Wednesday, December 24, 2008

Otak Kiri Dan Kanan

Saya percaya ramai yang telah membaca liputan ini dari konteks sains, tetapi ingin saya huraikan sedikit dari kontek Islamic gitu untuk rujukan di masa akan datang.
Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai banyak persamaan. Namun ia juga mempunyai beberapa perbezaan. Antaranya:
  • Otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan suatu perkara.

  • Otak kanan pula memefokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep.

Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua-dua bahagian otak ini. Pendidikan Islam menekankan penggunaan kedua-dua bahagian ini secara serentak. Sebagai contoh, semasa mempelajari ilmu kaedah fikah, penguasaan bahasa serta pemahaman dalil secara terperinci ditekankan. Dengan cara demikian, bahasa yang tersurat di dalam Quran dan sunnah dapat difahami dengan betul. Bagi mencapai tujuan ini, otak kiri perlu dimanfaatkan. Sebagai contoh jika dikaji sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang menceritakan.

"Nabi memberi kelonggaran kepada abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka."

Secara zahir, nas ini menunjukkan kaum lelaki boleh memakai kain sutera apabila mereka menghidap penyakit kulit yang serius. Daripada bahasa tersurat, ulama Islam membuat analisis bagi memahami bahasa yang tersirat di sebalik nas itu. Hasil daripada kajian dan analisis, lahir konsep yang dikenali sebagai kaedah fikah. Kaedah yang lahir daripada nas ini adalah merujuk kepada kecemasan mengharuskan yang haram. Bagi memahami konsep yang tersirat daripada bahasa yang tersurat, otak kanan perlu dimanfaatkan.

Umat Islam dididik supaya menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Dengan kemahiran ini, umat Islam mampu menyelami dam memahami perasaan orang lain melalui bahasa, gaya pertuturan serta bahasa badan yang dilahirkan. Dalam konteks ini, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud:

(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Bagi memahami perasaan dan emosi manusia melalui bahasa badan serta gaya pertuturan, otak kiri dan kanan perlu dimanfaatkan serentak.

Makan dan minum mempunyai pengaruh pada fungsi otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada karbohidrat kompleks yang baik seperti yang terdapat dalam pasta, bijirin, gandum, nasi dan seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga. Ia juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia.

Sebaliknya, karbohidrat biasa yang terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin dan zat. Justeru, ia sewajarnya dijauhi. Kajian juga menunjukkan vitamin B perlu untuk kesihatan otak dan kekurangannya boleh menyebabkan kemurungan, sakit mental dan gangguan daripada sudut intelek. Mengambil ikan juga baik bagi otak kerana ia kaya dengan protein. Selain daripada itu, minyak ikan kaya dengan asid lemak terutamanya omega-3. Omega -3 berkhasiat kerana ia mencegah daripada strok.

0 comments: