Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Kunjungan Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari ke USJ9

Kepada yang berada tidak jauh dari kawasan USJ Selangor, adalah dimaklumkan pada hari Ahad 27 Jumadilthani 1430H bersamaan 21-6-2009, Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari akan berkunjung memberi pengajian di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan. Sesi bermula jam 9pagi hingga 12.30 tengahari.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Ust Azian Man ( 013 3309474)
Kepada yang ingin mengenali lebih lanjut latar belakang Ulama' Nusantara ini, biografinya boleh dibaca di laman al-Fanshuri


Catatan Selanjutnya...

Friday, June 12, 2009

Tempat orang bermandi darah, tempat kita sunyi sepi

Mungkin ada yang membaca berita mengenai peristiwa berdarah di mana 11 jemaah masjid Al Furqan di Cho Airong, Selatan Thai yang sedang solat Isyak pada malam Isnin 8/6/09 lalu terkorban syahid ditembak dengan kejam dari belakang semasa sedang bersolat. Antara syuhadah termasuklah pak imamnya Allahyarham Wan Abdullah Wan Latif 62 thn. Berita lanjut boleh dibaca di sini.

Alhamdulillah, betapa aman dan bertuahnya kita di bumi Malaya ini, paling risau pun semasa solat ialah kalau-kalau kasut/sandal/selipar dicuri orang. Ada juga yang risau kot-kot motor/helmet/kereta dicungkil mat-mat yang saje2 cari kerje kosong, atau cuba2 nak isi bilik lokap kosong.

Keamanan juga menyebabkan kita alpa, berterusan mengosongkan masjid dan surau, terus membiarkan majlis-majlis ilmu berterusan sunyi murung, saudara2 seagama kita di selatan Thai berterusan dihimpit ancaman pihak2 yg tidak berperikemanusiaan. Yang berterusan memporak perandakan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kepercayaan. Yang peliknya siasatan oleh pihak yang berkuasa sering kali ke jalan buntu bila yang menjadi mangsa itu saudara seagamaku... logiklah kalau masyarakat Islam di sana hidup dengan penuh rasa curiga kepada mereka yang memegang senjata meronda kampung halaman mereka.

Ada juga keadaan di tempat kita di mana jemaah memilih bulu untuk majlis ilmu. Sekiranya Ustaz yang datang itu mengajar mengikut rentak dan samba golongan tertentu, maka berdoyong-doyong mereka dari kalangan tertentu datang dari jauh dan dekat. Akan tetapi jika yang datang itu Ustaz yang lantang menentang pendekatan sesetengah golongan, maka yang tinggal semasa majlis ilmu hanyalah beberapa kerat qariah, ahli 'regular' atau mungkin beberapa ahli jawatankuasa masjid surau yang agak segan untuk angkat kaki kerana merekalah yang menjemput si Ustaz itu datang. Pelik tapi benar,,,padahal menuntut ilmu (ilmu fardhu ain) itu adalah wajib kepada setiap umat Islam.

Pernah bersyair Muhammad Ibnu Al-Hasan bin Abdullah (yg telah dialih bahasakan);
" Dan jadikan olehmu akan diri kamu itu menuntuti faham dan menuntuti faedah dan bertambah-tambahnya dari ilmu pada tiap-tiap hari. Jangan lupa daripadanya satu hari jua pun.

"Dan bersungguh-sungguh olehmu pada menuntuti akan segala faedah-faedahnya dan manafa'at-manafa'atnya yang amat banyak itu, seperti bersungguh-sungguh kamu pada berenang di dalam laut yang amat dalam dan luas, kerana bahawasanya faedah-faedah dari itu amat banyak sehingga tiada kuasa menghabisi akan dia oleh anak Adam"...
Risalah Al-Al'alamah Asy'Sheikh Burhanuddin Az Zarnurji.

Salam Jumaat dan selamat menuntut ilmu kepada semua.


Catatan Selanjutnya...

