Monday, December 01, 2008

Buku - Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi

Sejak akhir2 ini byk kedengaran pandangan2 baru yg menular dikalangan masyarakat Islam di serata tpt berkenaan amalan2 yg dikira biasa namum kini dikira amalan Bid'ah, atau amalan yg bukan dari Rasul s.a.w.

Benarlah kata2 ahli hikmah ...bahawa penawar boleh menjadi racun jika disalah gunakan atau jatuh ke tangan org yg tidak ahli dalam menggunakannya. Demikianlah halnya dgn apa yg berlaku pada hadith yg menyeru berpegang pada Sunnah dan menjauhkan Bid'ah. Terdapat pihak2 yg menggunakan Hadith tersebut untuk membid'ahkan amalan sebahagian besar umat Islam yg sebahagiannya merupakan pendapat Jumhur Ulama' dan yg lainnya adalah masalah khilafiyah di kalangan para Fuqaha'. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat Islam.


Dalam aku mencari2 sedikit pengetahuan dan penjelasan berkenaan hal ini ditakdir ku bertemu dgn buku oleh Ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah, al Asha'irah, Al Sheikh al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-Ghumari bertajuk Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi. Mengikut salasilahnya penulis ini adalah dari keturunan yg sampai kepada Sayyidina Hassan bin Sayyadina Ali k.w, cucu kepada Rasullullah s.a.w. dan terjemahannya disemak oleh Mufti Negeri Sembilan, bekas Mufti WP, YDP Persatu Ulama' Msia dan Mufti WP Sekarang.

Penulisannya agak2 ringan utk hamba yg cetek ilmu macam diriku ni, jadi senang je baca. TK kepada Ustaz Mahfuz Mohamad dan kumpulannya yg telah membawa buku ini ke Masjid BJ.

Buku ini memberi penjelasan berkenaan erti Bid'ah, perkara2 Bid'ah berkaitan Akidah dan Syariat, perkara2 baru yg diadakan oleh para sahabat r.a selepas zaman Nabi s.a.w, serta beberapa penjelasan yg dijadikan isu oleh sesetengah golongan terkini spt membaca wirid beramai2 selepas solat, membaca Quran untuk org mati, kenduri arwah, perayaan Maulid Nabi s.a.w, mengangkat tangan semasa berdoa selepas sembahyang, dsbnya.

Buku ini memang boleh menjadi sumber rujukan bagi menjawab beberapa persoalan berkaitan isu2 Bid'ah yg ditimbulkan. Kpd Allah kita memohon petunjuk dan kpdNya kita meminta pertolongan. Amin









3 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam ziarah,
terimakasih kerana sudi berkunjung ke blog akak.
Akak pun ada buku ini, my husband yang beli, ada baca beberapa bahagian yang berkaitan dengan persoalan yg sedang akak hadapi...memang bagus ....Insyaallah sebagai panduan kita semua....

NURAZZAH8 said...

boleh saya link blog saudara?

Sila berkunjung ke URL berikut utk Engin Carian Hadis dan Al-Quran:

http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/webhadis

http://www.tmsk.uitm.edu.my/~ir/sumberutama.php

AyKay said...

sama2 kembali kak.

dah habis baca ke buku tu? i blom habis, byk lak keje2 ofis kena bereskan.

TK utk link yg diberikan. Besar hati saya utk buat yg terbaik utk diri & sesama Islam.

salam