Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts

Tuesday, April 21, 2009

Umur Dewasa dan Liku-Likunya

Dalam mendalami dan mencari Cinta sejati, telah ditakdirkan saya untuk mengikuti satu pengajian berpandukan kitab Peringatan Tentang Umur Insan nukilan Imam Habib Abdullah Haddad yg telah diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait terbitan Pustaka Nasional. Disyorkan kepada sesiapa yg juga mencari Cinta kekal untuk juga mengikuti pengajian berasaskan kitab ini.
Dinyatakan oleh Imam Habib Abdullah, umur kita boleh dibahagikan kepada 5 iaitu;
  • Umur pertama: sejak Allah SWT mencipta Adam a.s dan dibekalkan zuriat pada tulang sulbinya, seluruh umat manusia dari awal sehingga hari Kiamat telahpun dimasukkan ke dalam tulang sulbi Adam a.s dan zuriat ini dipindah-pindah terus menerus dari tulang sulbi lelaki ke dalam rahim wanita. dan dari rahim wanita ke tulang sulbi lelaki, sehingga lahirlah tiap-tiap orang dari ayah dan ibunya sampai kiamat.
  • Umur kedua: sejak manusia lahir ke alam dunia sehingga dia mati dan keluarnya dari alam dunia.
  • Umur ketiga: Sejak keluar manusia dari alam dunia sehingga dia dibangkitkan. Alam ini juga dikenali sebagai alam barzakh.
  • Umur keempat: Sejak keluar manusia dari kubur pada hari kebangkitan semula, sehingga manusia dikumpulkan untuk pengadilan setelah semua amalan dunianya dihisab.
  • Umur kelima:Inilah umur ketika mana manusia akan dimasukkan ke syurga dan kekal di dalamnya. Ada juga yg akan dicampak ke neraka dan kekal di dalamnya, iaitu org2 yg kufur semasa di dunia. Sebahagiannya akan dikeluarkan dari neraka selepas disiksa, iaitu org2 yg berdosa dari golongan ahli2 tauhid, samada dengan mendapat syafaat dsbnya.

Namun, semuanya yg di atas terasa tidak menyengat dalam sesetengah hati kerana ini adalah perkara yg bukan menjadi tumpuan kita yg sering sibuk dengan kehidupan dunia yg kepada sesetengah manusia, menjadi rebutan dan tumpuan seluruh jiwa raga.

Untuk n3 ni biarlah saya notakan apa yg lebih relevant dengan diri sendiri sekarang, iaitu insan yg sedang melalui peringkat umur ke dua, dan sedang menghadapi pergolakan umur dewasa serta liku-likunya. Ibnul Jawzi mengkategorikan seseorang itu sebagai dewasa setelah mereka melalui peringkat umur 35 - 50 thn. (Yg umur 15 - 35 dikira sebagai muda, so faham2 sendirilah).
Setelah kita menjangkau umur dewasa, diharapkan dengan kemurahan Allah SWT untuk dikurniakan hikmat dan kebijaksanaan, sehingga menjadi cenderung untuk perkara2 ketaatan, sering bertaubat dan menujukan hatinya kepada Allah SWT. Dalam kata lain, diharapkan kita menjadi org2 yg mendapat taufiq dan pandangan dari Allah SWT, sesuai dengan firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 14 yg bermaksud:


"Dan setelah dia menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan baginya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang suka melakukan kebajikan"

Juga dalam surah Al Ahqaf ayat 15 yg bermaksud:

"Sehingga apabila dia menjadi dewasa dan cukup umurnya 40thn, berkatalah ia: Ya Tuhanku! Berikanlah aku daya untuk mensyukuri kurniaMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku, dan dorongkanlah aku untuk membuat amalan soleh yang Engkau meredhainya"

Ada yg mengatakan, bahwa apabila seseorang itu mencapai umur 40, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku. Ada juga yg memberi amaran, bila sudah 40thn dan kebajikan masih kurang dari kejahatan, maka bersedialah untuk ke neraka.


Syaikh Arif Abdul Wahab bin Ahmad As Sya'rani dalam kitabnya 'Al Bahrul-Maurud' pernah berkata, apabila kamu mencapai umur 40, hendaklah kamu lipat2kan tikar bantal dan bersedialah untuk perjalanan ke akhirat, dan setiap nafas yg disedut tiadalah lagi dipergunakan untuk kepentingan dunia semata-mata.

Imam Syafi'i rahimahullah, setelah mencapai umur 40 thn, beliau pun berjalan bertongkat sebatang kayu. Apabila ditanya sebabnya, beliau berkata biarlah dia sentiasa beringat bahwa beliau kini sedang menuju ke akhirat.


