Memang sesungguhnya kita ini dijadikan sifatnya resah gelisah bila mendapat kesusahan, dan cepat lupa daratan dan kedekut bila telah mendapat kesenangan. Namapun manusia, tambah lagi dengan sifat mudah lupa dan mudah melatah.
Teringat kepada petikan surah Al-Maarij ayat 19 - 34 (Juz 29) yang maksudnya
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). (19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. (20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. (21) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. (24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). (26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. (27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. (28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). (33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Sembahyanglah sebenarnya ubat untuk jiwa yang keluh kesah itu. Namun bila kusemak akan diri ini, memang dah bertahun aku solat, dulunya kekurangan sedikit, namun adakalanya lagi masih keluh kesah bila ditimpa kesusahah...kenapa yek? rupanya sembahyang yang dimaksudkan bukanlah sekadar sembahyang secara physicalnya berdiri, rukuk dan sujud, walhal hati ketika solat itu melayang2 jauh ke sana ke mari, kekadang melayang2 ke TESCO, JUSCO, bistro dsbnya.... solat yang dimaksudkan ialah solat yang penuh kusyuk dan tunduk kepada Allah, dengan penuh tertib rukun dan sunatnya, bukanlah versi gopoh-gapah ala2 anak2 yang tangkas mengejar waktu.
Bagaimanakah kita boleh mendapat nikmat kusyuk ketika solat?...alamak soalan cepu emas ni..maka bermulalah satu misi baru utk aku mencari rahsia2 kusyuk solat dalam erti kata sebenarnya,,, mudah mudahan dengan konsistensi dan tambahan ilmu serta doa2, akan tercapailah niat utk mendapat nikmat kusyuk solat, yang dengannya aku yakin akan terjagalah kehidupan harianku....amin.
Kekuatan Berdoa 1 – Ibu, Cucu & Doktor
9 years ago
4 comments:
mmg betul..ramai yg bersolat tp tidak sempurna..ada yg spt mengejar sesuatu punyalah cpt dah hbs..camne tu eh..marilah kita mengkaji lebih mendalam rahsia solat...
moga² kita akan lebih kusyuk;-)
kusyuk semasa solat adalah satu nikmat,,, so macam biasa lah, bukan semua org akan dikurniakan nikmat tu...sama2 lah mencari jalan utk mendapatkannya...
salam,
boleh link blog saudara?
N-rasberi,
silakan jika itu dikira membawa faedah kpd anda. Yg baik itu dariNya, yg jelek itu kelemahan saya
Post a Comment