Wednesday, May 13, 2009

As-Syafi'i Imam yang dihormati

Imam As-Syafi'i yang telah meninggalkan dunia pada tahun 204H ketika berusia 54tahun telah disemadikan di tanah perkuburan Banu Zuhrah di Qarafah Sughra, kaki gunung Al-Muqattam.

Di akhir hayatnya, ketika ditanya oleh seorang muridnya, iaitu Imam al-Muzani tentang keadaan dirinya, Imam As-Syafi'i menjawab " sudah sampai masaku didunia ini untuk aku tinggalkan, akan aku berpisah dengan rakan taulan, akan mengalami rasa kematian, dan kepada Allah jua tertumpu ingatanku", demi Allah, tidak aku tahu ruhku akan dibawa ke syurga atau ke neraka", sempat beliau meninggalkan satu madah;

"Pabila mati dah pejal membeku,
Dah sempit pula penyebaran mazhabku,
Kupanjatkan harapan mendapatkan keampunanMu,
Dosa-dosa menimbun besar ke atasku,
Pabilaku bandingkan dengan keampunanMu,
KeampunanMu itu lebih besar..Tuhanku."
Beliau meninggal dunia pada malam Jumaat selepas waktu Maghrib pada hari terakhir 29 Rejab, di sisinya murid setia Imam Ar-Rabi' bin Sulaiman al-Jizi.


satu kitab ulung dalam ilmu Fiqh peninggalan Imam As-Syafie

3 comments:

maza said...

Jasa Imam sungguh besar kepada umat..

walaupun semasa hayat beliau dicemari beberapa insiden, tetapi jasanya begitu cemerlang sekali....

huhuhuhu..

dia telah meninggalkan ilmu yang diwarisi oleh kita....

Leenoh said...

Salam.
Bukunya menjadi rujukan utama umat kini, demikianlah jasa guru gemilang.

AyKay said...

dia yg menjadi imam kpd sebahagian besar masyarakat dan kita kerana mentaklidkan kpd mazhabnya, namum sayang, berapa ramai yg mengenali dan mengetahui hal2 diri imam ini....termasuklah saya