Friday, May 08, 2009

Catatan di Malam Jumaat

Seringkali setiap malam Jumaat, akan kedengaran suara soksek2 sumbang apabila Imam masjid menjemput qariah mengisi masa antara Maghrib dan Isya' dengan membaca Yassin, takkala penceramah jemputan tidak dapat hadir dan jadual ditangguh di saat2 akhir. Al-maklumlah ada sesetengah para cendikiawan agamawan yang terpelajar melabelkan amalan membaca Yassin di malam Jumaat sebagai amalan Bid'ah dan tidak boleh diteruskan. Nakal betul!, ada ke patut amalan yg baik yg diamalkan sekian lama nak digantikan dengan sesi berbual kosong, sesi bawa diri masing2, borak2 politik... bila tiada penceramah datang.

Maka berlakulah perdebatan, pembentangan hujjah dsbnya. Perkara yg sama sering kedengaran atau dipaparkan dibanyak blog2 pendakwah, bebas atau berpihak, perihal perbedaan pendapat, pegangan, sumber nas dsbnya. Masing2 dengan tegas menggulung hujjah masing2, sampai ada yang mencela, mengecil2kan satu2 pihak yang lain. Saya yang masih menular nak mencari ilmu ini kekadang kaget dibuatnya. Lalu saya rujuk kepada yang pakar, siapa lagi kalau bukan Imam As-Syafi'i, bagaimanakah cara2 beliau berdebat, bertukaran pendapat bila berlaku berlainan pendapat dgn Ulama2 besar yang lain; (dari Siri 4 Imam Mazhab - susunan Sdr Tarikuddin bin Hj Hassan terbitan Jahabersa)
Cara Imam As-Syafi'i bertukar fikiran:
Beliau, seperti juga Imam Abu Hanifah, amat suka berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah. Pada beliau, perkara2 ini akan membuahkan hasil yg terbaik dari pertembungan seumpamanya. Tetapi beliau hanya berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah hanya untuk mencapai keputusan yg baik dan natijah yg benar. Kata Imam As-Syafi'i;
1. "Tidak aku bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku ingin supaya ia diberi pertolongan, dan supaya ia beroleh pemeliharaan yg baik dari Allah SWT. Dan aku tidak bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menjelaskan kebenaran atas lidahku atau atas lidahnya."
2. "Aku ingin apabila aku bertukar pendapat, hendaklah ia menampakkan kebenaran di hadapannya"
3. "Tidak sekali-kali aku bertukar pendapat dengan seseorang, lalu ingin jatuh ke dalam kesalahan"
4. "Aku pandang kritikan2 sebagai rahmat dan bukan perbuatan yg akan menimbulkan kemarahanku. Lawanku bagi mereka itu ada kebaikan dan kelebihan atas diriku. Semoga Tuhan jangan menjauhkan lawanku dari diriku"
5. " Mereka selalu membicarakan kesalahanku, maka aku dapat menjauhkannya dan mereka sentiasa berlumba2 mahu mendahuluiku, maka aku dapat berusaha lebih tinggi kerana galakkan mereka"


Wahhh,,, jelas sekali pendekatan positive thinking oleh Imam As-Syafi'i ini menjadi pemangkin untuknya maju dan tidak sekali menjadi racun yg berbisa. Kita? mampuke? marilah kita sama2 mengambil pendekatan yg lebih positive, tidak melabelkan sesiapa dgn apa2 label bila mereka berbeza pendapat. Berdoalah agar mereka juga di pihak yg benar, dan jika mereka itu sah2 berlainan aqidah dengan kita, berdoalah agar mereka diberi petunjuk, agar Allah SWT membuka hijab dari mereka untuk mendapat kebenaran. Elakkan dari kekerasan kata2, mahupun air muka yg masam mencuka, kerana siapalah kita jika tidak hanya hambaNya.


Catatan Selanjutnya...