Kesimpulannya: Sebagai peringatan diri yg semakin hampir dengan angka keramat 40 ini. Hanya yg sentiasa dipohon, sekiranya direzeki Allah SWT untuk sampai ke umur itu, doa saya agar diberikan taufiq dan hidayah agar dimasukkan dalam golongan umat yg berada dalam jalan yg benar dan tidak termasuk dalam golongan manusia yg lalai apalagi dalam golongan yg syirik.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, January 04, 2009

Mengapa Hati Keras Macam Batu? No 1

Sumber : “Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan. [alsofwa]

Segumpal daging yang dinamakan hati menjadi sumber pertimbangan, tempat tumbuhnya cinta maupun kebencian, tempat timbulnya keimanan dan kekufuran, tempat timbulnya rasa taubat dan juga rasa keras kepala, menjadi induk kepada ketenangan dan juga kekusutan.

Jika kita mampu membersihnya, hati inilah yang dengan izinNya menjadi sumber kebahagiaan. Namun sebaliknya hati2 yang kusut akan menjadi sumber bencana jika kita terusan menodainya. Lurus atau bengkoknya hati banyak mempengaruhi perangai serta peel seseorang.

Abu Hurairah r.a. pernah berkata
“ Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera, jika raja itu elok, maka akan eloklah pula tenteranya, jika raja itu buruk, maka buruk pulalah tenteranya.

Adakah kita mengetahui samada hati kita ini sebenarnya lembut atau keras?

Tanda-Tanda Kerasnya Hati

· Malas menjalankan ketaatan dan amal kebaikan
Hati yang keras itu malas untuk menjalankan tuntutan ibadah, bahkan mungkin meremeh2kannya, melakukan solat dengan bermalasan dan tiada kekusyukkan dan kesungguhan. Malah ada yang malas dan merasakan berat untuk bersolat atau mengerjakan sunnah.

Firman Allah dalam saurah At-Taubah ayat 54:

“Dan mereka tidak mengerjakan shalat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (At-Taubah : 54)

· Tidak tersentuh bila dibaca ayat2 Qur’an

Hati yang keras itu ialah apabila disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, maka tidak tersentuh sama sekali, tidak mau khusyu' atau tunduk, dan juga lalai dari membaca al-Qur'an serta mendengarkannya, bahkan enggan dan berpaling darinya. Sedang kan Allah telah memperingatkan dalam surah Qaaf ayat 45:
“Maka beri peringatanlah dengan al-Qur'an orang yang takut kepada ancaman-Ku.”

· Tidak tersentuh dengan ayat2 Qauniyah
Walaupun dengan adanya peristiwa2 seperti kematian, bencana dsbnya, hati yang keras tidak akan terasa apa2. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang biasa, tidak ada apa2, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah :126)
• Berlebihan Mencintai Dunia dan Melupakan Akhirat
Orang yang berhati keras ini mempunyai keinginan dan tumpuan semata2 untuk urusan dunia. Segalanya dikira dari sudut duniawi dan material. Cintanya, bencinya dan hubungannya sesama manusia hanya untuk kepentingan dan urusan dunia sahaja. Akhirnya, terbentuklah dirinya yang egois, berhasad dengki, kedekut, berkira dan tamak terhadap dunia dan apa2 yang ditawarkan di dunia ini.

· Kurang Mengagungkan Allah.
Apabila larangan Allah diengkari, tiada rasa marah di dalam hati2 yang keras. Tiada lagi perasaan untuk mempedulikan amal ma’ruf serta tidak pedulikan terhadap kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.

· Kemaksiatan yang tidak putus-putus
Orang yang keras hatinya akan melahirkan kemaksiatan baru akibat dari kemaksiatan yang telah dilakukan sebelumnya, sehingga menjadi sebuah rangkaian kemungkaran yang sangat sukar baginya melepaskan diri.

Sebab-Sebab Kerasnya Hati
Jadi, adakah kita ini berhati keras atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah iman...
Apakah sebabnya hati kita menjadi keras? Di dalam kitab ini [Limadza Taqsu Qulubuna” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan] dinyatakan beberapa faktor penting untuk kita ketahui. InsyaAllah, akan dicatatkan dalam kelapangan akan datang.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, November 26, 2008

Doa ..Untuk Anak2

Terpanggil untuk menyambung siri doa setelah beberapa hari merehatkan diri (dari kerja harian), walaupun sebenarnya bercuti dengan anak2 kecil tidaklah merehatkan badan kita bila kena melayan kerenah mereka yg tidak pernah nampak habis energynya kecuali bila tidur. Bila memandang wajah anak2 ketika mereka tidur ala2 berselerak teringat satu doa yang diperolehi semasa bulan Ramadhan 1420H yg lalu. Sehingga kini nota doa masih tertampal di Frigo. Doanya ialah spt berikut;




