Tuesday, May 26, 2009

B2B Notes - bacaan Qunut

Semalam, guru ilmu Hadits membuat satu wake-up call untuk semua dengan bertanya soalan yg agak2 basic tapi dengan kezutan kerana soalan didatangi tanpa amaran. Soalannya amat mudah namun, kerana ketidak pekaan kita kepada perkara2 basic, maka ramailah kalangan penuntut yg tunduk tersipu2 malu, mengalahkan anak dara sunti bila dipinang anak penghulu, tunduk sipu2.
Soalannya,,,, sekarang ini kita dalam bulan apa dalam kalendar Hijrah? Selepas bulan ini bulan apa pula? dan bila bulan kewafatan Baginda Nabi s.a.w? Aduhai..... ramai yg terpinga2, bila diajukan soalan2 sebegini. Cuba tanya soalan yg complex sikit spt bulan berapa Hari Ibu, Hari Kekasih, Hari Karnival Beli Belah ke... ish ish ish Ustaz nih!....

Selepas semalaman berfikir mengenai perkara soalan basic tadi, maka terpanggil saya untuk membuat catatan siri baru dicatatkan sebagai B2B Notes (atau Back To Basic Notes) untuk peringatan diri mengenai perkara2 simple yg saya ambil mudah, spt tak berapa penting walhal ianya spt pelengkap amalan harian,,, i.e makna2 bacaan dalam solat, surah2 lazim dan maknanya, perkara2 yg biasa terbuat yg boleh membatalkan solat, perkara2 sunat yg ditinggalkan dalam solat, amalan2 kecil tetapi sgt bermakna dalam perhubungan sesama manusia etc..


Saya nak mulakan dgn B2B Note - makna bacaan Qunut. Sudah tentu ramai yg sudah arif, masak dgn bacaan Qunut (biarlah ada sesetengah golongan yg anggap bacaan Qunut tiada dalam amalan solat cara Nabi s.a.w - kita tetap dgn amalan mengikut mazhab Imam As-Syafi'i). Saya kekadang tidak teringat makna doa Qunut yg dibaca setiap pagi dalam solat subuh, jadi ada baiknya untuk diri sendiri agar saya notakan makna doa Qunut di sini;
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

7 comments:

maza said...

betul tu tuan tanah.. huhu

tapi apa2 hal pun, cantiknya gambo mesjid kristal dari sungai iteww.. huhuh

fazemy said...

Haha...betulla..kdg yg basic pun kita blh lupa.

AyKay said...

Maza,

imagine tunduk muka time ustaz tu interrogate...wakaka, peluh muda takut tersyasul...

btw, pic sejid tu ambik time2 tengah kontreversi haritu, balik kampung terus p tepi sungai tangkap gambo.

@Emy,
imagine la perkara2 yg anak tadika hafal dan boleh lagu2 kita sendiri terkehel2 nak ingat..i.e 25 nama Rasul :-)

Unknown said...

bagus sekali impian utk catatan sebegitu kerana kita adalah insan yg selalu alpa,apa yg dipelajari dulu

Abang Long said...

Banyak sangat mazhab baru sekarang, hinggakan doa qunut pun sudah tiada.

Eh ... bila boleh jumpa ?

AyKay said...

Ummi,

memang kena belajar semula. ade ke patut kita berdasarkan apa yg dipelajari masa sek rendah? time tu belajar sambil korek2 telinger (saya lah tu)

AyKay said...

@ Long,
tu belom masuk bab berzikir dgn imam, or mengaminkan doa dibaca pak imam, mana depa ni nak tunggu, tak boleh katanya,,,, habis salam trus bangkit. jgn2 lah nanti, habis salam je semua bangkit langsung tak bersalaman lagi...

bila nak jumpa? bila Long free? saya agak2 bizi tapi insyaAllah utk Long boleh je, meet-up kat S Alam