Monday, April 13, 2009

Yang Di Langit dan Yang Di Bumi

Sekadar berkongsi pengalaman semasa menunggu2 waktu Maghrib, di hadapan pintu Kaabah. Kepada yang memerhatikan, janganlah memandang kecantikan yang diciptakan, tetapi ingatlah kepada si Penciptanya.


Teringat petikan dari QS AnNuur Ayat 043

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Dan juga sedikit dari QS AlJumu'ah. Ayat 001.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kelihatannya seperti secara tiba2, bila masuk je waktu Maghrib, awan-awan ini akan berarak2 datang melingkupi ruang udara sekeliling Masjid,,, Hanya Dia Yang Mahamengetahui segala yang berlaku di langit dan di bumi.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, April 04, 2009

My Life is an Ibadah...

Yes, was reminded again by Ust Yunus last night to look at our ibadah in a manner that it does not only mean the specific ibadah such as solat, fasting, zakat and hajj, or reading Al Qur'an, dzikir etc. The whole of our 24H/7D/365 a year can be an ibadah if we follow and put our knowledge into implementation. So, to be a true Muslim who is only looking for Jan'nah reward thereafter, it does not mean that we only stay put on our praying carpet and ignore the current life requirement. But our priority have to be on the right things.

For example, our daily work life. It can be an ibadah if we follow the syara' requirement. Don't forget to recite our niat, each time we make our move to our workplace, every morning or in the evening (for evening shift workers); that we are leaving our home to perform our duty, to seek halal incomes, without forgetting to seek forgiveness from Allah for all the wrong doings which we already committed, now committing and will be committing...


I flashed back some of the lucky workers at Al Haram, without fail carrying their duties days and nights to ensure the comfortableness if the invitees of Allah. I managed to snap some of them in action..

Lucky for them, to be selected as part of the workforce at the place where every good doings are rewarded 100,000 times more than other places. When asked about their pay, one of them did answered that his salary is only SR500 excluded food (oh yes, I took the liberty to interview some of them). Anyhow, they feel very luck to be there. While some of us may be paid 10 or 20 times more than that but still seems not enough.... :-(


The same goes to the cleaners at the Masjid Nabawi in Madinah. Imagine our self... everyday to take turn and clean the pillars and vacuum clean the carpet of Raudah... one of the Garden of Jannah..... subhanaAllah.




Catatan Selanjutnya...

Saturday, December 06, 2008

Cinta yang Satu

Tanggal 5 Dis 2008, genaplah 14 tahun kami bersama sebagai pasangan suami isteri. Dia isteriku yang telah dipilih, walau apapun halangan dan dugaan, kerana jodoh dan ajal bukanlah kita yang tentukan. Syukurlah kepada Allah, yang telah menjodohkanku dengan dia yang saban waktu tahan sabar dgn serba kekurangan dan kepincangan diriku. Ulang tahun tidaklah disambut dgn apa2 yg lebih istimewa selain bersolat sunat syukur, meluangkan masa bersama2 ke Sungai Buloh nurseries beli pokok & pasu...plus apa2 yg datang sama waktu dgnnya..hmmm.

Berfikir tentang Cinta yang Satu, teringat cerita2 dari kitab Imam Al-Ghazali al-maqsad al-asna, tentang cinta manusia kepada Allah. Kata Imam Al Ghazali, ramai yang mengaku kenal Allah, namun tidak ramai pula yang mencintaiNya...bagaimana cinta kita terhadap Allah? Sejauh mana cinta kita kepada Sunnah Rasulallah s.a.w?

Ramai yang mendakwa mengenal Allah, namum bila sahutan azan berkumandang, di mana dan ke manakah kaki2 kita melangkah? Kenapa kita masih membiarkan saf-saf di rumah Allah itu sunyi sepi tidak dipenuhkan? (aduh...pedih terasa hati bila memikirkan ke-egoanku dulu).