Mengikut Ustaz yg memberikannya, doa ini eloklah diamalkan bacaannya bila kita melihat wajah anak2 ataupun semasa terbayang wajah mereka bilamana kita tak bersama mereka. Untuk menghafalnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, kerana doanya hanya 5 perkataan. Yang pertama Allah humma (tak perlu effort utk menghafalkan yg ini). Perkataan yg ke-4 dan ke-5 ialah nama3 org yg memang dah biasa kita dengar iaitu Hadi dan Mahdi. Perkataan ke-2 berbunyi spt Sabit (samada sabit pisau atau sabit apa2 je lah). So cuma hafalkan perkataan ke-3 iaitu Waj'alhu.

Further check telah mendapati doa ini ada terkandung di dalam buku 101 doa dari Hadits2 sahih yg terdapat di toko2 buku ternama.

Mengikut apa yg diriwayatkan, pernah satu ketika ketikamana Rasullullah s.a.w mengetahui tentang seorang remaja yg kecewa kerana kurang kemahiran untuk berkuda (satu kemahiran penting di Zaman itu untuk memenuhi tuntutan jihad), Baginda s.a.w telah menepuk belakang remaja tersebut, sambil menggosok2 dan membaca Doa di atas.

Adalah di galakkan untuk kita membaca doa ini bila kita menghantar anak2 ke sekolah, ke kolej atau universiti atau ketikamana kita terbayangkan wajah mereka dan berdoa agar mereka tetap terus mendapat petunjuk dan memberikan petunjuk kpd yg lain bila mereka bersama2 rakan2 dikalangan mereka. Maklumlah, di zaman IT serba global ini, ancaman2 akidah itu datang dari segenap pelusuk. Ku pohon kepadamu Ya Allah, tetapkan iman dan akidah anak2ku serta anak2 muda Islam yg lain dengan RahmatMu...Amin.


Catatan Selanjutnya...

Sunday, November 16, 2008

Antara Percaya dan Yakin

Aku pasti ramai di antara kita yang percaya dengan semua pengajaran agama Islam yang kita cintai ini. Daripada kecil kita telah didedahkan dengan rukun2 Iman yang enam perkara itu. Malahan daripada pengajian KAFA lagi kita telahpun didedahkan kpdnya.

Sebagai ulangkaji, rukun Iman yang 6 itu (takut terlupa);

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar

boleh semak dlm mana2 rujukan terpilih atau di Wikipedia

Namun, dalam sedar atau tidak, berapa ramaikah di antara kita yang benar2 yakin akan enam rukun ini dalam ertikata sebenarnya. Seorang ustaz pernah membuat kiasan berkenaan perkara ini.

Beginilah kiasannya;

Gambarkan perihal seorang penembak tepat yang mahir dalam persenjataannya (macam sharp shooter lah). Kalau diuji dengan pistol dan sasaran (spt tin diletakkan di atas tiang kayu). Maka satu persatu sasaran tin/buah tembikai/epal etc yang berlubang, terpelanting, terkena tembakan pakar penembak tepat ini. Maka sekirannya kita yang menjadi penontonnya, maka percayalah kita bahawasanya dia ini seorang penembak tepat.

Disambung lagi kiasannya, kiranya sebagai menguji keyakinan kita, mampukah kita menawarkan diri untuk menganti tiang kayu tadi lalu diletakkan tin atau buah epal yang menjadi sasaran tapi di atas kepala. Lalu, dengan peluru hidup maka penembak tadi akan menguji kepakarannya.

Yakinkah kita untuk menjalani ujian ini? Gosok dada tanyalah keyakinan hati.

Sekiranya keyakinan kita kepada 6 rukun Iman ini telah mencapai ketahap keyakinan yang Kamil, maka kenapa kita tergamak untuk melakukan dosa2 yang kekadangnya melampaui batasan fikiran waras manusia...aduh....pilunya hati bila mengingatkan dosa2 lampau, Ya Rabbi, berilah keampunan kepadaku, sesungguhnya aku memang hambamu yang mudah lupa.

Maka dengan ini bermulalah pencarianku untuk memastikan akalku-tubuhku-hati kalbuku mendapat kesihatan yang azali semoga meningkatlah keyakinku dan moga2 ianya akan terus kekal teguh, utuh, kukuh....dengan IzinNya. Amin


Catatan Selanjutnya...