Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Bacaan Al-Qur'an, Doa dan Sedekah kepada si mati

Walaupun dikala ini ada sesetengah yg berpendapat adalah tidak sampai pahala perlakuan org yg masih hidup untuk mensedekahkan pahala kepada org yg telah meninggal dunia, tetapi mengikut pengajian berasaskan kitab tulisan Imam Habib Abdullah Haddad, ada pelbagai berita dan atsar (kata2 para Sahabat Rasulullah s.a.w) yg memberi petunjuk akan hal ini.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadits bahawa Sa'ad bin Ubadah r.a pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w berkenaan ibunya Sa'ad yg telah pulang ke alam barzakh tanpa sempat bersedekah dan Sa'ad bertanya kpd Baginda Nabi s.a.w adakah boleh dia bersedekah bagi pihak ibunya. Lalu Baginda Nabi s.a.w membenarkan Sa'ad berbuat demikian dan Sa'ad telah menggali sebuah perigi dan dijadikan airnya sedekah atas nama ibunya.

Diriwayatkan lagi bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda; kalau tidak kerana adanya org yg hidup nescaya binasalah segala org yg mati kerana tiada lagi org yg mendoakan bagi si mati, ataupun memohon istighfar dan belas kasihan untuk si mati.

Bersabda Rasulullah s.a.w yg maksudnya:
"Umatku ialah umat yg dirahmati. Mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa-dosa spt gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dgn istighfar org hidup kpd si mati, sedekah, doa dan bacaan Al-Qur'an untuk mereka; para Malaikat membawa semua itu dalam piring-piring besar dari cahaya; ditudung dengan kain sutera. Kemudian para Malaikat itu berkata kpd tuan yg punya: inilah hadiah yg dikirimkan si fulan untukmu. Maka sipenerima itu akan merasa senang dan gembira".

Di antara hadiah besar yg mendatangkan keberkatan dan manafaat yg banyak kpd si mati ialah membaca Al-Qur'an, serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati. Jumhur ulama' dan para salihin dari golongan salaf dan khalaf telah mengakui amalan ini. Adapun Hadits2 yg menerangkan tentang perkara ini adalah dari Hadits yg dhaif, sebagaimana yg dikatakan oleh Imam Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah. Akan tetapi Hadits-Hadits dhaif pun boleh diamalkan dalam bahagian 'kelebihan amalan' - mengikut fadhaailul-A'maal. Rujuk Imam Habib Abdullah Haddad.

Kesimpulannya: Siapa yg ingat, insyaAllah akan diingati, dan sesiapa yg lupa atau buat2 lupa, insyaAllah ia akan dilupakan juga nanti, sedangkan Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala org yg mengamalkan kebaikan.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, May 07, 2009

Cara buat Duit Cepat

Sedih, sedu, kedu, pedih hempedu, semualah yg tak berapa gembira bila membaca beberapa paparan berita di muka depan suratkhabar tempatan beberapa hari ni.
1. Ibu hamil maut mangsa ragut.
2. Nenek meninggal selepas ditumbuk peragut yg menerpa masuk ke dalam rumah untuk ragut rantai anak nenek.
3. Lagi ibu hamil mati kemalangan lepas jatuh motosikal diragut..berita penuh
4. Dan lagi.....

semuanya kerana inginkan nak buat duit segera. Cash cepat2, mungkin untuk makan, rokok, duit minyak motor, beli ubat (batuk,,ooohhgk ooogh..). Apa rasa hati kita yang membaca,,, bayangkanlah rasa yg menanggungnya. Kita wajib redha dengan ketentuan Allah. Inilah aturanNya yang terbaik. Redha dengan pengetahuanNya, kerana tiadalah Dia menguji hambaNya melainkan yang mampu ditanggung oleh hambaNya.
Teringat do'a yang kerap dibaca setiap kali selepas solat, (ayat akhir surah Al-Baqarah)...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. "
Tertarik pula dengan bila baca pendekatan kerajaan Jepun (tak pernah mereka mengaku mereka ni negara Islam (Hadhari ke tak?)) bila keadaan negara itu teruk dilanda krisis ekonomi; pekerja hilang punca pendapatan, penyewa tiada wang untuk membayar sewa, rakyat hilang tempat tinggal, soru miss..... kerajaan Jepun telah semak dan jalankan pendekatan SEMENTARA (they said, to cushion the impact);
1. sediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa krisis ekonomi.
2. sediakan makanan asas supaya mangsa2 krisis ekonomi tidak lapar

Rupanya pendekatan cara negara yg kaya dengan kereta Toyota dan Honda ini berdasarkan pendekatan yg diajar dalam Islam, iaitu pendekatan pencegahan, bagi mengelakkan mangsa2 menjadi ganas, jadi penjenayah kerana tiada lagi Yen di poket. Bukan mereka menggunakan wang negara untuk tambahkan kekuatan polis untuk menghadapi peningkatan penjenayah, kes ragut, pecah rumah dsbnya. Kenapa kita (yg pernah mengaku sebagai negara Islam) tidak terfikir untuk bertindak begini - may be pernah tapi saya tak tahu.

