Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

I (still) know what you did last Sunday

I wasn't able to post new notes lately since preoccupied with several lifetime duties. Among others, are me juggling with my timetable, my duty as a community watchdog member and my ad-hoc project to re-brand my own 'teratak' (small shelter) however somehow these projects came with a group of very difficult conditions. Insyaallah, in a few days time things will get back to its usual routine at home, and I will get back to my usual pace.

Apart from those projects, I was also pre-occupied with a major issue faced by a relative. These youngsters, they never think thoroughly before they say something major, which involves hukum, talak and their marriage, and just simply take things for granted. And being the closest 'boleh pakai' uncle, they turn their worries to me. I was then experiencing a lifetime experience trying to save their marriage, had to faced someone's else mother-in-laws, sister-in-laws etc.... long list,,, and difficult to digest stories. Now, things are peacefully transpired, on why on-earth that I went to those syariah classes, and never though of becoming a syariah lawmember. Alhamdulillah, ilmu yg amat berguna.

Once a while we need to spare time to this kind of place to get back to our peaceful mind

Itulah kerja Tuhan. Kita boleh merancang seribu rancangan, guna pelbagai alat dan kawalan untuk menjayakan rancangan dan tiada harapkan sedikit kecacatan, namum... perancangan Allah adalah yang Mahaadil, Terbaik dan Terbilang. Namun tidak pula kita ini putus dari berusaha menjayakan segala amalan di jalanNya, dengan disusuli dengan do'a dan pengharapan agar mendapat keredhaanNya.

Demikianlah pesanan yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi s.a.w dalam hadis yang Diriwayatkan daripada Suhaib katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Keadaan orang mukmin itu amat menghairankan sekali, semua keadaannya merupakan kebaikan baginya dan kebaikan tersebut tidak ada pada seseorang kecuali pada orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, keadaan sedemikian merupakan suatu kebaikan baginya. Begitu juga jika dia ditimpa kesusahan, dia tetap bersabar, keadaan demikian juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim).

To all akhi and ukhti, learning is a continuous lifetime process. and Life, its = input + process => output. salam to all
....


Catatan Selanjutnya...

Sunday, May 24, 2009

Bertuahlah engkau..Mat

Lama saya tak mencatatkan di sini, dek kerana kepadatan waktu untuk memenuhi tuntutan duniawi dan akhirat.

Semasa sibuk mencari bekalan akhirat, saya berkesempatan bertemu sekalian teman baru dan juga bertemu semula teman2 lama. Termasuklah bertemu semula teman sekerja semasa di zaman jahiliyah dahulu. Namanya Mat T. Dahulunya dia seorang general worker di tempat kerja yg sama dgn saya, yang dikala itu kononnya seorang perunding operasi (operation consultant), dilantik bagi menjana puluhan juta pounds penjimatan utk syarikat tersebut. Produk yg dikilangkan adalah sesuatu yg tidaklah berapa jelas hukumnya bagi sesetengah golongan.


Saya teringat kisah silam, suatu hari Abg Mat T ni pernah bertanya kpd saya mengenai sumber pendapatan kami. Dan dia memberitahu yg dia saban hari berdoa kpd Allah agar diberi rezeki untuk kerja di tpt lain yg lebih jelas, clear, bersih sumbernya. Aduhai, terketuk dibenak masa tu, seorang yg hanya lepasan sekolah menengah membicarakan berkenaan dgn 'kebersihan' sumber sedangkan saya sedang hanyut dengan gaji besar, kereta besar, office besar dan glamour bekerja dgn syarikat multi-million pounds. Maka kami sama2 pasang doa agar cepat2 diberikan jalan lain dalam mencari pendapatan.
Sekarang, selepas 6thn masa berlalu, saya telah lama meninggalkan kerja2 yg tak jelas sumbernya, dan si Mat T, masyaAllah, dia sekarang jauh lebih mulia kerjanya dari saya. Rupanya, dia telah diberhentikan oleh kilang itu tidak lama selepas saya berhenti, dan semenjak itu dia telah berjaya meningkatkan dirinya menjadi seorang.... muazzim, yup! tukang azan di satu masjid di kawasan Puchong. SubhanaAllah, bertuahnya dia, walaupun kerja yg dipandang enteng di mata masyarakat dunia, namun, di kalangan para Malaikat, suara azannya akan sentiasa disambut dengan doa2 dan mendapat jaminan perlindungan di Mahsyar nanti bilamana matahari spt sejengkal jaraknya dari kepala.
Mat T masih spt dahulu, peramah dan sentiasa beranggapan yg saya ni 'org muda yg ada pelajaran tinggi' katanya. Tak habis2 dipuji kerja saya sekarang, kereta yg saya pandu, dan rumah yg saya diami. Katanya, dia hanya bermotosikal, tinggal di rumah peninggalan arwah bapa di Puchong. Saya bagitahu dia, segala yg saya ada i.e rumah dan kereta, semuanya dengan pembiayaan bank, hutang..... dan tidak dapat lari dari tempias riba walaupun sedikit. Sedangkan dia yg tidak ada hutang kereta & rumah lebih baik posisinya dalam syarak. Betuahlah engkau Mat!


