Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Rediscovery Diri - Siri # 5: Cabaran dan Halangan

Diteruskan catatan diri dalam usaha mencari Cinta Kekal. Sebelum pergi lebih jauh, eloklah diterangkan sedikit latar belakang penulis sebelum saya 'tersedar' dari lena yg panjang.
Latarbelakang
:
Dahulunya saya ini insan yg sering lupa, lupa yg mana hakiki, yg mana tuntutan, yg mana benar dan yg mana bathil. Terkadang, yg diterima ramai dijadikan amalan tanpa fikir apa hukum dari sudut syarak. Dulunya saya tidak merasa apa2 bila berada dikhalayak ramai, berasak2 untuk itu dan ini, tanpa terasa akan azab mata dan takut hati jadi keras kerana itu dan ini. Lebih teruk lagi, saya sering ambil mudah perkara2 yg dipandang berat dalam syarak, dan ambil berat perkara2 duniawi yg tidaklah sepenting perkara2 syarak yg dipandang enteng. Akibatnya, hidup sentiasa tidak cukup, tidak lengkap, bahkan tidak terasa berkatnya apa yg ada,,,walaupun dilihat dari segi material, hampir semuanya sudah ada. Cuma impian sahaja yg semakin hari semakin menggunung.

Kini, alhamdulillah, sedikit demi sedikit yg bathil itu terkikis dan rasa cinta dan sayang kepada yg sepatutnya itu datang, hari demi hari, minggu demi minggu. Walaupun lagi dicari lagi terasa jahilnya. Makin banyak yg tahu makin bertambah banyak yg tidak tahu.

Tambah pula dengan cabaran dan halangan yg terpaksa ditempoh, ditempis, dirempuh. Bila kita tegas dengan syarak hasil dari ilmu cetek yg ada, kita sering pula dilabel sebagai kolot, ektremis, berlagak, perasan dsbnya. Namun tidak sedikitpun terasa sedih, malah terasa pula bahagianya, kerana tujuan diri hanya satu; supaya dikategorikan sebagai Hamba oleh Pencipta. Tidak lebih dari itu, dan semoga RahmatNya datang menyelamatkan diri di hari Perhitungan dan hari Pembalasan.

Antaranya amalan biasa masyarakat yg memberi cabaran untuk saya, dan Insyaallah semoga dapat terus tinggalkan;

1. Bersalaman dengan yg bukan mahram; antara rakan sekerja, rakan perniagaan, sahabat handai, keluarga sahabat handai, anak2 dara sahabat dan yg sama kategori dgnnya. Sudah menjadi amalan sesetengah org (majmuk dijadikan alasan) dan kita pula dianggap sombong jika tidak menyahut jemputan tangan bila dihulur.

2. Dalam bab aurat; saya dianggap extreme, 'anti fashion, anti social' bila kita tegaskan untuk keluarga supaya betul2 menjaga aurat dalam berpakaian. Bukan setakat tutup rambut litup tetapi dada diserlahkan, tutup rambut tetapi pakai pula baju yg butang didada hampir2 tidak dapat dikemaskan kerana fit2nya didada, lenganya pula pendek ke siku. Skirtnya pula menayangkan betisnya yg licin, gebu. Sudah saya ingatkan isteri, bahawa yg sebegini hanyalah untuk saya, dirumah bila tiada ipar duai. Dan walaupun hanya dengan ipar duai, Islam tetap dengan hukumnya yg telah jelas dan hakiki.

3. Dalam bab pemakanan; apabila saya cuba amalkan makan untuk tidak lapar dan bukan untuk kenyang sampai sendat, ada pula yg labelkan saya sebagai 'kufur nikmat', nakal sungguh kawan2 ni, bila kita cuba amalkan pemakanan yg menjurus kepada 'pencegahan penyakit' ada pula yg chop kita kedekut. Senyum aje lah...

4. Dalam bab penggunaan masa; dahulunya, bila ada sahaja masa lapang, beberapa 'lapangan2 tertentu' yg akan dipenuhkan dengan kawan2, kini, saya memang padat berjadual. Semuanya menjadi aturan, kitaran harian yg tidak rutin tetapi padat dengan program. Seringkali saya kini 'terlepas' dari sesi2 borak2 yg dahulunya sayalah penganjurnya. Maka jadilah saya dalam kategori yg dichop 'eh, lama tak nampak?'... nak lari ke?"

sesetengah amalan biasa itu telah saya tinggal jauh ke belakang


Semua yg dicatatkan merupakan cabaran harian saya dalam usaha menjejak kasih Cinta yg Abadi yg didambakan saban hari saban waktu. Dalam banyak keadaan saya hanya mampu tersenyum, riang melihat apa yg terjadi, syukur akan nikmat kejadian. Bayangkan jika kita tidak dijadikan, sebagai manusia, atau dijadikan tetapi sebagai yg bukan Muslim, atau dijadikan tetapi buta untuk melihat apa yg ada didepat mata (o hati)...syukur yg Allah. Saya doakan agar berterusan bantuanMu untukku mencari cintaMu...


