Kedudukan masjid dan institusinya dalam masyarakat Islam masakini kian hilang ketinggiannya. Masjid yg pada asasnya menjadi tempat utk ibadah, institusi ilmu, markaz penghubung antara mukmin, kini menjadi tpt yg sunyi. Hanya untuk seketika waktu solat ianya didatangi oleh segelintir kecil masyarakat setempat mahupun beberapa musafir yg singgah menunaikan kewajibannya. Malah ada tempat2, surau2 terutamanya menjadi begitu sunyi sehingga tiada jemaah diwaktu2 tertentu spt subuh, apatah lagi sekarang ini musim hujan, aduih,,sedihnya. Ada satu surau kampung, (di suatu tempat di Utara Semenanjung) kulihat menjadi tempat simpanan baja padi...aduhai saudara2 ku sekalian, ke manakah arah kita sekarang?....
Di bandar2 keadaannya pun tidak banyak bezanya. Jika dahulunya tempat2 ini dirasai sentiasa hidup dgn aktiviti, kini hanya dikunjungi oleh warga2 pencen, dan apabila Fatihah diaminkan, bunyinya tidak dapat menandingi bunyi derungan ekzos kapcai yg melintasi kawasan. Hanya ketika solat Jumaat sahaja yg bila makmum mengaminkan AlFatihah, gemanya kedengaran kuat bertenaga. Alangkah indahnya jika setiap waktu Maghrib dan Isyak, gema aminnya sama seperti gema semasa solat Jumaat ini.
Memang tepat dan betul sabda Rasul s.a.w;
"Akan datang kepada manusia satu zaman mereka berbangga dengan masjid2 tetapi mereka tidak mengimarahkannya melainkan sedikit"
Kenapa tidak kita mengimarahkan masjid, datang awal sambil menunggu waktu solat, sedangkan org yg duduk di masjid sambil menunggu waktu solat itu ditulis baginya pahala sama spt org yg mendirikan solat. Ya Allah, Kau berilah aku kelapangan untuk membantu, mengimarahkan rumah2Mu yang indah dibina ini.
Adakah kerana kami ini terlampau sibuk dgn urusan harian kami? urusan duniawi kami? lantaran tuntutan akhirat kami kurangkan?..... berilah kami kekuatan untuk mengubah keadaan ini Ya Rahman Ya Rahim...
4 comments:
betol lah ak, tmpat i pun cam tu..mungkin kita terlalu sibok dgn urusan dunia, i sendiri pun selalu balik lambat n tak smpat nak berjamaah kat surau dekat rumah
Masjid dan surau hanya sesuai ditadbirkan oleh orang yang berilmu dan bertakwa.
kalau pentadbir surau dan masjid sendiri tiada berwawasan, ilmu Islam tidak akan berkembang dan masyarakat tidak akan memakmurkan masjid.
Jika kita lihat masjid dan surau yang dikuasai oleh mereka yang berilmu dan berfikrah Islam, masjid mereka dimakmurkan seperti yang disuruh.malah orang luar kawasan pun suka mengunjungi tempat mereka.
Wallahu aklam. Wassalam.
Din, betul lah tu, kita terleka dek kesibukan duniawi sehingga terlebih pentingkan yg agak kurang penting nak banding dgn yg terpenting...namapun manusia, mudah sungguh lupa
Leenoh, salam pengenalan dan selamat dtg.
Memang tak dinafikan di sesetengah masjid/surau, pihak pentadbiran tu dari golongan yg ala2 keras, maklumlah org lama, bertindak mengikut pengalaman dan kurang pendedahan ilmu dan sukar utk ditegur. Akhirnya jemaah lari ke tempat lain (setidak2nya jemaah mengimarah tpt lain).
Namun, byk tpt yg tidak diziarahi org, bukan kerana pentadbiran, tetapi disebabkan oleh memang itulah hakikatnya. Ingat firman Allah; golongan yg beriman itu adalah sedikit...waAllah hualam
Post a Comment