Perkara ini telah banyak kali ditegaskan oleh para penceramah di tempat saya, terutama oleh para penceramah dari Sekolah2 pondok dan tegas lagi mantap.
Adalah diingatkan bahawa pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 22 Okt 1985 pun telah mengeluarkan fatwa mengenai kesesatan ajaran Ittiba' al Sunnah yg membawa kepada fahaman spt Salafiyyah Wahhabiyah. Namun, sejak kebelakangan ini, ajaran2 ataupun cebisan2 ajaran ini berleluasa menular ke kawasan2 elit di bandar2 besar di Malaysia.
Sebut sahaja jemputan baca Yassin utk majlis tahlil, ada sahaja yg menyatakannya sebagai bid'ah. Jemput sahaja untuk solat hajat dan doa selamat untuk arwah, maka golongan ini akan menganggap itu sebagai perbuatan bid'ah dan pahalanya tidak sampai kepada org yg telah mati. Maka mereka akan sebutlah hadits yg membawa maksud bila mati hanya tiga perkara sahaja yg akan sampai kepada si mati.... lalu dibid'ah kita yg jemput. Mereka juga menolak sambutan Mawlid Nabi, sambutan Isra' Mi'raj, Ma'al Hijrah yg semuanya dikatakan bid'ah. Dan banyak lagi sehingga ada yg mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda atau golongan Mudah (kerana hukum fiqh mereka yg mudah, dan tidak tetap kepada satu2 mazhab sahaja).
Dahulunya saya hanya menganggap perbedaan kita hanya dari segi khaifiyat dalam hukum fiqh dan tidaklah serius sangat, maka penolakkan saya tidaklah berbentuk keras, cuma pendekatan ''awak dgn cara awak dan saya dengan cara saya yg ilmu cetek ini dan hanya ikut apa yg ditinggalkan oleh Imam As Syafi'i sahaja". Tetapi semenjak didedahkan dengan pendedahan perbezaan dari aspek2 berkenaan aqidah, ulum Qur'an dan Hadits, Tasawwuf dan Tareqat, maka penolakkan saya terhadap golongan ini telah menjadi sangat keras, sekeras2nya. Maka telah saya keluarkan putera2 saya dari kelas Aqidah di Masjid yg gurunya secara sedar atau tidak telah menitipkan sedikit pendekatan dari golongan Wahhabiyyah ini.
Diingatkan kepada mereka yg sedang mencari2 ilmu untuk bekalan hidup kekal, atau mencari2 ilmu untuk anak2 bagi persediaan hidup kekal mereka, silalah dapatkan pendedahan mengenai perkara ini, moga2 tidak menjadi spt saya yg secara tidak sengaja telah terikut2, terbawa2 dengan sedikit cebisan amalan2 golongan ini, atas dasar kononnya amalan fiqh berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah. Sebahagian daripada amalan2 sunat golongan ini adalah yg dipandang makruh oleh imam2 mazhad empat.
So? Bagaimana hendak mengenal mereka ini? Atau ustaz2 yg bagaimana yg dikatakan mengikut amalan golongan Salafiyyah Wahhabiyyah ini? Terima kaseh kepada Ust Mahfoz Mohammad dan Ust Abdullah Jalil (USIM) yg telah memberi sedikit panduan berbentuk ringkasan 10 mukasurat mengenai ciri2 golongan ini yg diambil dari kertas kerja terbitan Jabatan Mufti Johor dalam Multaqa penjelasan hukum berkenaan Isu2 Aqidah dan Syariat bertajuk "Penafian dan Jawapan kepada tuduhan - Semua Bid'ah adalah Dholalah".
SATU LAGI PERINGATAN: JIKA MAHU MENCARI ILMU AKHIRAT, JANGAN TERUS BERPANDUKAN RUJUKAN DARI INTERNET! SILA CARI ORG YG ARIF DI LUAR SANA.
13 comments:
salam AyKay
akak sangat setju denagn pandangan you.
Internet bukan tempat nak belajar agama islam ..cari lah guru guru yang banyak ada di luar ni. Ada kawan akak di luar negara menyata kan hati hati dengan tafsiran AlQuran dam net ni..pasal orang yahudi banyak menyonsang kan ayat ayat tersebut..macam kita ni..mana lah tau yang ia nya asli atau pun tiruan...bahasa arab pun tak tau makna..zero...
Terima kasih Aykay....
fuhh...
ngeri gak apa yg info disalurkan ini!
Terasa gentar..
terima kasih kerana mengingatkan....
tq for the info..
i wud like u to comment abt this clip
http://www.youtube.com/watch?v=pO4tVYKqQPE
and i wonder he is in which category??
Akhir zaman. Agama Islam semakin dikelirukan !
Kak Eza,
memang betul tu. cuba yg ini: type search - solat cara rasul. Nah, tu dia, berkajang2 keluar perihal solat cara nabi, yg kitab asalnya dikarang oleh seorang yg tidak diketahui siapa guru haditsnya, namum, jika kita ke masjid2 di bandar, ada ramai yg dah solat cara ini... mungkin kita sudah dikelilingi oleh golongan2 ini?
Maza;
jika berminat utk dptkan nota ringkasan dari Jab Mufti Johor tersebut, emailkan alamat, insyaallah akan diposkan FOC, dan baru kita tersentak betapa kita pun sudah dikelilingi oleh mereka...
Qish,
insyaallah akan dichk u-tube tu.
Long,
betul lah tu.
info yg bolh dikogsi..kdg2 perkara yg boleh jd bidaah cnthnya smbutan maulidur rasul tu..memg bagus disambt tp kadg2 org kt ni lepas penat berarak blik umh kdg2 tertinggal solat...hmm tu yg bg effect tak elok tu..tp sambutan memg bgus..kalo salah tl btulkan ye
salam AyKay
emm tmeksh krn berkongsi info ni... em kite yg jahil ini pun tak berapan ank sedar ada golongan yang mcam gini di sekeliling kite... emm "semua Bid'ah adalah Dholalah itu ape maknanya..? maaf kerna bertanya...
Fatahiyyah,
sambutan mawlid tu bagus, tapi sampai tak solat tu dah cerita lain, hal sendiri2.
manje,
..."semua Bid'ah adalah dholalah" adalah anggapan segolongan manusia bahawa semua yg tidak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w adalah tidak boleh dijadikan perkara ibadah (spt sambut Mawlid, Maal Hijrah, baca Yassin mlm Jumaat) dan semuanya adalah Dholalah (yg tak baik)
salammms.. thanx for d good info..
betul tu,jgn terus percaya pd internet info. Rujuk pd yg arif lg bijaksana.
Liza,
saya kena betulkan statement saya yg dulu, jika nak cari guru yg arif sekalipun kena hati2 jugak, kot2 nanti rujuk ustaz2 yg blom 'start2', ramai bebenor now nih ustaz segera
Post a Comment