Beliau menyatakan lagi, semua orang Islam percaya kepada keperluan pertolongan Allah, namum kita kerap kali menghindarkan diri dari bertemuNya. Ada diantara kita hanya akan sugul muka, dan solat kepadaNya hanya bila ditimpa bencana, gundah gulana, tetapi melupakanNya bila kita senang. Kenapa kita hanya rajin Qiam malam hanya pada malam2 Ramadhan?.... kenapa tidak di malam2 yang lain.

Lihatlah sendiri almari2 di rumah2 kita (yang ini memang kenalah ke dahiku, dengan koleksi baju yang tak habis2 dipakai), hiasan2 rumah yg banyak kekadang melampaui keperluan, namum berapa ringankah kita untuk mengeluarkan RM50 dari wallet untuk disedekahkan ke jalan Allah, untuk keperluan mereka2 yang lebih, yg sangat memerlukan...

Di manakah letaknya ketulenan Cinta yang Satu dalam diri kita? Bersyukurlah aku kerana dikala kegembiraan menyambut Cinta sesama hamba, diberi pula nikmat untuk bertemu hamba2 yang masih sanggup mengingatkan aku. Kepada mereka yang berjiwa tenang itu, terima kasih aku ucapkan. KepadaMu ya Allah, janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau memberiku petunjuk...Amin


Catatan Selanjutnya...

Saturday, November 29, 2008

Keadaan Kita di Akhir Zaman

Beginilah keadaan kita yg beragama Islam di akhir2 ini...
  1. Kita abaikan sembahyang, ringan2kannya, tinggal2kannya, malah mengikut kajian baru2 ini (oleh pihak tertentu), hampir 80% orang Islam di bumi Malaysia ini sudah tidak menyempurnakan tuntutan 5 waktu sembahyangnya. Malah ada golongan2 tertentu yang membuat pengakuan menerusi media massa yg mereka hanya sembahyang bila ingin memohon sesuatu atau apabila tengah gundah gulana ditimpa malapetaka, bak kata mereka, solat bila ingin mencari ketenangan sahaja.
  2. Bagaimana pandangan mata kita terhadap org2 yg mengikut kehendak agama? Dan bagaimana pula terhadap mereka2 yg tidak? Sebagai contoh bagaimana pandangan masyarakat umum di tempat2 awam apabila melihat seorang wanita yg berpurdah dan seorang lagi dengan fesyen t-shirt GT circuit? Bagaimana 'biasanya' pandangan kita melihat muda mudi berpeleseran, berdua-duaan, berpegangan tangan mesra, tetapi betapa pelik dan 'out of place'nya pandangan masyarakat apabila melihat sekumpulan org yg berpakaian seperti pendakwah jika mereka melalui taman yang sama.
  3. Bagaimanakah perasaan kita, adakah merintih melihat kemungkaran, maksiat di merata2 tempat, tanpa dapat mencegahnya dgn lebih berkesan.
  4. Banyak sungguh ayat2 AlQuran dicetak indah2 tetapi hanya sebagai dekorasi dinding, atau sebagai slogan kedai, pelaris jualan dan jarang dibaca mahupun diamalkan ajarannya.
  5. Bagaimana keinginan nafsu digempaq, digembar gemburkan, dan sumber2nya amat mudah didapati.
  6. Sebahagian pemimpin adalah dari golongan yang jahil tentang agama, dan banyak membuat kenyataan2 agama yg terpesong dari yg benar.
  7. Perkara2 yang jelas kebenarannya akhir2 ini telah menjadi samar2, sukar untuk dibezakan, dek kurangnya ilmu dan pendedahan ilmiahnya. Malah perkara2 yg halal dianggap haram dan yg haram dianggap halal.
  8. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup, sehingga timbul istilah 'bohong sunat', dan kalau tidak berbohong dianggap susah untuk hidup senang.
  9. Bayaran zakat dianggap satu beban dan merugikan. Kalau bayarpun hanyalah Zakat Fitrah setahun sekali semasa bulan Ramadhan.
  10. Anak2 menderhakai ibubapa, malah ada yg sanggup mencederakan ibubapa mereka kerana sesuatu keperluan tidak dapat dipenuhi.
  11. Kadang kala, antara kawan dan lawan sukar untuk dibezakan.
  12. Dosa2 besar, berat seperti zina dan arak dianggap ringan. Hanya menyesal habis2an apabila telah termengandung dan tidak dapat disorok lagi. Lihat saja di pusat2 pemulihan akhlak, kebanyakkannya hanya ke sana apabila perut sudah tidak dapat disorok lagi kebesarannya.
  13. Masjid2 dihias cantik, gah, indah, tetapi kebanyakkannya sepi, kosong, dan berkunci.
  14. Ramai yg sembahyang, tetapi cuma berlakon sahaja, ataupun sekadar tuntutan masyarakat, tanpa disusuli dengan kualiti2 org yg mendirikan solat. i.e cuma menutup aurat semasa solat dan masih bercelana pendek atau sendat dilain waktu.
  15. Darah dan nyawa manusia menjadi tidak berharga dgn berleluasanya peperangan, pembunuhan, spt satu mainan harian...