Kesimpulannya: dalam Islam, pendekatan menghadapi krisis ialah melalui pencegahan DAN yang lebih penting, manalah ada cara buat duit cepat cara betul, semuanya kena berdikit2 dan dengan kesabaran, dan kesemuanya dengan ketentuan Allah Maha Esa.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, February 19, 2009

Hadith Pilihan - Amalan Sebelum Tidur

Dengan menyebut nama Allah yang Mahapemurah lagi Mahamengasihani
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikipaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:”Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh.” (Muslim)


Huraian (Jakim):
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.

Dalam hadith yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur" - (Bukhari-Muslim)

Sesungguhnya tidur adalah suatu kematian yang sementara sedangkan hidup dan mati itu di tangan Allah. Tiada siapa yang tahu bila kita akan mati dan bagaimana kita akan menghadapi detik-detik apabila roh terlerai dari jasad. Bukankah jarang kita mendengar orang yang mati ketika sedang tidur! Oleh itu selaku orang Islam kita dituntut agar membaca doa sebelum melelapkan mata supaya terhindar daripada perkara yang tidak diingini iaitu mati dalam keadaan mengejut. Kita juga dituntut untuk membaca doa sebaik sahaja terjaga dari tidur sebagai tanda kesyukuran kerana dihidupkan kembali selepasa kematian sementara semasa tidur. Ingatlah bahawa menghisab amalan sebelum tidur akan menyedarkan kita tentang hari akhirat kelak. Ia menjadikan kita insaf agar tidak mensia-siakan usia dan masa yang diperuntukkan.

Hanya Allah yang Mahamengetahui


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 30, 2009

Doa Harian - Siri pagi Jumaat

Untuk pagi2 Jumaat yang mulia ini, dinotakan untuk peringatan sendiri dan sesiapa yg terbaca dengan satu do'a;
Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah untukku agamaku..
Kerana ia pengawas seluruh urusanku
Perbaikilah untukku duniaku..
Yg di sana adalah kehidupanku
Sempurnakanlah untukku akhiratku..
Kerana ke sanalah tempat kembaliku
Jadikanlah hidupku..
Sebagai penambah kebaikan
Dan jadikanlah matiku..
Sebagai tempat istirehat daripada segala kejahatan…..
Amin.


Catatan Selanjutnya...

Saturday, January 17, 2009

Siri Do'a : Doa untuk Keluarga

Nota peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Panjangkanlah doa untuk kedua orang tuamu (samada yang masih hidup mahupun yg telah meninggalkan kita - ni saya punya keslah).
Berdasarkan satu Hadits Nabi s.a.w :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Secara ringkasnya hadits ini dihuraikan sebagai peringatan bersama seperti berikut:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Doa kepada kedua orang tuamu;

Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Disamping itu doakan juga kebahagian keluarga


Doa untuk kebahagian keluarga:

Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Dan doakan agar kita mendapat keturunan yang baik2 (yang akan mendoakan untuk kita), bila kita sudah berhijrah ke alam seterusnya dari sini;

Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.

Insyaallah dapat kita sama2 amalkan. Lama kelamaan ianya akan jadi sebati dalam diri dan dalam tiap2 kali doa kita. Selamat beramal




Catatan Selanjutnya...

Monday, January 12, 2009

Sekarang lebih Jelas...patutlah begitu jadinya

Selepas bertemu, berbicara dan mendapat pendedahan dari Dr Tg Shahrom a.k.a DrT dari Aman Palestin, barulah lebih jelas kenapa dan mengapa berlaku apa yang berlaku di Bumi Palestin itu.


