Showing posts with label amalan harian. Show all posts
Showing posts with label amalan harian. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Menanam Pokok Di Pinggir Jalan

Hadis Pagi Jumaat: Menanam Pokok di Pinggir Jalan

Fenomena biasa bagi warga kota yang tinggal di kawasan taman perumahan ialah ketandusan tanah untuk bertanam. Walaupun rumah yang didiami adalah 'landed property' tapi tiada kawasan tanahnya, ataupun kawasan yang ada telah dikorbankan menjadi tempat parkir kenderaan, atau telah diturap dengan tiles dan menjadi kawasan pasu2 bunga, ataupun telah dikorek menjadi kolam ikan perhiasan (macam perli diri sendiri je). Tapi jari2 hijau ni masih inginkan tanam pokok2 besar seperti mangga, jambu air cuma kawasannya di mana?

Jika anda mempunyai wang lebihan dan mahukan pelaburan, bolehlah ke kawasan2 yang masih ada tanah2 kebun untuk dijual lalu belilah kebun itu dan usahakan. Jika anda jenis yang inginkan kawasan luas dan punyai tenaga kuat, bolehlah usulkan kepada Kerajaan Negeri untuk usahakan tanah2 kerajaan yg masih kosong. Tapi jika anda bukan semua yang di atas, maka tanah2 tepi jalan depan rumah, tepi rumah, belakang rumah lah yg akan dijadikan pilihan.

Dulu, semasa di Puchong, saya pernah menanam pokok2 mangga, betik, pisang, di tepi seberang jalan depan rumah. Kebetulan depan rumah di seberang jalan tu tanah lapang terus dijadikan tanah utk bertanam. Namun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah MahaBijaksana. Satu hari pihak MPSJ datang dengan lori biru mereka dan menebang kesemua pokok2 tersebut dengan alasan ianya tidak akan dijaga dan akan menambahkan kos operasi mereka untuk menjaganya nanti. Ikut suka tuanlah, saya hanya berbakti pada tanah, tapi mungkin salah tempat. Di kala pokok2 mangga berbuah, setiap kali itu buah2nya akan diambil (dicuri?) orang, mungkin mereka tidak mampu membeli sendiri dan segan untuk minta dari saya. Tak pe lah saya halalkan semuanya.

Dari dibiarkan tanah kosong dijadikan tempat sampah, baik tanam pokok buah

Begitulah menurut Fiqh Syafi'i Jilid-1 (m/s 122), apabila seseorang menanam pokok di pinggir jalan, maka bila pokok itu berbuah dan buahnya jika di makan burung atau diambil orang, maka itu kira sedekah.
Satu Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: Dari Anas r.a Dari Nabi s.a.w, beliau bersabda tidaklah dari seseorang muslim yang menanam pokok, lalu buahnya dimakan burung atau manusia, atau lain binatang, melainkan adalah baginya dengan yang dimakan itu menjadi sedekah baginya".


Catatan Selanjutnya...

Thursday, June 11, 2009

Bida'ah ..di Kampung dan Bandaraya sama sahaja

Sempena cuti2 seMalaya, kesempatan tidak dilepaskan untuk pulang ke kampung halaman setelah bercoti di tpt orang, bertemu sanak saudara dan kenalan semasa kecil, menziarah dan bersihkan pusara ayah dan bonda tercinta, terasa sungguh kekosongan tanpa senyum gembira mereka bila ku bawa pulang cucunda bertemu mereka seperti dahulunya.

Bila ke pusara, teringat pesan Ustaz di Shah Alam, untuk perhatikan kesan2 amalan bid'ah yang masih menebal di dalam masyarakat kampung dan desa apabila mereka menziarah kubur contohnya, amalan menyiram air diperkuburan. Dahulunya pernah juga terfikir kenapa dibuat begitu? nak sejukkan si mati yang di bawah ke? (pemikiran penulis di umur 7 thn)...

