerita riuh tentang sistem menapis air dgn pasir.
Subjek sains kat sekolah agaknya.
Post a Comment