Dr T mendedahkan kepadaku berkenaan Resolusi Yahudi pada 8.9.1897 (ye la 1897, bukan typo tu memang dari 1897 lagi) berkenaan penguasaan bumi Baitulmaqdis dan penubuhan Israel Raya. Bagaimana penguasaan terancang telah lama di perhalusi oleh kaum yang Allah Murka ini (itulah bacaan kita sekurang2 17 kali sehari dalam solat "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Yahudi) dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (Nasrani)"...
Inilah Masjid Al Aqsa (masjid Kubah biru)


Dan ini ialah Kubah As Sakhrah (yang di dalamnya ada Batu), boleh lihat replika di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Kuala Terengganu (ewahh sempat promo kampung halaman)

Kaum Yahudi mendakwa mereka adalah golongan The Choosen One percaya mereka yang menguasai Baitulmaqdis yg dipercayai adalah kepada dunia akan menguasai dunia sejagat. Rupa2yna dalam kitab Talmud kaum yang diMurkai Allah ini ada menyebut berkenaan penindasan yang mereka perlu jalankan ke atas orang2 lain selain kaum mereka, supaya kaum2 lain menjadi hamba kepada mereka, dan dapat mereka tunggangi kaum2 lain selain mereka. Mereka juga percaya dan bercita2 untuk mendirikan Temple Haikal Sulaiman di tapak Masjid Al Aqsa. Untuk mengelirukan sekalian umat Islam, media massa bukan Islam dan Internet menunjukkan Kubah As Sakhrah apabila mereka merujuk kepada Al Aqsa, supaya dapat mereka meneruskan hasrat untuk meranapkan terus Masjid Al Aqsa yang sebenar. Kubah As Sakhrah ialah dimana dalamnya ada batu dipercayai batu yang Nabi Muhammad s.a.w berpijak semasa kejadian Mikraj'.

Jika dikaji Seerah Nabi dan para sahabat, maka kita akan ketahui bahawa bumi Palestin ini pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau telah mewakafkan tanah ini kepada orang2 Islam. Dan Salehuddin Al Ayubi telah membebaskan Baitulmaqdis di zaman pemerintahannya. Namun tada tanggal 8 Sept 1897 itu dalam persidangan Yahudi mereka telah memutuskan untuk mengusai Baitulmaqdis dan seterusnya merobohkan Al Aqsa untuk didirikan Temple Haikal Sulaiman. Maka amat jelaslah bahawa dalam misi untuk menguasai dunia khususnya membinasakan Umat Islam, mereka kaum yang diMurkai Allah ini akan secara berterusan akan memerangi orang Islam di Palestin dek kerana nak kuasai bumi para Nabi dan Rasul ini. Ini bukanlah atas dasar perjuangan menguasai wilayah semata2 tetapi lebih kepada perjuangan untuk meruntuhkan aqidah umat Islam seluruhnya. Mereka juga percaya, dengan runtuhnya Al Aqsa, maka semangat dan keimanan orang Islam sedunia akan runtuhlah (walaupun sekarang memang kita dah ramai yang runtuh aqidahnya walaupun belum runtuhnya Al Aqsa itu).


Mengikut DrT, pihak pejuang Hamas di Palestin bukan mengharapkan kita ramai2 datang menyertai mereka (dah memang sah2 tak ramai pun yang akan sanggup ke sana). Mereka hanya mengharapkan kita berjihad dengan cara kita iaitu dengan berdoa munajat dan membantu mereka menyebarkan berita sebenar yang berlaku agar jiwa2 "pejuang Palestin" itu tidak luput dalam jiwa kita dan generasi muda kita (yang sekarang memang hangat berjuang dengan gejala tsunami aqidah yang melanda).
Sekiranya kita keluarkan kesemua wang tunai yang ada dalam wallet (yang memang tak lah berapa banyak pun) dan kita hulurkan kepada mana2 tabung untuk rakyat Palestin, nescaya insyaallah tidak kebulur pun kita sehingga penghujung bulan, namun setiap ringgit yang kita hulurkan (jika sampai ke sana, kena pastikanlah ikut proper channel), insyaallah akan dapat meringankan bebanan mereka yang bukan sahaja kebuluran makanan, tetapi juga ubat2an, peralatan dsbnya. Banyak sekali pertubuhan2 keamanan seperti Aman Palestin, Mercy, Global Peace dsbnya, carilah mereka dan hulurlah bantu yang termampu. Mengikut 8 Jan 2009, RM150.00 cukup untuk menyara seorang rakyat Palestin untuk sebulan!. Jom Jihad!


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 07, 2009

DOA QUNUT NAZILAH

Sebagai satu usaha dan sumbangan solidariti kepada saudara kita yang tertindas di Palestin, pihak2 masjid dan surau serta orang perseorangan bolehlah membaca doa Qunut Nazilah dengan memohon supaya Allah meringankan bala bencana yang menimpa bumi Palestin dan kekejaman Rejim Zionis itu dihentikan segera.