Aduhai,,,jika nak diikutkan tak habis list ini untuk mengambarkan keadaan masyarakat Islam sekarang. Cukuplah sekadar ini, semoga aku lebih peka dengan keadaan sekeliling dan terus berusaha untuk memperbaikinya dengan usaha2 yg diterjemahkan dengan perbuatan.

Untuk tujuan ini, akan ku buka satu permulaan usaha yg dikasifikasikan sebagai B.A.S.S: Berilmu - Amal - Sampaikan - Sabar.


Catatan Selanjutnya...

Friday, November 28, 2008

Kedudukan Masjid masakini...kesihannya.. :-(

Kedudukan masjid dan institusinya dalam masyarakat Islam masakini kian hilang ketinggiannya. Masjid yg pada asasnya menjadi tempat utk ibadah, institusi ilmu, markaz penghubung antara mukmin, kini menjadi tpt yg sunyi. Hanya untuk seketika waktu solat ianya didatangi oleh segelintir kecil masyarakat setempat mahupun beberapa musafir yg singgah menunaikan kewajibannya. Malah ada tempat2, surau2 terutamanya menjadi begitu sunyi sehingga tiada jemaah diwaktu2 tertentu spt subuh, apatah lagi sekarang ini musim hujan, aduih,,sedihnya. Ada satu surau kampung, (di suatu tempat di Utara Semenanjung) kulihat menjadi tempat simpanan baja padi...aduhai saudara2 ku sekalian, ke manakah arah kita sekarang?....


Di bandar2 keadaannya pun tidak banyak bezanya. Jika dahulunya tempat2 ini dirasai sentiasa hidup dgn aktiviti, kini hanya dikunjungi oleh warga2 pencen, dan apabila Fatihah diaminkan, bunyinya tidak dapat menandingi bunyi derungan ekzos kapcai yg melintasi kawasan. Hanya ketika solat Jumaat sahaja yg bila makmum mengaminkan AlFatihah, gemanya kedengaran kuat bertenaga. Alangkah indahnya jika setiap waktu Maghrib dan Isyak, gema aminnya sama seperti gema semasa solat Jumaat ini.


Memang tepat dan betul sabda Rasul s.a.w;

"Akan datang kepada manusia satu zaman mereka berbangga dengan masjid2 tetapi mereka tidak mengimarahkannya melainkan sedikit"


Kenapa tidak kita mengimarahkan masjid, datang awal sambil menunggu waktu solat, sedangkan org yg duduk di masjid sambil menunggu waktu solat itu ditulis baginya pahala sama spt org yg mendirikan solat. Ya Allah, Kau berilah aku kelapangan untuk membantu, mengimarahkan rumah2Mu yang indah dibina ini.
Adakah kerana kami ini terlampau sibuk dgn urusan harian kami? urusan duniawi kami? lantaran tuntutan akhirat kami kurangkan?..... berilah kami kekuatan untuk mengubah keadaan ini Ya Rahman Ya Rahim...



Catatan Selanjutnya...