Apakah sebenarnya permintaan nenek ini dari Nabi Musa a.s. sehingga mendapat perhatian Baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam kisahnya berdepan dengan lelaki Badwi yang menerimanya sebagai tamu? Kisah adalah seperti ini...
Nenek itu, dalam syaratnya untuk ditunjukkan lokasi makam Nabi Yusuf a.s kepada Nabi Musa a.s telah meminta Nabi Musa a.s untuk mendoakan agar dia (si nenek) menjadi teman Nabi Musa a.s di syurga nanti. Dengan keyakinan bahawa doa para nabi dan rasul akan Allah makbulkan, si nenek tersebut tidak meminta apa2 balasan dunia, kemewahan, kesenangan sementara, tetapi meminta balasan abadi iaitu syurga, dan menjadi teman kepada Nabi Musa a.s ti syurga tertinggi darejatnya.
Bezanya dengan lelaki Badwi yang meminta Nabi Muhammmad s.a.w mendoakan agar dia dikurniakan unta dan lembu iaitu balasan dunia yang sedikit dan sementara, hanya untuk memenuhi keperluannya di dunia.
Begitulah dengan sebahagian daripada kita, yang hanya mempunyai kemahuan tinggi kepada dunia tetapi kurang dan terlepas pandang kemahuan akhirat yang kekal. Lihat saja bilangan peminat2 setia masjid? Berapa kerat yang menjadi pengunjung setia solat Subuh? solat Isya'? Tetapi komitmen terhadap keperluan kerjaya sangat2 kita titik beratkan. Bagi yang tinggal di luar kawasan dan kerja dalam bandaraya, bukan ke ramai yang awal-awal pagi lagi sudah bangkit, siapkan diri dan bergegas ke tempat kerja, kerana mahu elakkan kesesakan traffic. Tidaklah salah malah sangat baik kerana berusaha tekun mencari rezeki halal. Tapi perhatikan di hari minggu? Pukul berapa kita bangkit? Kenapa tidak kita bangkit awal juga di hari minggu dan penuhkan saf subuh di masjid surau? Di manakah komitmen kita dengan tuntutan Allah?
berapa jauh boleh p dengan besi nih?
Catatan Selanjutnya...



Nak diceritakan perwatakan Nabi s.a.w sebagai seorang suami contoh, di ceritakan bahawa suatu hari, isteri Baginda, Aishah r.a pernah menyediakan masakan sup kaki kambing untuk Baginda s.a.w. Namun masakan Aishah r.a terlebih garam dan masin yang digambarkan teramatlah sangat. Lalu, Baginda s.a.w tidak dapat makan, tetapi Baginda s.a.w tidak tahu bagaimana perlu diberitahu kepada isteri tercinta tanpa melukakan hatinya.
Ini kisah nazar Almarhum Sultan Perak Sultan Idris Shah Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya sebagai menteri besar pada ketika itu, Baginda Sultan akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak. 