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, May 12, 2009

Rediscovery Diri - Siri # 5: Cabaran dan Halangan

Diteruskan catatan diri dalam usaha mencari Cinta Kekal. Sebelum pergi lebih jauh, eloklah diterangkan sedikit latar belakang penulis sebelum saya 'tersedar' dari lena yg panjang.
Latarbelakang
:
Dahulunya saya ini insan yg sering lupa, lupa yg mana hakiki, yg mana tuntutan, yg mana benar dan yg mana bathil. Terkadang, yg diterima ramai dijadikan amalan tanpa fikir apa hukum dari sudut syarak. Dulunya saya tidak merasa apa2 bila berada dikhalayak ramai, berasak2 untuk itu dan ini, tanpa terasa akan azab mata dan takut hati jadi keras kerana itu dan ini. Lebih teruk lagi, saya sering ambil mudah perkara2 yg dipandang berat dalam syarak, dan ambil berat perkara2 duniawi yg tidaklah sepenting perkara2 syarak yg dipandang enteng. Akibatnya, hidup sentiasa tidak cukup, tidak lengkap, bahkan tidak terasa berkatnya apa yg ada,,,walaupun dilihat dari segi material, hampir semuanya sudah ada. Cuma impian sahaja yg semakin hari semakin menggunung.

Kini, alhamdulillah, sedikit demi sedikit yg bathil itu terkikis dan rasa cinta dan sayang kepada yg sepatutnya itu datang, hari demi hari, minggu demi minggu. Walaupun lagi dicari lagi terasa jahilnya. Makin banyak yg tahu makin bertambah banyak yg tidak tahu.

Tambah pula dengan cabaran dan halangan yg terpaksa ditempoh, ditempis, dirempuh. Bila kita tegas dengan syarak hasil dari ilmu cetek yg ada, kita sering pula dilabel sebagai kolot, ektremis, berlagak, perasan dsbnya. Namun tidak sedikitpun terasa sedih, malah terasa pula bahagianya, kerana tujuan diri hanya satu; supaya dikategorikan sebagai Hamba oleh Pencipta. Tidak lebih dari itu, dan semoga RahmatNya datang menyelamatkan diri di hari Perhitungan dan hari Pembalasan.

Antaranya amalan biasa masyarakat yg memberi cabaran untuk saya, dan Insyaallah semoga dapat terus tinggalkan;

1. Bersalaman dengan yg bukan mahram; antara rakan sekerja, rakan perniagaan, sahabat handai, keluarga sahabat handai, anak2 dara sahabat dan yg sama kategori dgnnya. Sudah menjadi amalan sesetengah org (majmuk dijadikan alasan) dan kita pula dianggap sombong jika tidak menyahut jemputan tangan bila dihulur.

2. Dalam bab aurat; saya dianggap extreme, 'anti fashion, anti social' bila kita tegaskan untuk keluarga supaya betul2 menjaga aurat dalam berpakaian. Bukan setakat tutup rambut litup tetapi dada diserlahkan, tutup rambut tetapi pakai pula baju yg butang didada hampir2 tidak dapat dikemaskan kerana fit2nya didada, lenganya pula pendek ke siku. Skirtnya pula menayangkan betisnya yg licin, gebu. Sudah saya ingatkan isteri, bahawa yg sebegini hanyalah untuk saya, dirumah bila tiada ipar duai. Dan walaupun hanya dengan ipar duai, Islam tetap dengan hukumnya yg telah jelas dan hakiki.

3. Dalam bab pemakanan; apabila saya cuba amalkan makan untuk tidak lapar dan bukan untuk kenyang sampai sendat, ada pula yg labelkan saya sebagai 'kufur nikmat', nakal sungguh kawan2 ni, bila kita cuba amalkan pemakanan yg menjurus kepada 'pencegahan penyakit' ada pula yg chop kita kedekut. Senyum aje lah...