Bila ditanya pasal amalan menjirus air di atas kubur bila selesainya membaca Al-Qur'an dan sebagainya, ramai Ustaz yang akan terus menerjah mengatakan ini amalan bid'ah orang2 lama yang harus ditinggalkan. Tiada penjelasan lanjut kenapa dahulunya dibuat dan kenapa kini diterjah sebagai bid'ah dalallah yg patut ditinggalkan. Bila di kampung, sempat bertanya kpd Pak Imam kampung lulusan pondok usang. Penjelasannya adalah seperti berikut. Amalan menjiruskan air ke kubur jika bertujuan untuk apa2 kebaikan kepada si mati adalah perbuatan bid'ah yg patut dielakkan. TETAPI jika niat hanya untuk pastikan tanah yang baru digali dan ditimbus (kubur baru) itu lebih cepat padat semula dan jika di atas kubur lama, niatnya hanya untuk pastikan pokok-pokok bunga kecil yang ditaman itu tidak mati kehausan maka perbuatan ini adalah harus. Perbuatan menyiram air itu tiada kena mengena dengan mayat si mati dan apa2 mengenai kehidupan alam barzakhnya. Begitulah penjelasannya dan juga penjelasan beberapa org Ustaz lain (yg bukanlah dari kalangan lepasan ijazah Ilmiah luar negara yg menerjah amalan ini sebagai bid'ah semata-mata) lain yang ditanya. Waallahualam.

Kemudian di malam-malam hari sempatlah menjenguk suasana majlis ilmu versi kampung. Keadaannya sama saja dengan suasana di taman perumahan di bandaraya...lengang dan hanya dipelopori oleh Geng-geng KRU...Kumpulan Rambut Uban. Golongan vateran inilah yg menyibukkan diri di surau2 dan di masjid2 utk 'mendengor' aka mengikuti majlis ilmu. Yang bezanya, jika dibandar para jemaah akan dilengkapi dgn peralatan canggih spt PDA dan MP3 recorder, di kampung mereka cuma 'mendengor' tanpa menulis nota atau selainnya.

suasana di surau sementara setelah yg asal dirobohkan untuk dibina yg baru


Namun, ada juga tempat2 yang luar biasa ramai qariahnya, bila ada ustaz-ustaz populer spt Ustaz Azhar Idrus (mengikut laporan dia sangat populer di pantai timur semenanjung dan kawasan yg sewaktu dengannya). Majlis ilmu berubah menjadi seperti karnival (tak pe lah bukan spt karnival yang heboh2 tu). Ada jualan, ada pertembungan ilmuan muda dan veteran, ada perkongsian ilmiah yang sangat menarik perhatian penulis (saya lah tu). Dan saya akan menjadi salah seorang ahli fan club Ustaz ini jika dia ada kelab peminatnya. Boleh disearch di youtube... Saya kurang pasti keberkesanan penyampaiannya tapi dia memang a 'crowd puller' ditpt yg saya terhadirkan diri pada malam itu.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, May 27, 2009

Bacaan Al-Qur'an, Doa dan Sedekah kepada si mati

Walaupun dikala ini ada sesetengah yg berpendapat adalah tidak sampai pahala perlakuan org yg masih hidup untuk mensedekahkan pahala kepada org yg telah meninggal dunia, tetapi mengikut pengajian berasaskan kitab tulisan Imam Habib Abdullah Haddad, ada pelbagai berita dan atsar (kata2 para Sahabat Rasulullah s.a.w) yg memberi petunjuk akan hal ini.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadits bahawa Sa'ad bin Ubadah r.a pernah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w berkenaan ibunya Sa'ad yg telah pulang ke alam barzakh tanpa sempat bersedekah dan Sa'ad bertanya kpd Baginda Nabi s.a.w adakah boleh dia bersedekah bagi pihak ibunya. Lalu Baginda Nabi s.a.w membenarkan Sa'ad berbuat demikian dan Sa'ad telah menggali sebuah perigi dan dijadikan airnya sedekah atas nama ibunya.

Diriwayatkan lagi bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda; kalau tidak kerana adanya org yg hidup nescaya binasalah segala org yg mati kerana tiada lagi org yg mendoakan bagi si mati, ataupun memohon istighfar dan belas kasihan untuk si mati.

Bersabda Rasulullah s.a.w yg maksudnya:
"Umatku ialah umat yg dirahmati. Mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa-dosa spt gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dgn istighfar org hidup kpd si mati, sedekah, doa dan bacaan Al-Qur'an untuk mereka; para Malaikat membawa semua itu dalam piring-piring besar dari cahaya; ditudung dengan kain sutera. Kemudian para Malaikat itu berkata kpd tuan yg punya: inilah hadiah yg dikirimkan si fulan untukmu. Maka sipenerima itu akan merasa senang dan gembira".

