Tuesday, April 21, 2009

Umur Dewasa dan Liku-Likunya

Dalam mendalami dan mencari Cinta sejati, telah ditakdirkan saya untuk mengikuti satu pengajian berpandukan kitab Peringatan Tentang Umur Insan nukilan Imam Habib Abdullah Haddad yg telah diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait terbitan Pustaka Nasional. Disyorkan kepada sesiapa yg juga mencari Cinta kekal untuk juga mengikuti pengajian berasaskan kitab ini.
Dinyatakan oleh Imam Habib Abdullah, umur kita boleh dibahagikan kepada 5 iaitu;
  • Umur pertama: sejak Allah SWT mencipta Adam a.s dan dibekalkan zuriat pada tulang sulbinya, seluruh umat manusia dari awal sehingga hari Kiamat telahpun dimasukkan ke dalam tulang sulbi Adam a.s dan zuriat ini dipindah-pindah terus menerus dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita. dan dari rahim wanita ke tulang sulbi lelaki, sehingga lahirlah tiap-tiap orang dari ayah dan ibunya sampai kiamat.
  • Umur kedua: sejak manusia lahir ke alam dunia sehingga dia mati dan keluarnya dari alam dunia.
  • Umur ketiga: Sejak keluar manusia dari alam dunia sehingga dia dibangkitkan. Alam ini juga dikenali sebagai alam barzakh.
  • Umur keempat: Sejak keluar manusia dari kubur pada hari kebangkitan semula, sehingga manusia dikumpulkan untuk pengadilan setelah semua amalan dunianya dihisab.
  • Umur kelima:Inilah umur ketika mana manusia akan dimasukkan ke syurga dan kekal di dalamnya. Ada juga yg akan dicampak ke neraka dan kekal di dalamnya, iaitu org2 yg kufur semasa di dunia. Sebahagiannya akan dikeluarkan dari neraka selepas disiksa, iaitu org2 yg berdosa dari golongan ahli2 tauhid, samada dengan mendapat syafaat dsbnya.

Namun, semuanya yg di atas terasa tidak menyengat dalam sesetengah hati kerana ini adalah perkara yg bukan menjadi tumpuan kita yg sering sibuk dengan kehidupan dunia yg kepada sesetengah manusia, menjadi rebutan dan tumpuan seluruh jiwa raga.

Untuk n3 ni biarlah saya notakan apa yg lebih relevant dengan diri sendiri sekarang, iaitu insan yg sedang melalui peringkat umur ke dua, dan sedang menghadapi pergolakan umur dewasa serta liku-likunya. Ibnul Jawzi mengkategorikan seseorang itu sebagai dewasa setelah mereka melalui peringkat umur 35 - 50 thn. (Yg umur 15 - 35 dikira sebagai muda, so faham2 sendirilah).
Setelah kita menjangkau umur dewasa, diharapkan dengan kemurahan Allah SWT untuk dikurniakan hikmat dan kebijaksanaan, sehingga menjadi cenderung untuk perkara2 ketaatan, sering bertaubat dan menujukan hatinya kepada Allah SWT. Dalam kata lain, diharapkan kita menjadi org2 yg mendapat taufiq dan pandangan dari Allah SWT, sesuai dengan firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 14 yg bermaksud:


"Dan setelah dia menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan baginya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang suka melakukan kebajikan"

Juga dalam surah Al Ahqaf ayat 15 yg bermaksud:

"Sehingga apabila dia menjadi dewasa dan cukup umurnya 40thn, berkatalah ia: Ya Tuhanku! Berikanlah aku daya untuk mensyukuri kurniaMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku, dan dorongkanlah aku untuk membuat amalan soleh yang Engkau meredhainya"

Ada yg mengatakan, bahwa apabila seseorang itu mencapai umur 40, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku. Ada juga yg memberi amaran, bila sudah 40thn dan kebajikan masih kurang dari kejahatan, maka bersedialah untuk ke neraka.


Syaikh Arif Abdul Wahab bin Ahmad As Sya'rani dalam kitabnya 'Al Bahrul-Maurud' pernah berkata, apabila kamu mencapai umur 40, hendaklah kamu lipat2kan tikar bantal dan bersedialah untuk perjalanan ke akhirat, dan setiap nafas yg disedut tiadalah lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia semata-mata.

Imam Syafi'i rahimahullah, setelah mencapai umur 40 thn, beliau pun berjalan bertongkat sebatang kayu. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata biarlah dia sentiasa beringat bahwa beliau kini sedang menuju ke akhirat.


Kesimpulannya: Sebagai peringatan diri yg semakin hampir dengan angka keramat 40 ini. Hanya yg sentiasa dipohon, sekiranya direzeki Allah SWT untuk sampai ke umur itu, doa saya agar diberikan taufiq dan hidayah agar dimasukkan dalam golongan umat yg berada dalam jalan yg benar dan tidak termasuk dalam golongan manusia yg lalai apalagi dalam golongan yg syirik.

4 comments:

fazemy said...

Orang putih kata "Life begins at 40"..tapi klw berubah jadi baik alhamdulillah..klw berubah jadi yg tdk elok?

Tapi sbenarnya kita kena sentiasa beramal. Tdk kiralah sudah capai umur dewasa atau tdk. Sbb ajal tdk kenal usia.

AyKay said...

Emy,

betul tu ajal tak usia, pasal tu saya notakan 'jika direzeki Allah utk sampai ke umur tu...'

tapi ramai antara kita yg duk pasang angan2 nak buat itu ini bila sampai umur 40, bila lepas umur 40, dsbnya... urut dada tanya isi hati

Anonymous said...

salam AyKay

masa tak menunggu kite...
ajal pon tak dijangka, emm
jadi takkan lah nak tunggu umo
masuk 35 thn br kita nak wat
segala kebaikan dan tinggalkan
segala keburukan?...

AyKay said...

Manje,

correct tu, ajal maut itu rahsia Tuhan.

Siapa kata kena tunggu 35 baru nak wat baik n tinggal yg buruk?

Ayat2 yg tersenarai utk peringatan kpd yg mencapai umur 'dewasa'.

Lihatlah di sekeliling, berapa ramai yg telah 'dewasa' umurnya tetapi masih 'muda' malah 'remaja' amal baiknya.

Kerana, telahpun dinyatakanNya .."hanya sedikit dari hambaKu yg beringat..."