4. Dalam bab penggunaan masa; dahulunya, bila ada sahaja masa lapang, beberapa 'lapangan2 tertentu' yg akan dipenuhkan dengan kawan2, kini, saya memang padat berjadual. Semuanya menjadi aturan, kitaran harian yg tidak rutin tetapi padat dengan program. Seringkali saya kini 'terlepas' dari sesi2 borak2 yg dahulunya sayalah penganjurnya. Maka jadilah saya dalam kategori yg dichop 'eh, lama tak nampak?'... nak lari ke?"

sesetengah amalan biasa itu telah saya tinggal jauh ke belakang


Semua yg dicatatkan merupakan cabaran harian saya dalam usaha menjejak kasih Cinta yg Abadi yg didambakan saban hari saban waktu. Dalam banyak keadaan saya hanya mampu tersenyum, riang melihat apa yg terjadi, syukur akan nikmat kejadian. Bayangkan jika kita tidak dijadikan, sebagai manusia, atau dijadikan tetapi sebagai yg bukan Muslim, atau dijadikan tetapi buta untuk melihat apa yg ada didepat mata (o hati)...syukur yg Allah. Saya doakan agar berterusan bantuanMu untukku mencari cintaMu...


Catatan Selanjutnya...

Thursday, April 30, 2009

Janganlah kita berterusan terpedaya

Imbas kembali pesanan seorang kenalan baru *yang dikatakan oleh rakan2 rapatnya sebagai seorang yg hebat ilmu dan keperibadiannya.

Katanya... (saya lupa samada dari petikan satu Hadits ataupun dari mana).... wahai temanku, yg insyaAllah akan berterusan menjadi rakan, sahabat, dan semoga berkekalan perhubungan kita... katanya;


"Sesiapa yang sibukkan diri dengan perkara2 wajib sehingga dia tidak sempat melakukan perkara2 yang sunat, maka mereka ini dimaafkan (tiada apa2 kekhuatiran buat mereka), dan sesiapa yang sibukkan diri dengan perkara2 yang sunat sehingga tiada masa untuk yang wajib, maka mereka itu terpedaya"

Mulanya, pesanan ini berlalu begitu sahaja, kerana, al maklum kali pertama bertemu, kita tidaklah tumpukan sepenuh perhatian akan kata2 seseorang. Kita lebih sibuk dibenak mentafsirkan keikhlasan hatinya, dari mana asal usulnya, apa tujuannya dsbnya... Namun, sebaik sahaja memandu pulang, sambil melayan lamunan, teringat kata2 sifulan tadi, dan tetiba ia menjadi bahan pemikiran buat seketika.


Di manakah diri kita dalam pesanan tadi? Adakah kita sentiasa sibuk dengan yang wajib? Adakah kita sentiasa sibuk dengan yang sunat? Atau sentiasa sibuk dengan yang lain dari itu, yakni sibuk dengan yang lalai, laghar dan tiada manafaatnya. Dalam timbangan dan susunan amalan setiap waktu yang Allah kurniakan seharian, di manakah letaknya yang wajib, yang sunat, yang tiada kena mengena dengan tuntutan (malah mungkin termasuk dalam senarai yang di tegah?). Adakah kita ini tertipu dan sentiasa sibuk dengan kehendak duniawi sehingga terlepas tuntutan untuk sibukkan diri dengan keperluan akhirat?


Pagi ini saya hubungi sifulan yang berpesan mlm tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alhamdulillah, janjinya, akan dibantu saya untuk lebih memahami apa yg tersirat dari ungkapan tadi. Katanya, adalah menjadi wajib untuk setiap Muslim (yg cukup syaratnya) itu menuntut ilmu (keperluan hidup sebagai seorang hambaNya). Dan janjinya akan dihuraikan setiap key words dalam rangkap ini i.e. siapakah yg diwajibkan itu, apakah ilmu2 itu, apakah pula aturan prioritynya... supaya saya yang semakin hari semakin cetek ilmu ini tidak terusan tandus...amin


Catatan Selanjutnya...

Monday, March 16, 2009

Maka tibalah waktunya... sehingga jumpa lagi

Alhamdulillah,


Dengan izinNya dan dengan rasa syukur, maka insyaAllah dapatlah saya tiga beranak memulakan langkah kami menuju ke Madinah menemui Baginda Rasulullah s.a.w dan kemudiannya ke Baitullah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama2 145 lagi jemaah lain.

