Tuesday, December 23, 2008

Siri Menjadi Jutawan (1)

Siapa di kalangan kita yang tidak teringin untuk menjadi kaya, hartawan, wangwang, dsbnya. Saban waktu kita didedahkan dengan pelbagai tawaran wang mudah, harta, modal kecil tapi pulangannya berlipat ganda, terutama di zaman2 ekonomi gawat yang dijangka akan lebih gawat pada 2009 nanti.

Namun, bilamana menjelajahi siri B.A.S.S (baca – amal – sebar – sabar) aku diketemukan dengan satu hadith dari Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. (i) Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). (ii) Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad), Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.

Sekali imbas, bunyinya seperti lebih baik untuk tidak menjadi hartawan daripada menghadapi hisab yang berat dihari perhitungan kelak. Walaubagaimanapun, dengan B.A.S.S yang lebih mendalam, kita akan bertemu dengan satu rangkap ayat Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 37 – 38 yang maksudnya:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Voila!, kuncinya ada banyak dinyatakan di dalam kitab suci kita ini, termasuklah ayat di atas. Dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan dihisab seadil-adilnya, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam ayat An Nuur di atas.

Siri Jutawan ini akan diperhalusi dihari2 mendatang dengan izinNya.

2 comments:

Abang Long said...

Teruskan proses tazkirah. Supaya cerah minda tentang konsep berharta.

AyKay said...

terima kaseh Abg Long atas kata2 dorongan. Memang kebelakangan ini sedang sibuk mencari Cinta Abadi, ditinggalkan sementara blog ini. Pencarian baru bermula je.

Tk kerana sudi lawat n komen