Friday, May 08, 2009

Catatan di Malam Jumaat

Seringkali setiap malam Jumaat, akan kedengaran suara soksek2 sumbang apabila Imam masjid menjemput qariah mengisi masa antara Maghrib dan Isya' dengan membaca Yassin, takkala penceramah jemputan tidak dapat hadir dan jadual ditangguh di saat2 akhir. Al-maklumlah ada sesetengah para cendikiawan agamawan yang terpelajar melabelkan amalan membaca Yassin di malam Jumaat sebagai amalan Bid'ah dan tidak boleh diteruskan. Nakal betul!, ada ke patut amalan yg baik yg diamalkan sekian lama nak digantikan dengan sesi berbual kosong, sesi bawa diri masing2, borak2 politik... bila tiada penceramah datang.

Maka berlakulah perdebatan, pembentangan hujjah dsbnya. Perkara yg sama sering kedengaran atau dipaparkan dibanyak blog2 pendakwah, bebas atau berpihak, perihal perbedaan pendapat, pegangan, sumber nas dsbnya. Masing2 dengan tegas menggulung hujjah masing2, sampai ada yang mencela, mengecil2kan satu2 pihak yang lain. Saya yang masih menular nak mencari ilmu ini kekadang kaget dibuatnya. Lalu saya rujuk kepada yang pakar, siapa lagi kalau bukan Imam As-Syafi'i, bagaimanakah cara2 beliau berdebat, bertukaran pendapat bila berlaku berlainan pendapat dgn Ulama2 besar yang lain; (dari Siri 4 Imam Mazhab - susunan Sdr Tarikuddin bin Hj Hassan terbitan Jahabersa)
Cara Imam As-Syafi'i bertukar fikiran:
Beliau, seperti juga Imam Abu Hanifah, amat suka berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah. Pada beliau, perkara2 ini akan membuahkan hasil yg terbaik dari pertembungan seumpamanya. Tetapi beliau hanya berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah hanya untuk mencapai keputusan yg baik dan natijah yg benar. Kata Imam As-Syafi'i;
1. "Tidak aku bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku ingin supaya ia diberi pertolongan, dan supaya ia beroleh pemeliharaan yg baik dari Allah SWT. Dan aku tidak bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menjelaskan kebenaran atas lidahku atau atas lidahnya."
2. "Aku ingin apabila aku bertukar pendapat, hendaklah ia menampakkan kebenaran di hadapannya"
3. "Tidak sekali-kali aku bertukar pendapat dengan seseorang, lalu ingin jatuh ke dalam kesalahan"
4. "Aku pandang kritikan2 sebagai rahmat dan bukan perbuatan yg akan menimbulkan kemarahanku. Lawanku bagi mereka itu ada kebaikan dan kelebihan atas diriku. Semoga Tuhan jangan menjauhkan lawanku dari diriku"
5. " Mereka selalu membicarakan kesalahanku, maka aku dapat menjauhkannya dan mereka sentiasa berlumba2 mahu mendahuluiku, maka aku dapat berusaha lebih tinggi kerana galakkan mereka"


Wahhh,,, jelas sekali pendekatan positive thinking oleh Imam As-Syafi'i ini menjadi pemangkin untuknya maju dan tidak sekali menjadi racun yg berbisa. Kita? mampuke? marilah kita sama2 mengambil pendekatan yg lebih positive, tidak melabelkan sesiapa dgn apa2 label bila mereka berbeza pendapat. Berdoalah agar mereka juga di pihak yg benar, dan jika mereka itu sah2 berlainan aqidah dengan kita, berdoalah agar mereka diberi petunjuk, agar Allah SWT membuka hijab dari mereka untuk mendapat kebenaran. Elakkan dari kekerasan kata2, mahupun air muka yg masam mencuka, kerana siapalah kita jika tidak hanya hambaNya.

4 comments:

maza said...

aderkk...

tak sempat nak fikir lagi, melainkan tersumbat kahak!..


uhuk uhuk uhuk!

tapikan, congrats its good info bro!

AyKay said...

@ maza,

esihhh, p makan ubat tu. ni sure2 bukan H1N1?
psssttt... try aumentin 650, pastu air suam2 kuku, insyaallah clear

Leenoh said...

Salam.
sebelum nak cakap yang lain nak pesan pasai batuk dan kahak ni, amalkan setiap pagi dengan mengambil sedikit madu lebah, kalau panas kurangkan sedikit sukatannya.
Depa cakap pasai bidaah tu, depa dok baca al.Quran tiap-tiap hari kot, kalau harap baca ketika solat saja,buat apa nak pertikai, kalau tak dibaca pada malam Jumaat lagi tak baca langsung.
Al.Quran memang disuruh baca tiap-tiap hari, bukan setakat baca tetapi mengaji iaitu membaca sehingga memahami isi kandungannya

fazemy said...

Psl baca yasin mlm jumaat tu bidaah kan..saya pun terpikir jugak. dari kita tak buat amal langsung pada 1 malam pun apa salahnya baca yasin di mlm jumaat kan.