Dengan lafaz

kami melangkah ke KLIA (jam 11:30am 16hb Mac 2009).

Jika diizinkan Allah dan diberi kelapangan, insyaAllah kita akan berbloging lagi. Saya ucapkan assalamualaikum kepada semua.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, March 12, 2009

Rediscovery Diri - Log Numero 1

Untuk kesekiannya, hari demi hari di susuli dgn iringan doa kesyukuran kerana berterusan dilimpahi RahmatNya. Ingin dinotakan pengalaman yang saya kutip dalam usaha mencari Cinta Abadi.
Semuanya bermula Ramadhan 1429H yang lalu. Sebelumnya, saya sering dipenuhi dengan perasaan gelisah, gundah gulana, tidak puas dengan percapaian yang telah dikurniakan melimpah2. Akan ada saja yang tidak cukup, tidak sempurna, tidak mengikut citarasa. Alhamdulillah, syukur, kerana dengan izinNya didetikkan dalam hati, "mungkinkah ada yang tidak kena dalam hidup ini...." dari detik itu, maka bermulalah pencarianku,,, mencari Cinta, mencari Redha dan mencari ilmu untuk kenalNya dalam erti yang sebenar..

Syukurku tidak terbatas, kerana dilahirkan dalam keluarga yang syahadahnya dan aqidahnya hanya pada Yang Esa. Cuma, dari dulu semuanya hanya sekadar ikutan. Pada hermat saya, taat saya pada tuntutan agama pada awalnya kerana taat saya kepada kedua orang tua, taat kepada guru2 dan juga taat kepada kaum keluarga. Bukanlah tidak taat kepada Allah Yang Esa, tetapi taat saya dulu bukanlah yang sebenar-benarnya datang dari jiwa. Amalan saya hanya sekadar percaya kepada yang rukun, bukanlah dalam ertikata sebenar2 Yakin kepada tuntutanNya. Lalu terdetik difikiranku "Jika benar kita yakin denganNya sebenar2nya, masakan kita masih tergamak melakukan tegahanNya..kerana yang pasti adalah Darinya dan yang jelek adalah dirimu,,, maka ayuh,,, betulkan dirimu".

Setelah hari demi hari mencari Cinta, keyakinan pun mula tertera dalam jiwa, secara perlahan menapak dari yakin ilmu, kemudian yakin dengan mata, hinggalah yakin dengan hati yang tiada kini penduanya. Yang jelas dan nyata hanyalah Dia Yang Esa. Namun, hari demi hari ku susuli dengan kesukaran yang nyata.

Apa tidaknya, bila terpaksa melawan rasa hina dina, terpaksa akur dengan kekurang ilmu di dada, saya bermula semula dengan 'alif, ba, ta,...' saya bermula semula dengan 'bagaimana solat?' dan yang ternyata paling sukar dan mencabar bila saya mulakan semula mencari untuk mengenal siapakah 'Dia Yang Maha Esa'. Banyak sungguh onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Hampir2 saya hilang kesemuanya. Kepada yang pernah melalui pengalaman yang sama sudah tentu telah merasai peritnya bila kita ingin 're-learn, un-learn, re-built' ilmu dalam setiap yang diamalkan. Dalam pencarian mencari dan mengenal Dia Yang Esa, silap2 hari boleh jadi gila dibuatnya.

Kepada yang sedang atau yang ingin mula mencari Cinta seperti saya, dari pengalaman sendiri amat mudah untuk kita tergelincir. Ramai sungguh orang yang mengaku lebih 'berilmu' dan sudi menolong kita. Banyak sungguh pusat2 'ilmu' yang mendakwa lebih baik dan lebih 'sahih' rujukannya. Apatah lagi dikalangan golongan atasan dan ilmuan, ramai sekali 'guru2' yang arif dan yakin dengan 'ilmu' yang dibawanya. Dan lebih menyiksakan jiwa bila ramai yang mendakwa apa yang telah saya amalkan untuk sekian lamanya tidak menepati 'kesempurnaan' tuntutan ibadah. Lebur rasa jiwa bila pendidikan fiqh Al Imam As Syafi'i yang menjadi teras dalam ibadah tiba2 diklasifikasikan sebagai lemah. Dan lebih sedih lagi, 'guru2' ini membawa rujukan ilmiah yang 'lebih' sahih dan diterima ramai. Diri sendiri menjadi rungsing sebentar,,, mencari kefahaman dengan ujian Allah yang didatangkan ini.... diizinkanNya, insyaallah saya kongsikan bersama pengalaman diri mengharungi onak dan duri dalam mencari Cinta..semoga dapat membantu kepada yang perlu


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, March 11, 2009

Self Reminder - Versi Gawat

Daripada pengamatan dan bacaan laporan2 ekonomi global, adalah dijangkakan kegawatan ekonomi yg sedang berlaku akan terus menyelubungi kita untuk seberapa ketika lagi.

