Dalam mencari2 rahsia mendapat nikmat kusyuk solat, teringat pula petikan dari buku Hidup di bawah Lembayung RahmatMu Tuhan oleh Sheikh Maqari' Hj Othman Hamzah - Bab 17 Mengatur Persiapan menunaikan Kewajiban Solat.
Senarainya agak panjang, inipun setelah diringkaskan sedikit2, dek kepenatan menaip. Ini cuma sebagai peringatan kpd diri sendiri , dan perlu diingat, perjalanan menuju ke arah mendapat nikmat kusyuk adalah satu proses, yang bukan mudah untuk mendapatkannya. So, sekiranya ada yg terkurang daripada ini, ianya bukan sebab untuk kita menjauhkan diri dari solat, dengan alasan kurang mendapat nikmatnya.
Bab 17 Mengatur Persiapan menunaikan Kewajiban Solat menyenaraikan spt berikut;
- Setelah bersih dan bersuci, berpakaianlah secara tertib dan teratur
- Hadaplah diri ke arah kiblat sambil berdiri tegak (bagi yg mampu) seolah2 berhadapan dgn pembesar.
- Berdoalah agar terhindar dari godaan2 syaitan.
- Tenangkan hati dan tenteramkan jiwa (lupakan perkara2 dunia buat semetara)
- Tanamkan dlm fikiran, dlm hati yg kita sedang berhadapan dgn Pencipta kita
- Hati hendaklah rasa takut, tak kala nak mengadapNya tapi hati masih bercelaru dgn perkara2 duniawi.
- Jgnlah menipu diri dgn wajah sahaja mengadap kiblat tapi fikiran tengah kacau bilau dgn perkara2 lain.
- Kena ingatkan diri bahawa solat yg diterimaNya ialah solat yg kusyuk, rendah diri, dan taqwa.
- Tanamkan dlm fikiran dan hati yg solat ini adalah satu pengabdian yg wajib serta harus dilakukan dgn penuh sabar, patuh, iman dan ihtisab.
- Hati yg tidak kusyuk, tidak tenang, asyik mengelamun itu menandakan terdapat kecacatan batin
- Bisiklah pada hati " wahai jiwa yg jahat, tidakkah engkau malu utk berhadapan dgnNya dlm keadaan begini?.."
- Lakukan solat dgn keinsafan, keyakinan dan tawadhu'.
- Lakukan takbir pertama dgn mengangkat kedua tangan ke paras bahu (utk lelaki) dgn tapak tangan mengadap kiblat dan jari2 lurus.
- Kedua2 ibu jari berhadapan dgn lubang telinga (dan bukan lain2 versi ala2 ultraman, kuak angin dsgnya).
- Sambil itu lafazkan takbir "Allahu akbar" sambil memasang niat menunaikan solat yg dikerjakan.
- Kemudian turunkan tangan dan dilipatkan di atas perut, sedikit ke kiri, tangan kiri dgn tapak terbuka dan jari2 melurus di letakkan di bawah tapak tangan kanan, sedang tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri. (dan bukanlah ala2 memeluk tubuh)
- Janganlah lakukan gerak-geri yg meng'aibkan dari awal hingga akhir solat spt menggaru-garu, memaling muka ke kiri kanan, menggoyang2 badan depan belakang dsbnya. (dan semestinya tidak sekali2 menjawab hphone semasa solat, i am telling you, i've seen many).
- Selepas tangan terletak di atas perut, bacalah doa iftitah dan fatihah dengan bacaan yg betul bertajwid dan diakhirkan dgn bacaan Amin.
- Jika solat Subuh, bacalah surah2 yg agak panjang dari surah2 mufassal.
- Untuk solat Zuhur, Asar atau Maghrib, bacalah surah2 yg pendek.
- Untuk solat Isya', bacalah surat2 sederhana panjang spt. Al-Buruj, At-Toriq
- Apabila bermusafir, dalam solat Subuh bacalah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas, dan sebelum rukuk bacalah Subhanallah sebelum takbir.
- Semasa rukuk, jika solat bersendirian, bacalah tasbih 7 kali (yg biasanya dibaca 3 x bila berjemaah).
- Kemudian I'tidal iaitu berdiri dgn mengangkat tgn takbiratul ihram sambil membaca tasmi'.
- Apabila kedudukan tangan sudah sempurna diturunkan dan telah kembali tegak, bacalah dgn tenang doa tahmid.
- Kemudian sujudlah sambil bertakbir.
- Selaraskan kedua bahu setentang dengan kedua tangan dengan dahi dan hidung menyentuh lantai, dan kedua telapak kaki tegak di atas kedua ibu jari kaki.
- Kedua siku direnggankan dari lambung (lelaki) dan dirapatkan pada wanita.
- Semasa sujud, di dalam hati kenalah tanam perasaan bahawa kitalah insan hina dan bersujud kepada yang berhak menerima sujud iaitu Allah sambil bertasbih...
Mudah2an dengan sedikit senarai ini, bertambah baiklah solat kita, dalam menuju destinasi nikmat kusyuk. Memang sudah pasti senarai di atas perlu dilengkapi dgn panduan2 lain. Apatah lagi dgn kehidupan harian yg penuh dgn hiruk pikuk, benci cela, hasad dengki dan subhah dsbnya. Tambahan lagi surah2 pendek yg terhafal agak2 terbatas senarainya.
6 comments:
no 7 & 10 tu..mmg diakui susahnyer nak buat..tp akan cuba sedaya upaya utk dptkan solat yg sempurna..tq so much for sharing..i really app. it;-)
apa2 pun semua ni satu proses, bukan mcam hitam terus jadi putih. Byk pulak faktor2 lain yg menentukan cepat o lambat proses tu,, i.e makanan, punca rezki, niat, persekitaran, etc...
salam bro,sejuk hati masuk u punya blog, syabas
tq to cucu awang teh kerana sudi baca..dtg lagi
da dpt pn cari blog ni..tenks to kak aqish.. :)
tq Ocha kerana sudi baca
Post a Comment