Tuesday, May 05, 2009

Kewajiban kita kepada Al Qur'an

Ada satu pepatah Arab yang lebih kurang maksudnya "bagaikan unta mati kehausan di padang pasir, sedangkan ada air dikendung di belakangnya".
Adakah begitu kekeliruan hidup kita sekarang? Sentiasa mencari2 sebab dan punca kenapa itu dan kenapa ini berlaku... kenapa pula kita yang menanggungnya dan bukan orang lain? Adakah kita berada di dalam kegelapan? tertutup hijab dari perkara sebenar? umpama berjalan di dalam gelap, tanpa penyuluh, kebingungan, walhal penunjuk jalan ada di tangan?


Adakah telah berjaya perancangan jahat musuh2 Islam yang dengan keterlaluan telah menidakkan cinta kita kepada golongan Arab? Sedangkan telah berpesan Baginda Nabi s.a.w supaya kita tidak membenci orang2 Arab, walaupun perangai sesetengah mereka ini memang sesuai untuk dibenci. Pesan Nabi s.a.w, tidaklah dibenci kaum Arab dan bahasanya kerana; Baginda Nabi s.a.w adalah dari golongan Arab, Al-Qur'an adalah dalam bahasa Arab dan bahasa di syurga adalah bahasa Arab.

Sedikit petikan dari buku himpunan ceramah As-Syeikh Imam Hassan Al Banna mengenai kewajiban kita kepada Al Qur'an;
  1. Keyakinan sesungguhnya tiada penyelesaian utk semua perkara melainkan penyelesaian dari petunjuk Allah iaitu Al-Qur'an
  2. Kaum Muslimin wajib jadikan Al-qur'an sebagai kawan karib, bahan rujukan dengan sentiasa mendampingi Al-Qur'an.
  3. Sentiasa membaca dan memerhatikan adab2 bacaan serta mendengar Al-Qur'an kerana inilah Kalam Allah yang semestinya wajib dihormati.
  4. Menjadi kewajiban pula untuk mengamalkan hukum2 dari Al-Quran termasuklah hukum2 utk individu (fiqh, akhlak, taubat...) dan hukum2 kemasyarakatan (keluarga, muamalat...)

Kesimpulannya: sampailah masanya untuk kita tekadkan diri untuk membaca Al-Qur'an ini setiap hari, walaupun beberapa ayat, sambil memerhatikan maknanya, dan menunggu2 saat bacaan ini seolah2 spt akan membaca bingkisan cinta dari orang yg tersayang.

7 comments:

Leenoh said...

Salam Aykay.

Kitab Al.Quran ialah kitab panduan yan g diturunkan Allah untuk panduan hidup manusia. Di mana di dalamnya mengandungi panduan yang betul dan benar tentang kehidupan di dunia, betul kehidupan di dunia maka betul dan selamatlah di akhirat.
Anih dan pelik sesetengah orang Islam hanya membacanya sahaja tanpa mengambil tahu maksud dan tafsirannya. Sikap ini tidak membantu kita untuk mendapatkan panduan yang dimaksudkan.
sekurang-kurangnya orang Islam hendaklah mendalami ilmu Aqidah dan Ibadat ( Ilmu fiqah )kerana ilmu tersebut adalah penjelasan hukum hakam yang terdapat di dalam Al.Quran.

AyKay said...

@Leenoh,

sebetulnya Al-Qur'an dijadikan penyuluh kehidupan setiap individu Muslimin.

namun, sebagai permulaan, setidak2nya, membacanya setiap hari pun adalah sesuatu yg amat baik, kerana Al Qur'an ini istimewanya ialah, perbuatan mengiyakan kehadirannya pun diberi ganjaran i.e melihat ayat2nya, mendengar bacaannya, membacanya, apatah lagi menghayati serta mengkajinya. Waallahualam

Abang Long said...

Malang sungguh bagi Muslim yang tidak berdamping dengan Al Quran. Wahai saudara, pohon dapatkan alamat emel, TERIMA KASIH.

Sakinah said...

Assalamualaikum

bila kita dah biasa baca Quran setiap hari, bila tertinggal baca akan rasa kurang sesuatu dan akan teringat2 hari ni tak baca Quran.

Pengalaman saya (sekadar berkongsi) dulu saya istiqamah baca surah al mulk setiap lepas solat maghrib atau isyak, bila sekali tertinggal malam itu rasa rindu sangat. Lepas solat subuh esoknya terus baca al mulk. itu dulu, sekarang tak lagi. susah sebenarnya nak istiqamah ni kan?

nak kongsi lagi, bila baca tafsir (terjemahan) Quran tu (bagi sayalah) tak sama kesannya bila kita dengar orang lain yang baca kan? Saya terasa kalau menghadiri kelas agama dan ustaz or ustazah bacakan tafsir Quran, terasa lebih berkesan dalam hati berbanding saya baca sendiri.

Saya baru merangkak baca Quran, tapi alhamdulillah saya merasa nikmat dan kehebatan baca Quran. kadang2 rasa nak give up juga sebab lidah dah keras tapi bila lancar baca, rasa nikmat sangat dan rasa semangat meluap2 untuk khatam Quran dengan cepat. Alhamdulillah, Allah izinkan saya cepat belajar membaca Quran :)

maaf, panjang lebar pula.sekadar berkongsi nikmat Allah bagi.

syukran atas ingatan ini :)

AyKay said...

@Long,

memang amat malang dan terlepas pandang bagi mereka yg menjauhkan diri dari al-Qur'an.

Teringat saya satu pesanan seorang alim yg menyatakan sehari kita tinggalkan Al Qur'an, maka ia akan tinggalkan kita 3 hari...

waallahualam

AyKay said...

@ SAKINAH,

shukran kerana berkongsi pengalaman, apatah lagi saudari ini org baru, terasa malu diri bila saya baca catatan anda...

istiqamah utk kebaikan adalah sukar, memang itulah hakikatnya. Berlainan pula dgn istiqamah (atau ketagihan) kpd perkara2 yg sia2 (merokok, hiburan keterlaluan, borak2 kosong). Sampai ada yg tak kenyang kalau tak disusuli dgn rokok selepas makan.

Tafsir dan terjemahan Al Qur'an itu ada bezanya. Terjemahan adalah sekadar makna dari ayat ke ayat dan tafsiran adalah lebih mendalam dan disusun dalam beberapa pendekatan. Pendidikan tafsir perlulah dibuat oleh orang yg arif berpandukan kitab2 tafsir yg diij'timakkan sebagai yg sesuai dan tidak terpesong.
Antara tafsiran yg terbaik (setakat yg saya tahu) ialah tafsir ibnu Katsir - satu pelaburan yg bijak utk kita buat.

Bersamalah meneruskan usaha untuk mendekati Al Qur'an

fazemy said...

Kagum dgn ayat2 al-quran yg menceritakan hal zaman skrg. padahal zaman nabi dulu tak terfikir pun mereka akn bangunan2 tggi melngit tu smua.tp dlm Quran dh awal2 bgtau. Subhanallah..