Di antara hadiah besar yg mendatangkan keberkatan dan manafaat yg banyak kpd si mati ialah membaca Al-Qur'an, serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati. Jumhur ulama' dan para salihin dari golongan salaf dan khalaf telah mengakui amalan ini. Adapun Hadits2 yg menerangkan tentang perkara ini adalah dari Hadits yg dhaif, sebagaimana yg dikatakan oleh Imam Al-Hafizh As-Sayuthi rahimahullah. Akan tetapi Hadits-Hadits dhaif pun boleh diamalkan dalam bahagian 'kelebihan amalan' - mengikut fadhaailul-A'maal. Rujuk Imam Habib Abdullah Haddad.

Kesimpulannya: Siapa yg ingat, insyaAllah akan diingati, dan sesiapa yg lupa atau buat2 lupa, insyaAllah ia akan dilupakan juga nanti, sedangkan Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala org yg mengamalkan kebaikan.


Catatan Selanjutnya...

Friday, May 08, 2009

Catatan di Malam Jumaat

Seringkali setiap malam Jumaat, akan kedengaran suara soksek2 sumbang apabila Imam masjid menjemput qariah mengisi masa antara Maghrib dan Isya' dengan membaca Yassin, takkala penceramah jemputan tidak dapat hadir dan jadual ditangguh di saat2 akhir. Al-maklumlah ada sesetengah para cendikiawan agamawan yang terpelajar melabelkan amalan membaca Yassin di malam Jumaat sebagai amalan Bid'ah dan tidak boleh diteruskan. Nakal betul!, ada ke patut amalan yg baik yg diamalkan sekian lama nak digantikan dengan sesi berbual kosong, sesi bawa diri masing2, borak2 politik... bila tiada penceramah datang.

Maka berlakulah perdebatan, pembentangan hujjah dsbnya. Perkara yg sama sering kedengaran atau dipaparkan dibanyak blog2 pendakwah, bebas atau berpihak, perihal perbedaan pendapat, pegangan, sumber nas dsbnya. Masing2 dengan tegas menggulung hujjah masing2, sampai ada yang mencela, mengecil2kan satu2 pihak yang lain. Saya yang masih menular nak mencari ilmu ini kekadang kaget dibuatnya. Lalu saya rujuk kepada yang pakar, siapa lagi kalau bukan Imam As-Syafi'i, bagaimanakah cara2 beliau berdebat, bertukaran pendapat bila berlaku berlainan pendapat dgn Ulama2 besar yang lain; (dari Siri 4 Imam Mazhab - susunan Sdr Tarikuddin bin Hj Hassan terbitan Jahabersa)
Cara Imam As-Syafi'i bertukar fikiran:
Beliau, seperti juga Imam Abu Hanifah, amat suka berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah. Pada beliau, perkara2 ini akan membuahkan hasil yg terbaik dari pertembungan seumpamanya. Tetapi beliau hanya berdebat, bermuzakarah dan bermunazarah hanya untuk mencapai keputusan yg baik dan natijah yg benar. Kata Imam As-Syafi'i;
1. "Tidak aku bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku ingin supaya ia diberi pertolongan, dan supaya ia beroleh pemeliharaan yg baik dari Allah SWT. Dan aku tidak bertukar fikiran dgn seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menjelaskan kebenaran atas lidahku atau atas lidahnya."
2. "Aku ingin apabila aku bertukar pendapat, hendaklah ia menampakkan kebenaran di hadapannya"
3. "Tidak sekali-kali aku bertukar pendapat dengan seseorang, lalu ingin jatuh ke dalam kesalahan"
4. "Aku pandang kritikan2 sebagai rahmat dan bukan perbuatan yg akan menimbulkan kemarahanku. Lawanku bagi mereka itu ada kebaikan dan kelebihan atas diriku. Semoga Tuhan jangan menjauhkan lawanku dari diriku"
5. " Mereka selalu membicarakan kesalahanku, maka aku dapat menjauhkannya dan mereka sentiasa berlumba2 mahu mendahuluiku, maka aku dapat berusaha lebih tinggi kerana galakkan mereka"


Wahhh,,, jelas sekali pendekatan positive thinking oleh Imam As-Syafi'i ini menjadi pemangkin untuknya maju dan tidak sekali menjadi racun yg berbisa. Kita? mampuke? marilah kita sama2 mengambil pendekatan yg lebih positive, tidak melabelkan sesiapa dgn apa2 label bila mereka berbeza pendapat. Berdoalah agar mereka juga di pihak yg benar, dan jika mereka itu sah2 berlainan aqidah dengan kita, berdoalah agar mereka diberi petunjuk, agar Allah SWT membuka hijab dari mereka untuk mendapat kebenaran. Elakkan dari kekerasan kata2, mahupun air muka yg masam mencuka, kerana siapalah kita jika tidak hanya hambaNya.


