Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Sunday, June 07, 2009

Marah Tahap Gaban

Dalam menghabiskan minggu pertama cuti sekolah bulan Jun ni tiada kesempatan untuk saya penuhi beberapa permintaan putera2 tercinta yang sebahagiannya tidak berpuas hati untuk hanya bersantai lapang masa dengan ibunda mereka di rumah sementara ayahnya (saya lah tu) sibuk ke sana ke mari menyelesaikan tuntutan negara. Saya sudah aturkan minggu ke dua untuk bercuti-cuti M'sia insyaAllah, tapi biasalah mereka ni mana boleh tahan sabar banyak-banyak.
Apa sebabnya anak2 sekarang ini kurang sabarnya? Kenapa tabiat marah ini kekadang menguasai mereka dan juga menguasai kita? Suka saya rujuk kepada petikan kitab Pendidikan Anak-Anak Islam (Abdullah Nasih Ulwan); katanya, sebelum mencari ubat untuk kemarahan itu adalah perlu untuk memahami sebab2 kemarahan dan sesuaikan ubat dengan sebabnya. Betul sekali kata2 ini, tapi macamana nak tahu sebabnya?

1. Jika marah itu bersumberkan dari kelaparan (memang tabi'i manusia akan marah2 bila kosong perutnya), maka kenalah kita isi perut2 itu dengan isi yang sesuai (yang halal, bukan yang dari sumber haram, dan bukan yang ada logo halal ala-ala kadar itu). Sebabnya, mencuaikan pemakanan anak2 dan membiarkannya kosong boleh memudaratkan mereka dan membuatkan mereka memberontak.

2. Jika kemarahan dan pemberontakan anak2 berpunca dari penyakit, maka wajiblah kita berusaha mencari penyembuhnya. Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, dan apabila penyakit terkena ubatnya, baiklah pengidapnya dengan izin Allah SWT.

3. Jika sekiranya marah mereka kerana dimarahi dengan tidak semena-mena, maka kita hendaklah berusaha untuk menahan lidah dari kata-kata memalukan mereka, supaya tidak terlekat pada jiwa mereka perasaan marah dendam benci itu. Tuntutan syarak dalam pendidikan yang baik adalah dengan beradab, dan berterusan memperbaiki adabnya.

4. Jika kemarahan itu berpunca dari percakapan si anak kepada kedua ibu bapanya dengan tabiat marah, maka wajiblah kedua ibu-bapanya memberikan pendidikan dengan contoh tauladan yang baik dalam sifat lemah lembut, sopan santun, menahan diri dari marah. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran 134 yang bermaksud;
"Yang suka menahan marah, dan yang memaafkan kepada manusia, dan Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik"

Dan Nabi s.a.w juga pernah bersabda "orang yang gagah itu ialah orang yang dapat menahan dirinya pada waktu marah"

5. Jika marah itu berasal dari si anak, iaitu kemanjaan yang melulu dan kemewahan yang melampau, maka wajiblah para ibu bapa bersifat sederhana dalam mencintai anak-anak, dan hendaklah mereka bersifat natural dalam membelas kasihan anak-anak, berbelanja ke atas mereka.
Saidina Ali Abu Talib k.w pernah berkata
"Kasihilah kekasihmu itu berpada pada, mana tahu dia menjadi orang yang engkau benci suatu masa. Dan bencilah orang yang engkau benci itu berpada-pada, mana tahu dia akan menjadi orang yang engkau kasihi suatu masa"

semasa n3 dibuat, mereka sedang happy main air tahan gaban

6. Jika kemarahan itu datang dari kesan ejekan, mengata nista, memanggil dengan gelaran yang jijik, maka wajiblah ibu bapa menjauhi sebab-musabab sebegini yang menimbulkan kemarahan anak2 itu, supaya tidak tertunas pada dirinya tabiat marah.

Kesimpulannya: (1)Bila time anak2 bercuti sekolah, cuba2lah mencari ruang untuk bercuti sama dan meluangkan masa bersama mereka, jangan dibiarkan sangat mereka melayan lamuan mereka dengan perkara2 yang kurang berfaedah itu. (2) Pendidikan mengikut cara syarak sangat2 halus dan menyeluruh, cuma si ibu dan bapa sahaja yang perlu mencari ilmu untuk mentarbiahkan anak2 yang dilahirkan suci bersih itu. InsyaAllah n3 ini akan disambung mengenai penyembuhan penyakit2 marah ini menurut syarak seperti yang dicatatkan dalam kitab Abdullah Nasih Ulwan ini.


Catatan Selanjutnya...