Catatan Selanjutnya...

Thursday, May 07, 2009

Cara buat Duit Cepat

Sedih, sedu, kedu, pedih hempedu, semualah yg tak berapa gembira bila membaca beberapa paparan berita di muka depan suratkhabar tempatan beberapa hari ni.
1. Ibu hamil maut mangsa ragut.
2. Nenek meninggal selepas ditumbuk peragut yg menerpa masuk ke dalam rumah untuk ragut rantai anak nenek.
3. Lagi ibu hamil mati kemalangan lepas jatuh motosikal diragut..berita penuh
4. Dan lagi.....

semuanya kerana inginkan nak buat duit segera. Cash cepat2, mungkin untuk makan, rokok, duit minyak motor, beli ubat (batuk,,ooohhgk ooogh..). Apa rasa hati kita yang membaca,,, bayangkanlah rasa yg menanggungnya. Kita wajib redha dengan ketentuan Allah. Inilah aturanNya yang terbaik. Redha dengan pengetahuanNya, kerana tiadalah Dia menguji hambaNya melainkan yang mampu ditanggung oleh hambaNya.
Teringat do'a yang kerap dibaca setiap kali selepas solat, (ayat akhir surah Al-Baqarah)...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. "
Tertarik pula dengan bila baca pendekatan kerajaan Jepun (tak pernah mereka mengaku mereka ni negara Islam (Hadhari ke tak?)) bila keadaan negara itu teruk dilanda krisis ekonomi; pekerja hilang punca pendapatan, penyewa tiada wang untuk membayar sewa, rakyat hilang tempat tinggal, soru miss..... kerajaan Jepun telah semak dan jalankan pendekatan SEMENTARA (they said, to cushion the impact);
1. sediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa krisis ekonomi.
2. sediakan makanan asas supaya mangsa2 krisis ekonomi tidak lapar

Rupanya pendekatan cara negara yg kaya dengan kereta Toyota dan Honda ini berdasarkan pendekatan yg diajar dalam Islam, iaitu pendekatan pencegahan, bagi mengelakkan mangsa2 menjadi ganas, jadi penjenayah kerana tiada lagi Yen di poket. Bukan mereka menggunakan wang negara untuk tambahkan kekuatan polis untuk menghadapi peningkatan penjenayah, kes ragut, pecah rumah dsbnya. Kenapa kita (yg pernah mengaku sebagai negara Islam) tidak terfikir untuk bertindak begini - may be pernah tapi saya tak tahu.

Kesimpulannya: dalam Islam, pendekatan menghadapi krisis ialah melalui pencegahan DAN yang lebih penting, manalah ada cara buat duit cepat cara betul, semuanya kena berdikit2 dan dengan kesabaran, dan kesemuanya dengan ketentuan Allah Maha Esa.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, March 04, 2009

Cerdas Minda : Teka-Teki Imam Al Ghazali

Dinotakan bahawa satu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki) 6 soalan spt berikut:
  1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
  2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
  3. Apa yang paling besar didunia ini?
  4. Apa yang paling berat didunia?
  5. Apa yang paling ringan di dunia ini ?
  6. Apa yang paling tajam sekali didunia ini?

Jawapan untuk soalan2 di atas boleh dibaca dari buku2 kisah Al Ghazali, atau dicari dalam internet ataupun dirujuk kepada Al Qur'an: Surah Ali-Imran :185 , Surah Al A'raf: 179 atau Surah Al-Azab : 72.

Kepada yang nak short-cut, jawapan akan diberikan dalam masa2 lain jika ada kelapangan. Insyaallah.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, January 14, 2009

Siri Cinta : 40 Hadits Peristiwa Akhir Zaman - Cinta Dunia

Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda :

"Hampir tiba suatu masa di mana bnagsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Jika disemak dari segi bilangan memanglah jumlah orang Islam dunia ialah sekitar 1bil atau 1/5 penduduk dunia, tetapi kita sering kali diperlekehkan, dipersendakan, dipijak2, dilabelkan dgn pelbagai label keji spt org yg suka keganasan, kaum yg boleh diperlakukan spt lembu dicucuk hidung, tunduk di bawah telunjuk kuasa dunia yg rata2 bukan dari kelompok kita. Walaupun rampasan wilayah atau tanah air sudah tidak berlaku kecuali di beberapa tempat di dunia, namu secara halus dan terancang kekuasaan dan keutuhan aqidah kita dirampas secara senyap2. Kaum lain di seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya Islam yg kita cintai.
Bagaimana 'mereka' ini sedang meruntuhi kekuatan Islam kita? Sebenarnya segala kekalahan Muslimin adalah berpunca dari sikap diri muslimin itu sendiri, termasuklah sipenulis ini. Kita dibelenggu dengan penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit 2 serangkai yang selalu wujud dalam jiwa kita, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Cinta dunia mendorong kita menjadi leka, tamak, rakus, kedekut dan menjerumuskan ramai ke kancah rasuah dsbnya sehinggakan mengeluarkan zakat pun dianggap sebagai merugikan. Takut mati pula bermakna leka dengan kehidupan dunia, mendahulukan yg kurang penting berbanding dgn yg lebih penting. Kita banyak membuat persiapan rapi untuk kehidupan dunia tetapi kurang dan bertangguh untuk membuat persiapan menghadapi negeri akhirat.
Sebagai contoh; sekiranya kita merancang untuk berpindah ke kediaman idaman baru, akan banyak sekali persiapan yang dibuat dengan teliti; dengan langsir barunya, cat baru, almari dan persiapan laman tema terkini. Namun, bila tiba bab persiapan untuk ke alam kehidupan kekal, kita akan bertangguh2, 'belum sampai seru', 'nak rasa nikmat dunia dulu', nantilah dsbnya menjadi ungkapan biasa, seolah2 kehidupan ini adalah hak mutlak kita dan kita yang tentukan bila dan ketika nak terus hidup dan bila nak menjenguk ke alam seterusnya. Itulah hakikatnya kehidupan kita di zaman ini, sepertimana yg telah Rasul s.a.w nyatakan dalam petikan hadits di atas. (penulis ini sedar dan akur betapa tebal cintanya kepada dunia dan betapa tak bersedianya dia untuk mati).
Semoga Allah membuka dan seterusnya menetapkan hati ini untuk terus sedar yang mana penting dan yang mana hanya untuk keperluan sementara. Amin


Catatan Selanjutnya...

Monday, November 17, 2008

Tuntutan Akhirat dan Tuntutan Dunia

Pada Jumaat 14 Nov, kebetulan selepas selesai meeting di luar, aku untuk terus ke Masjid Bukit Jelutong, lagipun sudah hampir waktu Jumaat yang kini 1:00pm. Kelihatan halaman masjid masih kosong, cuma beberapa deretan kereta ahli khariah biasa, kebanyakannya warga pencen. Sungguh istimewa hari ini kerana aku dapat park di dalam perkarangan masjid (hari ini dlm sejarah Malayaku)..


Selesai solat sunat, tetiba ada ustaz jemputan, datang untuk menjadi imam, khatib serta juga mmberi tazkirah ringkas, yang hanya sempat kucatit secebisnya berbekalkan OMNIA yg ada dlm poket.


Tazkirah berkisar pada ayat 77 Surah Qashash (Juz 20) yg maksudnya;


"Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan jangan engkau lupakan bahagian (nasib) engkau di dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia), sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang2 yang memperbuat bencana itu."


Antara lain penerangan yg sempat kufaham ialah kita diseru untuk berbuat baik dengan kekayaan yang Allah kurniakan seperti memberi derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, dsbnya dengan harapan diberi ganjaran keselamatan di hari akhirat. Namun kita juga dituntut untuk tidak melupakan bahagian kita di dunia, cuma keutamaannya adalah berbeza.

Ayat ini menyuruh kita berusaha mencari rezeki untuk keperluan duniawi setelah kita mengusahakan mencari ganjaran di akhirat. Oleh itu salah sama sekali kepada org yang hanya solat, puasa dan zikir tanpa berusaha mencari rezeki, begitu juga org yg leka dengan duniawi dan hanya mencari kekayaan dunia sehingga mengabaikan tuntutan akhirat.


Catatan Selanjutnya...