Catatan Selanjutnya...

Tuesday, May 05, 2009

Kewajiban kita kepada Al Qur'an

Ada satu pepatah Arab yang lebih kurang maksudnya "bagaikan unta mati kehausan di padang pasir, sedangkan ada air dikendung di belakangnya".
Adakah begitu kekeliruan hidup kita sekarang? Sentiasa mencari2 sebab dan punca kenapa itu dan kenapa ini berlaku... kenapa pula kita yang menanggungnya dan bukan orang lain? Adakah kita berada di dalam kegelapan? tertutup hijab dari perkara sebenar? umpama berjalan di dalam gelap, tanpa penyuluh, kebingungan, walhal penunjuk jalan ada di tangan?


Adakah telah berjaya perancangan jahat musuh2 Islam yang dengan keterlaluan telah menidakkan cinta kita kepada golongan Arab? Sedangkan telah berpesan Baginda Nabi s.a.w supaya kita tidak membenci orang2 Arab, walaupun perangai sesetengah mereka ini memang sesuai untuk dibenci. Pesan Nabi s.a.w, tidaklah dibenci kaum Arab dan bahasanya kerana; Baginda Nabi s.a.w adalah dari golongan Arab, Al-Qur'an adalah dalam bahasa Arab dan bahasa di syurga adalah bahasa Arab.

Sedikit petikan dari buku himpunan ceramah As-Syeikh Imam Hassan Al Banna mengenai kewajiban kita kepada Al Qur'an;
  1. Keyakinan sesungguhnya tiada penyelesaian utk semua perkara melainkan penyelesaian dari petunjuk Allah iaitu Al-Qur'an
  2. Kaum Muslimin wajib jadikan Al-qur'an sebagai kawan karib, bahan rujukan dengan sentiasa mendampingi Al-Qur'an.
  3. Sentiasa membaca dan memerhatikan adab2 bacaan serta mendengar Al-Qur'an kerana inilah Kalam Allah yang semestinya wajib dihormati.
  4. Menjadi kewajiban pula untuk mengamalkan hukum2 dari Al-Quran termasuklah hukum2 utk individu (fiqh, akhlak, taubat...) dan hukum2 kemasyarakatan (keluarga, muamalat...)

Kesimpulannya: sampailah masanya untuk kita tekadkan diri untuk membaca Al-Qur'an ini setiap hari, walaupun beberapa ayat, sambil memerhatikan maknanya, dan menunggu2 saat bacaan ini seolah2 spt akan membaca bingkisan cinta dari orang yg tersayang.


Catatan Selanjutnya...

Friday, March 06, 2009

BANGAU oh BANGAU - versi gawat

Masih ingat lagi kisah Bangau oh Bangau?, lagu zaman kanak2 riang dulu?, tak sangka pulak, timbul semula ceritera ni di zaman2 canggih manggih blogging ni tak kala poket gawat.
(Lagu, binatang2 dan perkara2 dalam lirik hanya sekadar untuk dibuat pengajaran, tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah mati atau merendah2 apa2 yg telah diciptakanNya.)

Lagunya lebih kurang gini lah....

Bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.

Ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat.

Rumput, oh rumput,
Kenapa panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku.

Kerbau, oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.

Perut, oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah.

Nasi, oh nasi,
Kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu Api basah,

Kayu, oh kayu,
Kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku,

Hujan, oh hujan,
Kenapa engkau turun,
Macam mana aku tak turun,
Katak panggil aku,


Katak, oh katak,
Kenapa engkau panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku,


Ular, oh ular,
Kenapa engkau nak makan katak,
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan Aku!



Dari awal hingga akhir, apa yg ada dalam rangkap hanyalah menyalahkan perkara lain / org lain je bila sesuatu tu berlaku. Cuma ular je, berlawanan dengan sikapnya yg suka memutar belit, tapi dalam rangkapnya dia tidak salahkan sesiapa kecuali mengakui itulah dirinya.