Friday, January 23, 2009

Bekalkan A's Akhirat untuk Anak

Dalam masyarakat "berapa A?" sekarang, terlalu banyak gejala2 tidak sihat yg melanda kita seolah2 tiada lagi nilai2 murni dalam masyarakat kita. Yang paling nyeri ialah tsumani aqidah yg melanda rata2nya kepada golongan remaja dan awal dewasa. Ini yang gerunnya kerana kami pun ada anak2 yg akan menempuh alam awal remaja tidak berapa lama lagi. Jika kita membuat lawatan tidak rasmi ke pusat2 juvana yg ada di beberapa tempat di Lembah Klang ini, rata2nya berbalik kepada masalah yg berpunca daripada kurang perhatian ibubapa ataupun kerana ada masalah dengan kedua ibubapa.
Salah satu puncanya (dari beberapa soalan yg ditujukan dan berdasarkan jawapan mereka) adalah kerana kurangnya penerapan nilai2 Islam dalam jiwa anak2 ini. Ada yg tidak pernah solat dan tidak pula pernah lihat ibubapa mereka memenuhi tuntutan itu, rata2nya kerana sibuk dgn kerjaya dan bisnes. Tidaklah dinafikan bahawa ibubapa yang cemerlang dunia akhirat mestilah mereka yg cemerlang imannya dan sentiasa beramal soleh sehingga menjadi tunggak, idola dan 'reference point' utk anak2.
Marilah kita tanya diri sendiri..Berapa kerapkah kita solat berjemaah dgn anak2, membaca Al Qur'an sama2 spt amalan membaca Al Kahfi atau Yassin pada malam2 Jumaat, berapa kerap kita mengajak mereka ke surau atau masjid untuk sama2 mengikuti majlis ilmu? adakah anak2 kita solat apabila kita tidak bersama mereka? adakah solat mereka itu mengikut aturan dan cara2 yg betul? Jika jawapan kita tu agak2 positif, maka kita telah sedikit sebanyak berjaya memenuhi tanggungjawab sebagai ibubapa, dan elohlah kita teruskan hijrah ke arah yg lebih cemerlang. Kiranya jawapanya negatif, adalah belum terlambat untuk kita perbetulkan mana yg kurang, dan janganlah lupa untuk bersyukur kerana Allah masih sayang kita dan diberikan kesedaran untuk menyedari hakikat sebenar sebelum terlambat.
Sambil kita membekalkan mereka dengan ilmu duniawi, rangkaian "A's" dalam peperiksaan, sentiasa excel dalam apa2 bidang tugasan dunia, kita wajib pastikan bekalan ilmu akhirat anak2 tidak dilupakan, malah itulah yg lebih utama untuknya. Anak2 yg rajin dan faham sebab dan aturan beribadah dengan betul lazimnya akan membesar menjadi insan yg bertanggungjawab, jujur, amanah dan dapat menahan nafsu negatif mereka.
Antara tips yg diingatkan oleh mereka yg prihatin kepadaku dan anak2ku;
  1. Sentiasa memastikan mereka mengambil berat (lebih dari sekadar tahu) rukun2 Islam dan rukun Iman. Yg ini memerlukan kita lebih arif daripada tahap sekarang untuk kita memberi tunjuk ajar kepada mereka.
  2. Pastikan solat mereka adalah betul dari segi rukunnya dan bacaannya. Solat kita sendiripun mestilah lebih baik daripada solat berasaskan pengalaman belajar semasa di kelas KAFA (umur kita time tu 6 - 8 thn je)
  3. Dekatkan diri mereka dengan Al Qur'an, lebih selesa jika dilakukan bersama2. Tak salah atau 'tak glamor' kalau kita sama2 belajar tajwid sama2 kiranya bacaan kita pun tersasar dari landasan betul.
  4. Ambil peluang untuk didik mereka dari awal secara berperingkat2 spt puasa, dsbnya biar mereka ada 'Islamic mind'. Biar mereka rasai 'hidup ini ibadah' dalam jiwa.
  5. Ajaklah mereka mengikuti anda ke surau atau masjid utk menerapkan jiwanya dgn jemaah. (ini hanya boleh dibuat jika kita sendiri memang ke masjid/surau)
  6. Tegaslah dalam mendidik anak2 dalam soal ibadah (sebaiknya lebih tegas daripada didikan dalam mengejar "A's" untuk peperiksaan duniawi. Contohilah pengajaran Rasulullah s.a.w dalam ketegasan mendidik anak2.

Aku juga diingatkan, anak2 adalah amanah Allah kepada kita sebagai satu amanah, satu saham untuk kita jalankan tanggungjawabnya dan juga satu ujian untuk melihat sejauh mana kita dapat mentaati perintahNya sebagai khalifah di dunia. Janganlah kita lupa sedetikpun bahawa doa anak2 inilah nanti yang akan meringankan bebanan siksa semasa di alam barzah dan alam akhirat nanti. Malah didikan anak2 dengan baik mengikut tuntutan agama adalah tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan kita dengan nikmat zuriat yg sempurna ini.