Sebagai seorang Muslim apa yang patut kita buat dalam keadaan yang gawat ini? Sebenarnya, amalan2 ini telah menjadi amalan hidup kita tak kita time gawat atau time mewah. Tetapi bila time gawat2 ni kira bolehlah lipat gandakan amalan2 spt;
  • Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu. Tidak perlu lagi merasakan bahawa kad credit sebagai satu kelebihan untuk berhutang dan bayar secara ansuran. Sememangnya diingatkan oleh Tuan2 Guru yang adalah didatangi bersama kad itu satu ujian,,iaitu perasaan boros berbelanja
  • Berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Walaupun begitu, berdoa dan mengharap perlu dibuat secara berterusan, dikala senang dan susah.
  • Kemaskan jalinan silaturrahim kerana menjaganya adalah antara amalan yang dijanjikan sebagai pintu rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

  • Bersedekah. Masa2 susah inilah kita digalakkan lebihkan bersedekah. Banyak hadits yang meriwayatkan bahawa orang yang banyak bersedekah akan di lipatgandakan rezekinya. Satu hadits riwayat Bukhari & Muslim; "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)"

  • Bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Apabila diuji dengan kesusahan maka tidaklah sama sekali terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil. UjianNya adalah sebenarnya tanda kasihNya kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah itu Mahamengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 09, 2009

Amal Jariyah

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :

”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Diantara Sedekah Jariyah – Kabaikan yang tak berakhir
  1. Berikan Al-Qur’an pada seseorang, setiap saat Al-Qur’an tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
  5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
  6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
  7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid, sumbanglah walaupun hanya seketul batu bata.
  8. Edarkan CD Qur’an atau Do'a.
  9. Bantulah pendidikan seorang anak, beruntunglah seorang guru yang ikhlas dalam kerja ibadahnya.
  10. Edarkan pengetahuan yang ini dengan orang lain, semoga dapat diamalkan walaupun sedikit.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 08, 2009

Suami Isteri dan zuriatnya

Sepanjang musim cuti panjang yang lalu, begitu ramai pasangan2 pengantin baru yang mengikat janji, ada juga penganti lama yang menyambut hari kesyukuran ulang tahun (ini kes saya lah).
Dalam kesibukan kehidupan duniawi dan menjalankan persedian menuju ke alam yang kekal, menjadi lumrah naluri manusia biasa untuk mendapat pasangan yang akan sama2 mendirikan satu institusi keluarga yang bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna. Namun sejauh mana kita mengotakan rasa syukur kepadaNya.... walaupun inilah janji kita, seperti yang difirmankan dalam surah Ar-A'raf 189:
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ فَلَمَّا تَغَشَّٮٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً خَفِيفً۬ا فَمَرَّتۡ بِهِۦ‌ۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَـٰلِحً۬ا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. (189)
Sesungguhnya, suami dan isteri yang dipasangkan itu adalah untuk masing2 mendapat ketenangan bersama. Dan apabila dikurniakan nikmat zuriat yang baik, maka kita hendaklah bersyukur, dengan memberi pendidikan rohani dan jasmani yang terbaik untuk anak2 yang diamanahkan itu. Tapi, berapa banyakkah tumpuan yang kita berikan kepada pembentukkan rohaniah mereka? Adakah kita hanya memberi penumpuan kepada penyediaan duniawi mereka sahaja? Ini kena tanya diri sendiri,,, berapakah peruntukan untuk pendidikan rohaniah dan berapa pula untuk pendidikan ilmu duniawi. Tidaklah dinyatakan yg pendidikan ilmu dunia itu tidak penting tetapi kita perlu semak keutamaan yang diberi...
Timbul pula satu persoalan baru oleh Ustaz, adakah kita ini dipandu oleh roh atau jasad kita ini yang memandu roh? Aduih berat sekali persoalannya, sehingga kena tunggu di waktu lain untuk sambungannya.


Catatan Selanjutnya...