Kesimpulannya: Tiap2 kali kita menunding telunjuk kepada orang lain bila berlaku sesuatu yg kurang senang, ada lagi sekurang2nya tiga jari yg tertunding ke arah kita. Sebelum kita nak cepat2 salahkan org lain bila ada hal2 yg kurang senang, sebetulnya kita semak, spot-check, self-check diri sendiri dahulu. Begitulah pengajiannya. Wallahualam...


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, February 25, 2009

Gerakan Pemikiran Aliran Baru dan Cabarannya

Semalam, seperti diwar-warkan dlm n3 terdahulu di sini telah datanglah Ustaz Dr Muhammad Uthman El Muhammady, seorang tokoh Maal hijrah peringkat Kebangsaan 2005. Kepada orang kebiasaan spt kita, beliau bukanlah idola, mahupun nama terkenal, tetapi dikalangan ilmiah Islam Nusantara kini, beliau ialah salah seorang insan yang menjadi rujukan. Antaranya, beliau merupakan salah seorang juru edit terjemahan Al qur'an 'pimpinan al-Rahman' versi English yang baru saja selesai penerbitan dan berada di pasaran Malaysia.

Beliau didatangkan ke masjid tpt saya memandangkan sejak akhir2 ini begitu banyak isu2 khaifiat baru yang dipelopori oleh segelintir qariah yang agak berbeza dgn apa yang telah kita amalkan sekian lama mengikut ahli sunnah wal jamaah. Ada juga yang begitu berani sehingga membida'ahkan amalan kita seperti amalan yassinan, tahlilan dan wirid2 serta do'a bersama imam selepas solat berjemaah.
Dengan tajuk Gerakan Pemikiran Aliran Baru dan Cabarannya kepada Umat, Dr Muhammad Uthman telah mengupas, secara ilmiah (ye lah beliaukan seorang Fellow Amat Utama ISTAC), penjelasan2 dan peringatan kepada kami, supaya amat2 berhati2, berkeras, bertegas, berteguh dalam pencarian kita mencari keredhaan Allah dan terus dengan pegangan sunnah wal jamaah kita seperti yang telah diputuskan oleh para jemaah ulama' Nusantara. Beliau juga memberi amaran bahawa akan datang satu arus pengamal aliran baru yang lebih dahsyat dalam masa akan datang, sepertimana yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi s.a.w (ruj Hadits sahih - Bukhari Muslim).
Selesai majlis, ada juga (para pengamal Aliran Baru) yang tidak berpuas hati dan terus berdepan dengan Ustaz Dr Muhammad bertanyakan beberapa fakta yang telah beliau sebut tadi. Terserlah ketokohan beliau, dengan begitu tenang menjawab, memberi hujjah tambahan dan menunjukkan rujukan mengenai apa2 yang telah beliau nyatakan semasa kuliah tadi. Amatlah nampak berasapnya para pengamal Aliran Baru tetapi, itulah, bila sudah beremosi dalam muzakarah, bila kita ni tak tebal ilmu, maka terserlah pula kepincangan kita. Entahlah, itulah resam sesetengah manusia, cepat benar mendabik dada padahal ilmu secetek air di hulu...
Kesimpulannya:
Bila beramal, kenalah kita berilmu dengan yang betul dan ikutlah pendapat dan persetujuan ramai (yang lebih arif tentang sesuatu hal). Bila bermuzakarah, biarlah kita hanya bertujuan untuk mencapat persetujuan, bukan untuk mendabik dada bermegah2. Bila mencari pendidikan agama, tiada jalan pintas, semuanya memerlukan kesabaran. Yang dicari cuma keredhaanNya bukan nak femes dan pofuler...Baru aman dari gundah gulana


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 30, 2009

Mendekati untuk mendapat CintaNya

Di antara cara untuk membantu kita dalam bermujahadah melawan syaitan adalah dengan melakukan ibadah wajib secara benar, kemudian menyempurnakannya dengan ibadah sunat. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam satu hadith qudsi yang bermaksud:


" Hamba-Ku yang mendekat kepadaKu dengan sesuatu, lebih Aku cintai daripada Apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dia sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan2 ibadah sunat sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakan untuk mendengar, Aku adalah penglihatannya yang digunakan untuk melihat, Aku adalah tangannya yang digunakan untuk memegang, dan Aku adalah kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia mohon kepadaKu , nescaya Aku akan memberikannya. Jika dia berlindung kepadaKu, maka Aku akan melindunginya.


Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari segala fitnah sama ada zahir mahupun yg batin. Semoga dapat dipermudahkan aku dalam aku mengerjakan amalanku kepada Mu.

sumber: Mukmin Fathi Al Hadad - Perbaharui solat anda


Catatan Selanjutnya...

Sunday, January 11, 2009

Menyegerakan Sesuatu Amalan Baik

Dalam kita berhasrat untuk melakukan sesuatu amalan baik, adalah menjadi keperluan untuk kita menyegerakan melakukannya, takut2 tak sempat untuk melakukannya bila ditangguhkan. Ini selaras dengan surah Al-Maidah ayat 48:

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya" 48.
Sememangnya kita diperintahkan untuk bersegera dalam melakukan amalan ketaatan seperti sedekah dsbnya dan sentiasa berlumba2 dalam melakukan kerja2 amal. Tambah2 lagi di masa ini di mana saudara2 kita di Palestin sedang teruk di belasah oleh Regim Zionis kejam, maka adalah elok untuk kita melakukan apa saja kebaikkan yang termampu untuk membantu Rakyat Palestin yang menderita keperitan itu. Carilah apa2 peluang yang ada untuk sama2 membantu. Moga2 mereka itu akan terus tabah kuat dan bersemangat untuk berjihad mempertahankan agama Islam di bumi Gaza.


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 09, 2009

Amal Jariyah

Dari Abu Hurairah r.a, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :

”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Diantara Sedekah Jariyah – Kabaikan yang tak berakhir
  1. Berikan Al-Qur’an pada seseorang, setiap saat Al-Qur’an tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
  2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
  3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
  4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
  5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
  6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
  7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid, sumbanglah walaupun hanya seketul batu bata.
  8. Edarkan CD Qur’an atau Do'a.
  9. Bantulah pendidikan seorang anak, beruntunglah seorang guru yang ikhlas dalam kerja ibadahnya.
  10. Edarkan pengetahuan yang ini dengan orang lain, semoga dapat diamalkan walaupun sedikit.


Catatan Selanjutnya...

Hari Jumaat - Tafsir Hadits

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0476.

Salman Al Farisi r.a. mengkhabarkan, bahawa Nabi saw. bersabda:
"Siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian dia membersihkan tubuhnya sedapat-dapatnya, setelah itu dia memakai harum-haruman, kemudian pergi ke Jumaat, tidak memisahkan dua orang (yang duduk berdekatan), kemudian solat sebanyak mungkin, dan diam apabila imam telah berkhutbah, nescaya diampuni Allah dosanya semenjak itu sampai Jumaat yang akan datang."
Semoga amalan ini akan terus menjadi amalan berterusan. Amin


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 08, 2009

Peranan Niat Dalam Amalan

Maksud Hadits Sahih Bukhari Jil 1 No 0001:

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya semasa kita melakukan perbuatan tersebut. Sesetengah ulama' mentafsirkan perkataan niat itu ialah hasrat dalam hati yang timbul mendahului setiap perbuatan fizikal. Seperti hasrat untuk melalukan sesuatu sebelum sesuatu itu betul2 dilakukan secara jasadnya. Adapun begitu, jika hasratnya adalah untuk sesuatu yang baik, maka ditulis satu pahala beserta dengan hasrat tersebut.
Begitu juga dengan niat ketika melakukan sesuatu perkara khusus seperti solat, puasa, zakat, mandi hadas, dsbnya. Solat itu perlu dilintaskan dalam hati niatnya, sehingga iman Syahi'i menitik beratkan lafaz bagi memastikan lintasan yg betul ketika mana memulakan solat. Kerana perlu dibezakan antara yang fardhu, sunat, jama', qasar, qada' dsbnya. Mana mungkin seseorang yang memberi sedekah itu dikira zakat jika ketika mana dia memberikan sedekah tersebut tidak diniatkan sebagai zakat. Jadi niat dalam hal ini adalah sebagai menjelaskan status amalan itu dilakukan. Sepertimana niat ketika mandi hadas besar yang membezakan perbuatan mandi wajib dan mandi biasa untuk membersihkan diri.
Apabila kita mendalami pengajian Fiqh, banyak perkara2 perlakuan harian yang sudah menjadi kebiasaan itu akan mendapat penjelasan yang lebih detail. Maklumlah, dahulunya, perkara2 ini diajar semasa kita di kelas KAFA dan masih hingusan, tumpuan pun lebih kepada yg lain dari apa yg diajar.
Hanya Allah yg Maha Mengetahui


Catatan Selanjutnya...