Pic dari NSTonline
Cara Membaca Qunut Nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Peringatan:

  • Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
  • Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, November 26, 2008

Doa ..Untuk Anak2

Terpanggil untuk menyambung siri doa setelah beberapa hari merehatkan diri (dari kerja harian), walaupun sebenarnya bercuti dengan anak2 kecil tidaklah merehatkan badan kita bila kena melayan kerenah mereka yg tidak pernah nampak habis energynya kecuali bila tidur. Bila memandang wajah anak2 ketika mereka tidur ala2 berselerak teringat satu doa yang diperolehi semasa bulan Ramadhan 1420H yg lalu. Sehingga kini nota doa masih tertampal di Frigo. Doanya ialah spt berikut;




Mengikut Ustaz yg memberikannya, doa ini eloklah diamalkan bacaannya bila kita melihat wajah anak2 ataupun semasa terbayang wajah mereka bilamana kita tak bersama mereka. Untuk menghafalnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, kerana doanya hanya 5 perkataan. Yang pertama Allah humma (tak perlu effort utk menghafalkan yg ini). Perkataan yg ke-4 dan ke-5 ialah nama3 org yg memang dah biasa kita dengar iaitu Hadi dan Mahdi. Perkataan ke-2 berbunyi spt Sabit (samada sabit pisau atau sabit apa2 je lah). So cuma hafalkan perkataan ke-3 iaitu Waj'alhu.

Further check telah mendapati doa ini ada terkandung di dalam buku 101 doa dari Hadits2 sahih yg terdapat di toko2 buku ternama.

Mengikut apa yg diriwayatkan, pernah satu ketika ketikamana Rasullullah s.a.w mengetahui tentang seorang remaja yg kecewa kerana kurang kemahiran untuk berkuda (satu kemahiran penting di Zaman itu untuk memenuhi tuntutan jihad), Baginda s.a.w telah menepuk belakang remaja tersebut, sambil menggosok2 dan membaca Doa di atas.

Adalah di galakkan untuk kita membaca doa ini bila kita menghantar anak2 ke sekolah, ke kolej atau universiti atau ketikamana kita terbayangkan wajah mereka dan berdoa agar mereka tetap terus mendapat petunjuk dan memberikan petunjuk kpd yg lain bila mereka bersama2 rakan2 dikalangan mereka. Maklumlah, di zaman IT serba global ini, ancaman2 akidah itu datang dari segenap pelusuk. Ku pohon kepadamu Ya Allah, tetapkan iman dan akidah anak2ku serta anak2 muda Islam yg lain dengan RahmatMu...Amin.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, November 25, 2008

Doa - Pagi (1)

Setiap pagi apabila ada peluang berjemaah bersama Ustaz Hj Yaakub, doa2 paginya adalah sesuatu yang menyeantuh Klbu setiap yang mengaminkan di belakangnya. Aku cuba mengamati bacaan2nya, bilamana kepala tidak lalai mencari2 bayangan tilam empuk.



Sedikit demi sedikit telah dapat di jejaki antaranya 3 doa pagi yg sering Ust Yaakub baca saban pagi



Rangkap (1) : Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan kesedaran bahawa Kerajaan bumi dan segala isinya ini seluruhnya adalah milik Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan...

Asbahna wa asbaha.lmulku lillahi...



Rangkap (2)

Allahumma, kami terjaga olehmu dalam nikmat, afiat dan terjaganya rahsia2 kami (dosa2 kami), maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atas kami, di dunia dan akhirat.



Rangkap (3) : Allahumma, kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu, dan kami mohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.



Aku berazam sepenuh2nya utk maju dalam hal ini dan dapat kesemua doa Arabiahnya serta tahu maknanya dalam Q1 1430H nanti, insyaAllah.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, November 18, 2008

Doa Harian (1)

Doa ini memang kita biasa membacanya di dalam majlis tahlil, dan sering kedengaran di corong2 radio IKIM.

Kita disarankan untuk membacanya setiap hari terutama di malam hari, selepas Isyak ataupun sebelum tidur, sambil2 mengingati dan menginsafi kekurangan dan kesalahan diri sendiri sepanjang hari tadi, maupun yang telah lalu, serta menginsafi dugaan2 hari2 mendatang.



Doanya adalah dari ayat akhir surah Al-Baqarah ayat 286 (Juz 3) maksudnya;


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."



Amin


Catatan Selanjutnya...