Catatan Selanjutnya...

Thursday, January 08, 2009

Suami Isteri dan zuriatnya

Sepanjang musim cuti panjang yang lalu, begitu ramai pasangan2 pengantin baru yang mengikat janji, ada juga penganti lama yang menyambut hari kesyukuran ulang tahun (ini kes saya lah).
Dalam kesibukan kehidupan duniawi dan menjalankan persedian menuju ke alam yang kekal, menjadi lumrah naluri manusia biasa untuk mendapat pasangan yang akan sama2 mendirikan satu institusi keluarga yang bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang sempurna. Namun sejauh mana kita mengotakan rasa syukur kepadaNya.... walaupun inilah janji kita, seperti yang difirmankan dalam surah Ar-A'raf 189:
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَجَعَلَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡہَا‌ۖ فَلَمَّا تَغَشَّٮٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلاً خَفِيفً۬ا فَمَرَّتۡ بِهِۦ‌ۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَٮِٕنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَـٰلِحً۬ا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. (189)
Sesungguhnya, suami dan isteri yang dipasangkan itu adalah untuk masing2 mendapat ketenangan bersama. Dan apabila dikurniakan nikmat zuriat yang baik, maka kita hendaklah bersyukur, dengan memberi pendidikan rohani dan jasmani yang terbaik untuk anak2 yang diamanahkan itu. Tapi, berapa banyakkah tumpuan yang kita berikan kepada pembentukkan rohaniah mereka? Adakah kita hanya memberi penumpuan kepada penyediaan duniawi mereka sahaja? Ini kena tanya diri sendiri,,, berapakah peruntukan untuk pendidikan rohaniah dan berapa pula untuk pendidikan ilmu duniawi. Tidaklah dinyatakan yg pendidikan ilmu dunia itu tidak penting tetapi kita perlu semak keutamaan yang diberi...
Timbul pula satu persoalan baru oleh Ustaz, adakah kita ini dipandu oleh roh atau jasad kita ini yang memandu roh? Aduih berat sekali persoalannya, sehingga kena tunggu di waktu lain untuk sambungannya.


Catatan Selanjutnya...

Wednesday, November 26, 2008

Doa ..Untuk Anak2

Terpanggil untuk menyambung siri doa setelah beberapa hari merehatkan diri (dari kerja harian), walaupun sebenarnya bercuti dengan anak2 kecil tidaklah merehatkan badan kita bila kena melayan kerenah mereka yg tidak pernah nampak habis energynya kecuali bila tidur. Bila memandang wajah anak2 ketika mereka tidur ala2 berselerak teringat satu doa yang diperolehi semasa bulan Ramadhan 1420H yg lalu. Sehingga kini nota doa masih tertampal di Frigo. Doanya ialah spt berikut;




Mengikut Ustaz yg memberikannya, doa ini eloklah diamalkan bacaannya bila kita melihat wajah anak2 ataupun semasa terbayang wajah mereka bilamana kita tak bersama mereka. Untuk menghafalnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, kerana doanya hanya 5 perkataan. Yang pertama Allah humma (tak perlu effort utk menghafalkan yg ini). Perkataan yg ke-4 dan ke-5 ialah nama3 org yg memang dah biasa kita dengar iaitu Hadi dan Mahdi. Perkataan ke-2 berbunyi spt Sabit (samada sabit pisau atau sabit apa2 je lah). So cuma hafalkan perkataan ke-3 iaitu Waj'alhu.

Further check telah mendapati doa ini ada terkandung di dalam buku 101 doa dari Hadits2 sahih yg terdapat di toko2 buku ternama.

Mengikut apa yg diriwayatkan, pernah satu ketika ketikamana Rasullullah s.a.w mengetahui tentang seorang remaja yg kecewa kerana kurang kemahiran untuk berkuda (satu kemahiran penting di Zaman itu untuk memenuhi tuntutan jihad), Baginda s.a.w telah menepuk belakang remaja tersebut, sambil menggosok2 dan membaca Doa di atas.

Adalah di galakkan untuk kita membaca doa ini bila kita menghantar anak2 ke sekolah, ke kolej atau universiti atau ketikamana kita terbayangkan wajah mereka dan berdoa agar mereka tetap terus mendapat petunjuk dan memberikan petunjuk kpd yg lain bila mereka bersama2 rakan2 dikalangan mereka. Maklumlah, di zaman IT serba global ini, ancaman2 akidah itu datang dari segenap pelusuk. Ku pohon kepadamu Ya Allah, tetapkan iman dan akidah anak2ku serta anak2 muda Islam yg lain dengan RahmatMu...Amin.


Catatan Selanjutnya...