Pada Jumaat 14 Nov, kebetulan selepas selesai meeting di luar, aku untuk terus ke Masjid Bukit Jelutong, lagipun sudah hampir waktu Jumaat yang kini 1:00pm. Kelihatan halaman masjid masih kosong, cuma beberapa deretan kereta ahli khariah biasa, kebanyakannya warga pencen. Sungguh istimewa hari ini kerana aku dapat park di dalam perkarangan masjid (hari ini dlm sejarah Malayaku)..
Selesai solat sunat, tetiba ada ustaz jemputan, datang untuk menjadi imam, khatib serta juga mmberi tazkirah ringkas, yang hanya sempat kucatit secebisnya berbekalkan OMNIA yg ada dlm poket.
Tazkirah berkisar pada ayat 77 Surah Qashash (Juz 20) yg maksudnya;
"Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan jangan engkau lupakan bahagian (nasib) engkau di dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu."
Antara lain penerangan yg sempat kufaham ialah kita diseru untuk berbuat baik dengan kekayaan yang Allah kurniakan seperti memberi derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, dsbnya dengan harapan diberi ganjaran keselamatan di hari akhirat. Namun kita juga dituntut untuk tidak melupakan bahagian kita di dunia, cuma keutamaannya adalah berbeza.
Ayat ini menyuruh kita berusaha mencari rezeki untuk keperluan duniawi setelah kita mengusahakan mencari ganjaran di akhirat. Oleh itu salah sama sekali kepada org yang hanya solat, puasa dan zikir tanpa berusaha mencari rezeki, begitu juga org yg leka dengan duniawi dan hanya mencari kekayaan dunia sehingga mengabaikan tuntutan akhirat.
Kekuatan Berdoa 1 – Ibu, Cucu & Doktor
9 years ago
0 comments:
Post a Comment